Logo RAS - New

Logo RAS - New

July 6, 2015

Bengkel Electronic Scheduled Waste Information System (e-SWIS) & Online Environmental Reporting (OER)

BENGKEL HANDS-ON SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU BUANGAN TERJADUAL: ELECTRONIC SCHEDULED WASTE INFORMATION SYSTEM
(e-SWIS) & ONLINE ENVIRONMENTAL REPORTING (OER)

ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

OBJEKTIF
      
a.        Menyampaikan mesej kepada pihak industri tentang peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 serta Peraturan-Peraturannya ;

b.         Perkembangan terkini status perlaksanaan penguatkuasaan dan pematuhannya oleh industri, polisi–polisi dan garispanduan baharu ;

c.    Menerajui amalan ”cradle to cradle” bagi pengurusan buangan terjadual yang bersistematik selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka ke arah Negeri Bandar Teknologi Hijau ;

d.       Untuk mendapatkan input dan maklumbalas dari pihak industri mengenai masalah-masalah yang berkaitan pelaksanaan peraturan-peraturan serta sistem terkini; dan

e.     Pengenalan terhadap penggunaan dalam talian bagi sistem Electronic Scheduled Waste Information System (E-SWIS) & Online Environment Reporting (OER).

 Pihak kilang diseru agar dapat mempertingkatkan lagi pemakaian kaedah pelaporan secara on-line yang telah dinaiktaraf iaitu Electronic Scheduled Waste Information System (E-SWIS) dimana dulu ia lebih dikenali sebagai ECN. Sistem ini dibangunkan agar dia lebih mesra pengguna selaras dengan permintaan global dimana semuanya dihujung jari.  

Manakala System Online Environmental Reporting (OER) merupakan sistem yang dinaik taraf bagi mengantikan sistem sediada iaitu Monthly Discharge Monitoring Report (MDMR). System OER ini telah dibangunkan bagi memenuhi kehendak semasa dimana terdapat beberapa ciri baru merangkumi penambahan tiga (3) modul selain tiga (3) modul yang sediada iaitu sewage, industrial effluent dan mixed effluent. Modul-modul yang baru pula adalah leachate, palm oil mill dan rubber mill. Ia juga dilengkapi dengan maklumat-maklumat terkini berkaitan Pendaftaran Makmal (Accredited Lab) bagi memudahkan pengguna.

 Bengkel e-SWISS & OER Fasa 1

Tarikh : 17 Jun 2015
Tempat : UTEM, Melaka
Kumpulan Sasaran : Industri
















Bengkel e-SWISS & OER Fasa 2

Tarikh : 29 Jun 2015
Tempat : JAS Melaka
Kumpulan Sasaran : Industri 













Unit Kesedaran JASM

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green