Logo RAS - New

Logo RAS - New

November 25, 2009

Khazanah Sungai Melaka

MELAKA: Sebuah lagi buku mengenai pembangunan Sungai Melaka berjudul 'The Rejuvenational Of A National Culture Heritage' diterbitkan bagi panduan semua pelancong yang benar-benar ingin memahami proses pembangunan di Sungai Melaka.



Buku hasil ilham Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam itu antara lain merakamkan kerja pembangunan Sungai Melaka yang dirancang rapi sejak 2002.

Mohd Ali berkata, penerbitan buku berkenaan amat bermakna dan harus dimiliki oleh penggemar buku di negara ini kerana ia mengandungi maklumat penting pembangunan Sungai Melaka sehingga selesai projek fasa ketiga tahun lalu.

"Tidak banyak buku yang mengisahkan mengenai sejarah sungai di seluruh negara dan saya boleh katakan Sungai Melaka adalah sebuah sungai yang mencapai standard antarabangsanya dan setanding dengan sungai-sungai lain yang ada di seluruh dunia seperti di China, Itali, Singapura dan Belanda," katanya ketika merasmikan pelancaran buku berkenaan, dekat sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid.

Katanya, penghasilan buku ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan kerana ia menunjukkan bahawa pelancongan di negeri ini juga setanding dengan luar negara dan Melaka juga kini menjadi pilihan pelancong untuk datang berkunjung.
"Saya berharap buku ini akan dapat diterbitkan dalam bahasa yang berlainan untuk pemahaman pelancong asing dan juga sedang berbincang untuk dijual di kedai-kedai buku," katanya.

Mohd Ali berkata, dengan penerangan yang lebih jelas mengenai buku Sungai Melaka, ia dijangka dapat menarik lagi jumlah kedatangan pelancong sekali gus memperkenalkan perkhidmatan Melaka River Cruise dan Teksi Air yang disediakan oleh PPSPM.

Menurutnya, setakat ini PPSPM mempunyai sebanyak 40 buah bot dan 80 kakitangan untuk menguruskan perkhidmatan berkenaan.

"Setiap tahun saya dimaklumkan terdapat peningkatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan ini dan sehingga Oktober ini seramai 410,727 orang direkodkan," katanya yang berharap apabila perkhidmatan ini semakin menjadi bualan, ia akan diteruskan ke kawasan sungai negeri lain.
Ia ditulis oleh Ahmad Nizam Radzi dan diterbitkan oleh Bluelinemedia Sdn Bhd dengan kerjasama Syarikat Pembinaan Kaleigh Snd Bhd dan Pesona Metro Sdn Bhd.

Sementara itu, jika pelancong dan orang ramai yang berminat membeli buku setebal 95 muka surat itu boleh mendapatkannya di Pusat Perkhidmatan Pelancongan di Bandar Hilir dengan harga RM30 senaskhah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green