Logo RAS - New

Logo RAS - New

July 15, 2010

200 PELAJAR, KAKITANGAN BERSIH TEBING SUNGAI MELAKA


Lebih 200 pelajar sekolah menengah di sekitar negeri ini serta kakitangan beberapa jabatan dan agensi kerajaan menyertai gotong-royong membersihkan tebing Sungai Melaka di Taman Rekreasi, Pantai Peringgit dekat sini, kelmarin.
Program anjuran Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) negeri itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga sungai dan alam sekitar, selain memeliharanya daripada musnah dan terus terancam.
Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Latiff Tamby Chik, berkata kerajaan negeri mengalu-alukan pembabitan semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pelaksanaan program kesedaran alam sekitar.
Pada masa sama, katanya, usaha untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran di kalangan masyarakat awam dan komuniti setempat harus dipertingkat dan diteruskan supaya mereka sentiasa peka dengan situasi semasa.
“Secara holistic, apabila masyarakat umum dapat memahami tujuan sebenar serta kepentingan usaha pemeliharaan alam sekitar dan aspek kesedaran awam terus subur dari semasa ke semasa, maka akan terserlah satu masyarakat produktif dan praktif,” katanya merasmikan Program Kesedaran Alam Sekitar sempena Pesta Sungai Melaka 2010 dekat ini, semalam.
Antara program yang dijalankan pada majlis itu ialah aktiviti pemantauan kualiti air membabitkan biologi dan kimia, pembentangan kumpulan dan kuiz kesedaran.
Hadir sama, Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Yusof Jantan dan Pengarah JPS negeri, Gapar Asan.
Sementara itu, Latiff berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM321.5 juta bagi melaksanakan kerja pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
“Kos yang diperunutkkan ini adalah sangat besar dan adalah mustahil sekiranya perkara sama dilaksanakan di setiap sungai di seluruh negeri ini,” katanya.

July 14, 2010

PENGURUSAN SUNGAI MELAKA MS ISO14001

POLISI ALAM SEKITAR
Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka adalah komited kearah menyediakan perkhidmatan pengurusan Sg. Melaka (pembangunan dan penyelenggaraan) yang berkesan dan berterusan dengan memenuhi semua kehendak-kehendak perundangan yang berkaitan alam sekitar serta lain-lain keperluan yang ditetapkan serta berusaha untuk penambahbaikan secara berterusan melalui:
a. Mengawal dan memantau aktiviti penyelenggaraan dan pembangunan sungai Melaka supaya tidak tercemar dan merosakkan alam sekitar.
b. Mewujudkan zon rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam.
c. Memantau effluent yang dilepaskan ke dalam sungai (secara visual)
d. Memeriksa dan memantau parameter-parameter air sungai mengikut Indek Kualiti Air (WQI) dilokasi yang ditetapkan.
Bagi pemantauan dan perlaksanaan polisi, pengurusan Sungai Melaka menyediakan program-program alam sekitar dan didokumentasikan Sistem Pengurusan Alam Sekitar. Pengurusan Sungai Melaka juga memastikan semua anggota, orang awam dan pihak-pihak berkepentingan mudah memperolehi maklumat berkaitan polisi.


SKOP SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR
‘Perkhidmatan Pengurusan Sungai Melaka’
Skop persijilan merangkumi:
i. Pemantauan alam sekitar dalam kawasan koridor Sungai Melaka dari muara hingga ke hulu sejauh 39 km di Gadek. Penumpuan diberikan kepada Sungai Melaka di dalam daerah Melaka Tengah sejauh 24 km.
ii. Melaporkan perkembangan semasa alam sekitar kepada agensi-agensi berkenaan.
iii. Mematuhi kehendak alam sekitar dalam aktiviti-aktiviti organisasi.
iv. Member khidmat nasihat kepada pihak ketiga atau luaran agar mematuhi kehendak alam sekitar dalam aktiviti mereka berkaitan sungai dan koridornya.
v. Merancang dan merangka program peningkatan kualiti alam sekitar di kawasan koridor sungai seperti di para (i) di atas.
vi. Pemantauan di persekitaran pantai berhampiran muara Sungai Melaka kesan daripada aliran air sungai yang tercemar serta menyediakan laporan.



OBJEKTIF DAN SASARAN
Objektif alam sektar 1:
Meningkatkan Indek Kualiti Air Sungai Melaka
Sasaran:
Mencapai Indek Kualiti Air Kelas 2 pada 2010
Objektif Alam Sekitar 2:
Memastikan kebersihan fizikal Sungai Melaka.
Sasaran:
Penurunan 20% daripada 120 tan sampah pada tahun 2010.
Objektif Alam Sekitar 3:
Sasaran:
Menaiktaraf 2 zon rekreasi sediada dan membina 2 zon rekreasi baru menjelang 2010.


INFO:
Panjang Sungai Melaka: 39 km
Luas Lembangan: 608 km persegi
Cabangan sungai utama:
• Sg. Batang Melaka
• Sg. Tampin
• Sg. Durian Tunggal
• Sg. Cheng
• Sg. Putat

July 13, 2010

PROGRAM 1 NEGERI, 1 SUNGAI

LATAR BELAKANG SUNGAI.
Sungai Melaka mempunyai kawasan tadahan seluas 608 km persegi dengan panjangnya 39 km. sungai ini bermula dari pertemuan Sungai Batang Melaka dan Sungai Tampin yang terletak di dalam Daerah Alor Gajah dan berakhir di muaranya di Selat Melaka di daeerah Melaka Tengah.
Terdapat lima batang sungai utama yang mengalir masuk ke dalam sistem sungai Melaka iaitu Sungai Batang Melaka, Sungai Tampin, Sungai Durian Tunggal, Sungai Cheng dan Sungai Putat.
Sungai Melaka merupakan salah satu produk pelancongan utama bagi Negeri Melaka di mana dengan projek pengindahan dan pembersihan yang dijalankan dengan mengekalkan nilai-nilai sejarah yang ada telah menjadikan Sungai Melaka setaraf dengan sungai-sungai yang menarik dari luar Negara seperti Sungai San Antonio, Texas dan Sungai Kallang, Singapura.
Pada keseluruhannya kualiti air Sungai Melaka adalah di dalam kategori sederhana tercemar dengan Indeks Kualiti Air(IKA) bernilai 75IKA. Ini disebabkan oleh pelbagai sumber pencemaran yang mengalir terus ke dalam sistem Sungai Melaka.
Kualiti air sungai merosot dan tercemar akan mengancam kehidupan air, alam dan manusia.


PUNCA PENCEMARAN
Pencemaran Sungai Melaka kerana sumbangan factor-faktor berikut:
• Domestic
• Tapak pembinaan
• IWK
• IKS
• Restoran/gerai
• Pasar Basah
• Aktiviti pengambilan pasir
• Tapak pelupusan sampah
• Aktiviti pertanian/ternakan
• Industri/bengkel

AKIBAT PENCEMARAN SUNGAI
• Meningkatkan kos rawatan air untuk bekalan air minuman
• Mengganggu ekologi dan mengancam kehidupan flora dan fauna
• Menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan manusia
• Mengurang dan menghadkan lokasi untuk rekreasi dan beriadah di tepi sungai
• Pencemaran sungai menjejaskan kedatangan pelancong
• Menjejaskan aktiviti social dan ekonomi
• Sampah sarap yang menghalang laluan air boleh menyebabkan banjir kilat.


OBJEKTIF PROGRAM SATU NEGERI SATU SUNGAI
• Meningkatkan kualiti air Sungai Melaka dari kelas 3 kepada kelas 2 menjelang tahun 2010
• Mewujudkan sungai yang bersih, hidup dan bertenaga(clean, living and vibrant)
• Mempelbagaikan sepsis kehidupan di dalam air
• Mewujudkan lebih banyak lokasi rekreasi dan riadah untuk orang awam
• Meningkatkan kedatangan pelancong dan menambahkan produk pelancongan
• Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kebersihan dan meningkatkan kualiti air sungai


PELAN TINDAKAN PEMULIHAN
Jangka Pendek
• Pembersihan sungai
• Pengorekan endapan
• Pengukuhan tebing
• Pemulihan kualiti air
Jangka panjang
• Pelaksanaan MS ISO 14001
• Program kempen kesedaran kepada kumpulan sasaran
• Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Sungai
• Memasukkan pelan tindakan pemulihan kualiti air dalam pelan strategic pembangunan
• Pengukuhan institusi perundangan

PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN
1.langkah struktur
• Kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sungai
• Mengorek endapan
• Membina struktur perlindungan tebing
• Membina GPT, log boom dan MFRT bagi tujuan memerangkap sedimen dan sampah
• Memasang perangkap minyak di premis makanan
• Merawat kualiti air sungai dengan kaedah bioteknologi EM, water keeper dll.
• Menaiktaraf kemudahan rekreasi membina landskap dan menanam pokok
• Pembinaan kolam perangkap endapan

2.langkah bukan struktur
• Hebahan/publisiti
• Ceramah pendidikan dan aktiviti river ranger
• Aktiviti gotong-royong dengan komuniti setempat.

KUALITI AIR SUNGAI:KLASFIKASI
KELAS 1 Bersih untuk terus diminum
KELAS 2 Bersih tetapi perlu dirawat sebelum diminum
KELAS 3 Tidak bersih dan memerlukan rawatan yang rapi sebelum diminum
KELAS 4 Hanya sesuai untuk pengairan pertanian
KELAS 5 Tidak sesuai untuk sebarang kegunaan

July 9, 2010

HENTIKAN PENCEMARAN SUNGAI


Tahukah Anda ?
Pencemaran air ialah perubahan kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi air sehingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam atau kepada hidupan dan tumbuhan.
Punca-punca pencemaran sungai pada amnya terdiri daripada punca tetap seperti pelepasan dari kawasan perindustrian dan dari loji pengolahan kumbahan serta punca tidak tetap seperti air larian dari gunatanah pertanian, kediaman, perdagangan, perniagaan, industry dan sebagainya. Sungai dikategorikan kepada lima kelas iaitu:

Kelas 1
-Pemeliharaan unutk persekitaran semulajadi bekalan air 1-secara praktiknya tidak memerlukan rawatan.
-Perikanan 1-untuk spesies akuatik yang sangat sensitive
Kelas 2A
-Bekalan Air 2-memrlukan rawatan konvensional
-Perikanan 2-untuk spesies sensitive
Kelas 2B
Sesuai untuk aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan badan
Kelas 3
-Bekalan Air 3-memerlukan rawatan yang intensif
-Perikanan 3-untuk minuman haiwan ternakan
Kelas 4
-Pengairan
Kelas 5
-Selain daripada di atas

River Ranger

Pada 29 Jun 2010 bersamaan hari selasa, satu program river ranger telah diadakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya sungai dan penjagaan sungai. Program ini dilaksanakan di Taman Rekreasi, Pantai Peringgit, Melaka. Program ini telah di hadiri oleh pelajar sekolah, kakitangan kerajaan dan swasta. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Latiff Bin Tamby Cik, Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemantauan kualiti air dari segi biologi dan kimia. Selain itu, aktiviti penanaman pokok dan gotong royong juga dijalankan. Setelah selesai aktiviti tersebut, terdapat juga pembentangan kumpulan mengenai pemantauan kualiti air tersebut.

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green