Logo RAS - New

Logo RAS - New

September 12, 2014

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 telahpun diwartakan oleh Jabatan Peguam Negara pada 4 Jun 2014 dan mula berkuatkuasa pada 5 Jun 2014. Peraturan ini digubal bagi mengawal pelepasan pencemar udara berpunca daripada pelbagai aktiviti perindustrian termasuk loji janakuasa, loji pembakar bahan buangan dan loji pencampuran asfalt. Peraturan ini akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Peraturan baru ini adalah bagi menggantikan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Dioksin dan Furan) 2004.



Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan peraturan ini di Portal Jabatan Alam Sekitar .

September 10, 2014

INDUSTRI HIJAU

Jom memahami apa itu Industri Hijau







Symposium on Four Decades of The Environmental Quality Act 1974

Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan `Symposium on Four Decades of The Environmental Quality Act 1974: Charting The Future' bersempena Minggu Alam Sekitar Malaysia pada 14 hingga 15 Oktober 2014 bertempat di Puspanitapuri, Putrajaya.

Pendaftaran penyertaan masih dibuka. Tarikh tutup ialah pada 12 September 2014.

Layari www.doe.gov.my untuk maklumat lanjut







PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM)


Jabatan Alam Sekitar menganjurkan Pertandingan Fotografi Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2014.

Tema pertandingan kali ini ialah `Alam Semulajadi di Malaysia' yang mencerminkan sikap rakyat Malaysia dalam konteks pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.doe.gov.my



Tema MASM pada tahun ini ialah 'Ya, Teruskan Gaya Hidup Lestari'


~ Kami Mahu Gaya Hidup Lestari~

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green