Logo RAS - New

Logo RAS - New

July 31, 2009

e-waste history

E-waste is defined as all obsolete or outdated computers, televisions, cell phones, printers, PDAs, and thousands of other devices commonly used in offices, homes, and by people on the go. The global technological revolution is fueling the rapidly increasing e-waste recycling problem. The demand to effectively and safely recycle the obsolete electronics is pushed by the same demands our society imposes to manufacture the new, smaller, faster more efficient software.

The environmentally safe disposal of e-waste has rampantly become a problematic issue over the past decade. Technological advances and legislation on all levels has vaulted e-waste recycling into an evolving multi-billion dollar a year industry.


The environmental concerns regarding e-waste stem from the many compounds that are known to have adverse impacts on the health of the environment all living beings. The following hazardous elements and compounds can be found in everyday e-waste:
  • Lead in cathode ray tubes and solder

  • Mercury in switches and housing

  • Arsenic in older cathode ray tubes

  • Antimony trioxide as flame retardant

  • Polybrominated flame retardants in plastic casings, cables, and circuit boards

  • Selenium in circuit boards as power to supply rectifier

  • Cadmium in circuit boards and semiconductors

  • Chromium in steel as corrosion protection

  • Cobalt in steel for structural strength and magnetivity

Bengkel Promosi Sekolah Lestari

BENGKEL PROMOSI SEKOLAH LESTARI ANUERAH ALAM SEKITAR SESI 2009/2010 PERINGKAT NEGERI MELAKA TELAH DIADAKAN PADA TARIKH DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT;




TARIKH : 20-21 JULAI 2009



TEMPAT : HOTEL AVILLION LEGACY , MELAKA



ANJURAN : JABATAN ALAM SEKITAR



DENGAN KERJASAMA: JABATAN PELAJARAN NEGERI MELAKA


Bengkel ini disertai oleh guru-guru sekolah rendah dan menengah negeri Melaka. bengkel ini bermula pada pukul 2.30 petang. Berikut adalah gambar-gambar ketika bengkel tersebut dijalankan.





























July 29, 2009

Lawatan ke Sekolah Bakri Batu 5, Muar Johor ( Pemenang Sekolah Lestari Sesi 2007/2008 - Anugerah Alam Sekitar)

Bengkel Promosi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar sesi 2009/2010 telah berlangsung pada 20-21 Julai 2009 di Hotel Avillion Legacy, Melaka. Bengkel ini melibatkan guru-guru sekolah di negeri Melaka. Sebelum bengkel bermula, guru-guru sekolah dibawa melawat sekolah yang telah memenangi Sekolah Lestari iaitu Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Muar Johor.



20 Julai 2009

Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Muar Johor

Tujuan lawatan ini untuk memberi pendedahan kepada guru-guru sekolah di Melaka mengenai sekolah lestari dan melihat sendiri sekolah yang telah memenangi Anugerah Sekolah Lestari peringkat kebangsaan sesi 2007/2008.




Tiba di S.K Bakri Batu 5, Muar Pada Pukul 9.30 pagi. Kedatangan disambut meriah oleh guru-guru dan murid-murid disekolah tersebut.



Persembahan oleh murid-murid





sedikit taklimat pihak sekolah





landscape











cenderahati dari pihak sekolah

kenangan dengan pihak sekolah


July 27, 2009

Sekolah Lestari


Latar Belakang




Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar





Merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Program ini telah dilancarkan secara rasminya Oleh YB Dato Sri Hj Adenan hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Januari 2005. Bersempena dengan majlis tersebut, dua buah dokumen yang bertajuk "Asas Pembentukkan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar" dan "Garispanduan Pelaksanaan dan Penilaian Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar" telah dilancarkan bertujuan untuk membantu pelaksanaan damn penilaian program ini disekolah.

Dokumen ini bertujuan membantu pihak sekolah memperkukuh proses perlaksanaan pendidikan alam sekitar sedia ada. Elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan guru dan pelajar secara tidak langsung dengan mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.




Sekolah Lestari Bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar aspek pengurusan , kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.

Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti sekolah lestari memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan negara.

Hasrat Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar


Sekolah Lestari adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. dasar alam sekitar mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau.

Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.

Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan , kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.

Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar Sekolah Lestari, tumpuan perlu diberi kepada empat komponen berikut:
  • Pengurusan

  • Kurikulum

  • Kokurikulum

  • Penghijauan

Konsep Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar







Sekolah Lestari berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum, dan penghijauan di sekolah. Sekolah Lestari adalah payung kepada aktiviti -aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekolah lestari merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.



Definisi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar

Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalamaspek pengurusan , kurikulum, kokurikolum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.


Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah:

"pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar".


Objektif Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar



Sekolah Lestari di bentuk untuk mencapai objektif berikut:

a. memupuk nilai nilai murni alam sekitar pada warga sekolah;

b. meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar;

c. menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan;

d. meningkatkan kerjasama anatara sekolah dan masyarakat dalam menjayakan pendidikan
alam sekitar .
f. mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan sekolah yang mempraktikan
amalan hidup lestari.


Komponen Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar

Sekolah lestari merangkumi empat komponen iaitu;
  • Pengurusan


  • Kokurikulum


  • Kurikulum


  • Penghijauan















Terdapat dua jenis penilaian iaitu;
  • Pensijilan (Peringkat Negeri)
  • Penganugerahan (Peringkat Kebangsaan)

Pensijilan (Peringkat Negeri)

Sekolah rendah dan menengah yang berpotensi mencapai status Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar akan dinilai mengikut pencapaian di dalam tiga komponen (pengurusan, kokurikulum,kurikulum) menggunakan Penunjuk Boleh Ukur (PBU) yang telah ditetapkan.

Penganugerahan (Peringkat Kebangsaan)

Penilaian penganugerahan akan dibuat di peringkat kebangsaan. hanya sekolah yang telah menerima sijil Sekolah Lestari -Anugerah Alam Sekitar (di Peringkat Negeri) boleh dicalonkan untuk di peringkat kebangsaan menggunakan Penunjuk Boleh Ukur (PBU) yang ditetapkan.








July 24, 2009

Maya Karin antara 300 peserta yang bersidang pada seminar Projek Iklim Persidangan Asia Pasifik




SELAIN dikenali menerusi pembabitannya dalam dunia seni, Maya Karin turut memahat namanya antara pejuang atau aktivis alam sekitar. Selang beberapa ketika, ada saja aktiviti pemuliharaan alam sekitar yang disertai wanita ini, tidak kiralah kempen penjimatan tenaga, pengurangan pergantungan kepada beg plastik, mencintai haiwan dan sebagainya.

Baru-baru ini, aktres ini terbang ke Melbourne, Victoria, Australia, untuk menghadiri Projek Iklim Persidangan Asia Pasifik anjuran Yayasan Pemuliharaan Australia dengan kerjasama bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

Maya ialah antara 300 peserta terpilih yang menghadiri persidangan berkenaan, yang berlangsung di Pusat Seni Melbourne selama tiga hari bermula 11 Julai. Difahamkan, Maya terpilih daripada kira-kira 2,000 peserta yang menghantar permohonan dari Australia dan negara Asia Pasifik lain.

"Tentulah ia pengalaman cukup berharga buat saya kerana selain menyaksikan sendiri pembentangan oleh Al Gore mengenai alam sekitar secara berdepan, serta mendapat tunjuk ajar daripada beliau, ramai lagi penceramah lain yang turut terbabit dalam persidangan itu. Ia satu perhimpunan yang dipenuhi dengan maklumat.

"Apatah lagi pada persidangan itu juga, kami dapat berinteraksi bukan hanya dengan kira-kira 300 peserta dari 19 negara, bahkan kami turut berpeluang berbincang bersama saintis yang juga pejuang alam sekitar veteran. Mereka sudah berusaha mencari penyelesaian terhadap masalah iklim sejak berdekad yang lalu," kata Maya.

Selain Maya, seorang lagi peserta dari Malaysia yang terpilih ke persidangan itu ialah peguam Chew Swee Yoke.



Mengaku kepenatan akibat jadual persidangan yang padat, namun artis ini pulang dengan semangat yang lebih berkobar-kobar demi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mementingkan penjagaan serta pemuliharaan alam sekitar.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk merayu pembaca Berita Harian dan rakyat Malaysia keseluruhannya, supaya mengurangkan penggunaan tenaga. Jika kita kurang menggunakan elektrik atau kereta, contohnya, kita sebenarnya menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar. Kita membantu mengurangkan pengeluaran karbon dari kilang-kilang apabila kebergantungan terhadap tenaga itu sendiri diminimumkan.

"Elakkan pembaziran tenaga, kerana menerusi cara itu, kita bukan boleh berjimat, bahkan sesuatu tindakan yang kecil seperti menutup lampu apabila keluar daripada bilik boleh membawa perubahan besar kepada dunia," kata Maya.

July 22, 2009

Program Kitar Semula e-Waste (Buangan Elektrik dan Elektronik)

Program ini telah diadakan pada 18-19 Julai 2009 bermula jam 8.00 am -12.00 pm. Program ini adalah anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama Victory Recovery Sdn Bhd. Victory Recovery Sdn Bhd merupakan Premis Yang Di Tetapkan(PYDT) dan dilesenkan di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk menjalankan aktiviti pemerolehan kembali. Di Negeri Melaka terdapat 14 buah PYDT yang mengendalikan e-waste.

Objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kaedah pengendalian dan pelupusan e-waste yang sempurna.Pengendalian e-waste perlu dilakukan oleh pihak yang kompeten dan berlesen.

Sehari sebelum kempen dijalankan pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengedarkan 'flyer' untuk memaklumkan penduduk mengenai kempen ini.

Dalam Kempen ini terdapat 2 kaedah pengumpulan e-waste dijalankan iaitu;

1. Penduduk menghantar sendiri e-waste di khemah yang telah disediakan.

2. Penduduk menghantar e-waste ke dalam lori yang meronda disekitar Taman Perumahan.


Aktiviti pada hari itu turut disertai oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Melaka, Tuan Haji Abd.Hapiz bin A.Samad dan Ahli Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah bagi kawasan Krubong iaitu En.Nikmat bin Mohamad.



Aktiviti pada 18 Julai 2009 di Taman Sri Krubong





Ketika Menunggu penduduk menghantar e-waste di khemah yang disediakan di Taman Sri Krubong





Antara kanak-kanak yang menghantar telefon bimbit terpakai. Secara tak langsung dapat memberi kesedaran kepada kanak-kanak tersebut.


Salah seorang Pegawai Jabatan Alam Sekitar antara yang membantu memasukkan e-waste ke dalam lori.


Pada hari berikutnya 19 Julai 2009 di Taman Krubong Jaya




Ahli Majlis MBMB En. Nikmat bin Mohamad membantu penduduk mengangkat E-waste untuk di letakkan di tepi khemah.




Tuan Haji Abd. Hapiz bin A.Samad (Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka) bersama dengan En. Nikmat bin Mohamad (Ahli majlis MBMB)


Antara E- waste yang dapat dikumpul di kawasan khemah adalah dimana penduduk menghantar sendiri ke kawasan khemah.



Antara Pengutipan E-Waste dari rumah ke rumah dengan menggunakan lori Victory Recovery Sdn. Bhd




Lori Victory Recovery yang mengangkut e-waste



Antara pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar yang hadir pada hari tersebut. Gambar ini diambil selepas tugas selesai dijalankan.

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green