Logo RAS - New

Logo RAS - New

July 8, 2015

Program Biodiesel Melaka Peringkat Jabatan Alam Sekitar Melaka


Program Biodiesel Melaka adalah projek komuniti hijau yang dimulakan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk menguruskan sisa minyak masak dan menggalakkan penggunaan biodiesel dalam sektor pengangkutan.  Program ini telah dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 22 November 2011.  Tong minyak plastik untuk mengumpul bahan buangan minyak masak ditempatkan di kedai-kedai makan, restoran dan kafetaria di seluruh negeri ini. Minyak ini kemudiannya ditapis dan dicampurkan menjadi biodiesel yang mematuhi piawaian antarabangsa ASTM 6751. Program ini menyokong Rangka Tindakan Teknologi Hijau Negeri Melaka dan Dasar Biodiesel Negara.

JAS Melaka telah pun memulakan program mengumpul sisa minyak masak terpakai di pejabat sejak majlis pelancaran yang diadakan di JAS Melaka pada 2 September 2-13 yang lalu.  Sesi ceramah tentang program ini telah diadakan sebelum majlis pelancaran, ie pada 31 Julai 2013 yang lalu. Penceramah adalah En Ismail, konsultan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

JAS Melaka telah pun menjual sebanyak 136 liter sisa minyak masak terpakai sejak 2013 yang lalu.  Aktiviti ini masih dijalankan secara aktif sehingga kini.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Untuk mengurangkan 'Carbon Footprint' dalam sektor pengangkutan di Melaka melalui penggunaan biodiesel pada kenderaan, penjana elektrik dan mesin.
  • Bagi mewujudkan kesedaran tentang kemudaratan kesihatan akibat penggunaan minyak masak kitar semula.
  • Bagi mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu halal yang mungkin timbul daripada minyak masak kitar semula yang diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak dapat dikenal pasti.
  • Bagi mewujudkan kesedaran mengenai keperluan bagi penjagaan alam sekitar akibat daripada pembuangan sisa minyak masak ke dalam longkang dan perparitan setempat.

PROSES PENGUMPULAN MINYAK MASAK

-Bagi pihak yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendaftar secara online atau        mendaftar di Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. 

-Perbadanan Teknologi Hijau Melaka akan membekalkan tong minyak masak plastik untuk kutipan  sisa minyak masak.

-Peserta boleh menyimpan sisa-sisa minyak masak harian ke dalam tong yang disediakan sehingga  penuh.

-Perbadanan Teknologi Hijau Melaka akan mengutip tong sisa minyak masak dan diangkut ke depot  simpanan.

-Satu kad inventori akan disediakan untuk merekod jumlah kuantiti, tarikh dan masa dan akan  ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak peserta dan wakil Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. 


Segala Pertanyaan dan pendaftaran boleh disalurkan kepada :-

PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA
Aras 3, Wisma Negeri,
Bandar MITC, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh ,
Melaka, MALAYSIA.

Tel : +606-3333 333 (samb 5247)
Fax: +606-2324764
Laman Web : www.melakagreentech.gov.my/biodiesel
Email: admin@melakagreentech.gov.my










JK Teknologi Hijau JASM

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green