Logo RAS - New

Logo RAS - New

June 17, 2009

Ikrar Rakan Alam Sekitar












BAHAWA KAMI
AHLI RAKAN ALAM SEKITAR
MEMBUAT IKRAR DI SINI
AKAN MENJALANKAN
TUGAS-TUGAS SUKARELAWAN INI
DENGAN SEPENUH HATI

KE ARAH INI KAMI AKAN:-

MENJADI MATA DAN TELINGA
KEPADA AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
DALAM MEMBENTERAS KEGIATAN-KEGIATAN
YANG MEROSAKKAN ATAU MENCEMARKAN ALAM SEKITAR

KAMI JUGA AKAN MENJADI PENGGERAK UTAMA
KEPADA PROGRAM-PROGRAM SERTA KEMPEN-KEMPEN
KESEDARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAMI
UNTUK MEMBERIKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR
KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
UNTUK BERTINDAK DAN MENGAMBIL BAHAGIAN
MENJAGA ALAM SEKITAR
YANG KITA KONGSI BERSAMA INI

SEMOGA TUHAN MEMBERKATI USAHA INI.

June 16, 2009

Jerebu


APA ITU JEREBU ?

Jerebu yang kelihatan diruang udara kita adalah disebabkan partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.

Partikulat-partikulat ini menyerap dan menyerakkan cahaya matahari hingga mengurangkan jarak atau batas penglihatan.





PETUNJUK KUALITI UDARA

Indeks Pencemar Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API) adalah petunjuk kepada kualiti Udara .

IPU dikira berdasarkan paras purata parameter-parameter :
  • kumin-kumin pepejal bersaiz kurang daripada 10 mikron (PM10)
  • Sulfur Dioksida (SO2)
  • Nitrogen Dioksida (NO2)
  • Ozon (O3)
  • Karbon Monoksida (CO)




MENGAPA JEREBU BERLAKU

Tiga faktor utama yang mempengaruhi berlakunya jerebu adalah :
  • Pencemaran dari Muka Bumi
  • Iklim
  • Topografi
Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.
Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan.Dalam keadaan ini pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering.
Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembantukan jerebu.Partikulat dan bahan-bahan pencemar lain yang dibebaskan akan terperangkap dalam atmosfera jisim udara dan meningkatkan kepekatannya.






PUNCA-PUNCA JEREBU

(i) Jerebu berlaku disebabkan pencemaran udara.Pencemaran ini berpunca daripada kejadian semulajadi ataupun perbuatan manusia sendiri.
Punca semulajadi pencemaran udara seperti:
  • Habuk tanah
  • Letupan dab luahan gunung berapi
  • Tiupan angin laut yang mengandungi garam
(ii) Bahan Pencemaran buatan manusia terdiri daripada :
  • Pelepasan pencemar dari kenderaan bermotor
  • Pembakaran bahan api
  • Pemprosesan Industri
  • Pembakaran terbuka
  • Pembangunan tanah dan pembinaan
  • Penebangan dan pembakaran hutan

Pelepasan dari kenderaan bermotor
  • Pertambahan jumlah kenderaan bermotor
  • Penggunaan enjin kenderaan yang tidak mengikut piawai pelepasan asap
  • Penggunaan petrol berplumbum
  • Penggunaan enjin 2 lejang (2 stroke enjin)
Pelepasan dari stesen janakuasa
  • Penggunaan arang batu sebagai bahan api
Pelepasan Dari Sisa Industri
  • Pelepasan bendasing ke udara daripada proses-proses industri melalui cerobong
  • Pelepasan sebatian organik meruap (VOC) daripada kilang-kilang penapis dan stesen minyak.
Pencemaran pembakaran terbuka
  • Kegiatan pembakaran sampah-sarap di tapak-tapak pelupusan.
  • Pembakaran buangan industri secara besar-besaran
  • Hasil pembersihan tanah san pembakaran sisa-sisa pertanian secara terbuka
  • Penebangan dan pembakaran hasil hutan tanpa kawalan



LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN

(i) ORANG AWAM
  • Hentikan pembakaran terbuka
  • Kurangkan penggunaan kenderaan persendirian melalui perkongsian kereta
  • Gunakan pengangkutan awam
  • Periksa kenderaan secara berkala supaya keadaan memuaskan dan tidak mengeluarkan asap berlebihan
  • Gunakan gas asli untuk kenderaan bermotor
(ii) INDUSTRI
  • Gunakan gas asli
  • Gunakan teknologi bersih
  • Kurangkan kuantiti buangan
  • Menyelenggara alat dan sistem kawalan pencemaran udara dari masa ke semasa
  • Mengamalkan pelepasan sifar
  • Melembabkan kawasan yang terdedah bagi mengurangkan pelepasan habuk
(iii) PEMBUKAAN TANAH UNTUK PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN
  • Mengamalkan konsep pembakaran sifar
  • Mengurangkan tempoh masa di antara kerja pembersihan tumbuhan dan pemotongan tanah
  • Mengurangkan pemotongan tanah yang berlebihan dan pembangunan mengikut kontur sedia ada.
  • Melembabkan jalan keluar masuk yang tidak berturap bagi mengelakkan pelepasan habuk.



BAGAIMANA JEREBU BOLEH DIHAPUSKAN ?

Partikulat di atmosfera dihapuskan melalui beberapa proses.
  • Partikel yang lebih berat mendap ke bumi melalui tarikan graviti
  • Proses basuhan hujan (rainout) melibatkan pemeluapan wap air ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang menghasilkan zarah awan .
  • zarah juga disingkirkan melalui pelanggaran dan kepekatan dengan turunya titis hujan melalui proses yang disebut cucian (washout).
  • Olakan (turbulance) juga boleh membawa zarah jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan.
  • Disamping hujan lebat lebat semulajadi yang menyeluruh yang boleh menyingkirkan jerebu, teknologi terkini juga boleh memungkinkan pembentukan hujan buatan melalui proses pembentukan awan.

PERANAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DALAM PENGAWASAN PENCEMARAN JEREBU

  • JAS menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh negara. Parameter yang diawasi termasuk Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, Ozon dan habuk terampai (PM10). Alat pengawasan secara telemetri memberikan bacaan serta merta terhadap pencemaran udara.Alat ini dipasang di kawasan perindustrian, kediaman, komersial, dan kawasan-kawasan yang sesak dengan lalulintas.
  • Menjalankan program 'AWASI' (Area Watch and Sanction Inspection) bagi penguatkuasaan ke atas pelepasan asap kenderaan bermotor.
  • Program bersama melalui pengawasan udara antara JAS dan Unit Udara Polis DiRaja Malaysia juga dijalankan bagi mengawal selia dan mengesan aktiviti pelepasan asap berlebihan dari kilang dan pembakaran terbuka.
  • Semua agensi kerajaan , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan , pihak swasta dan orang awam boleh memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu.


NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI SEMASA KEADAAN UDARA JEREBU

  • Sesiapa yang mempunyai atau risiko tinggi kepada penyakit sesak nafas ,asma, penyakit paru-paru hendaklah mengelakkan semua aktiviti luar rumah atau tidak berada di kawsan kawasan yag mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara IPU yang tinggi.
  • Elakkan penggunaan kenderaan persendirian sebaliknya menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta
  • Buat aduan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal.
  • Laporkan kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh Industri, tred dan ladang-ladang.
  • Sentiasa melakukan pelembapan tanah yang terdedah dan berdebu dipersekitaran rumah masing-masing untuk mengurangkan keadaan berjerebu.
  • Pemilik kenderaan hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah berikut;
  1. Hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi kaburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik.
  2. Segera laksanakan penyelenggaraan enjin mengikut jadual
  3. Jangan membawa muatan yang melebihi had yang telah ditetapkan
  4. Jangan memandu laju dalam keadaan gear rendah


KESAN KEPADA KESIHATAN
  • Radang mata
  • Gangguan pada hidung (hingus)
  • Gangguan pada sistem pernafasan (lendir yang menyumbat sistem)
  • Partikulat yang menyebabkan peradangan dan meninggalkan parut pada tisu paru-paru.

TINDAKAN ORANG AWAM JIKA JEREBU BERTERUSAN
  • Minum banyak air untuk membersihkan mulut dan tekak
  • Membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah kepada jerebu dengan kerap
  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Pakai topeng pelindung yang boleh menghalang jerebumemasuki saluran pernafasan
  • Kerjasama daripada sektor industri untuk mengurangkan aktiviti yang menjadi punca masalah jerebu
  • Dapatkan nasihat dan rawatan perubatan dari pusat kesihatan (klinik/hospital) sekiranya terdapat masalah kesihatan yang berlarutan.







June 5, 2009

Gambar

Rakan Alam Sekitar Melaka



Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar dan Penganugerahan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2009

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green