Logo RAS - New

Logo RAS - New

March 21, 2012

APA ITU E-WASTE????

Bahan buangan/sisa elektrik dan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-waste adalah barang-barang kelengkapan/peralatan yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal (original user) dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut.

Di Malaysia, e-waste disenaraikan sebagai salah satu buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. E-waste diberikan kod sebagai SW110 seperti yang tertakluk dalam Jadual Pertama peraturan tersebut. SW110 atau e-waste ditakrifkan sebagai buangan daripada pemasangan elektrik dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kandungan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin.

E-waste dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual (scheduled waste) kerana mempunyai ciri-ciri seperti kebolehnyalaan (ignitability), menghakis (corrosivity), bertindakbalas (reactibility) dan juga toksik (toxicity). E-waste merupakan satu masalah yang dikategorikan sebagai serius dan perlukan perhatian daripada semua pihak kerana ianya memberi impak kepada kesihatan manusia dan merupakan satu ancaman kepada alam sekitar. Sebagai contoh, dalam industri pembuatan untuk menghasilkan komputer, terdapat ratusan komponen yang digunakan dan melibatkan seribu satu macam proses. Pembuatan litar dalam komputer melibatkan proses penyaduran elektrik di mana menggunakan beberapa jenis logam berat. Manakala untuk menghasilkan cip komputer pula melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia seperti asid dan juga pelarut yang terdiri daripada bahan organik dan juga bukan organik yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia dan kemusnahan pada alam sekitar.

CONTOH BUANGAN E-WASTE

· TV

· Penyaman Udara

· Komputer

· Peti Sejuk

· Mesin Basuh

· Perakam Video

· Lampu

· Telefon

· Mesin/ Mesin Faks

· Oven

· Radio

· Mesin Cetak

· Kabel elektrik

· Amplifier Radio

· Hard Disk

· Dakwat Katrij

Elemen-elemen berbahaya di dalam e-waste boleh memberi kesan jangka pendek dan juga kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia. Kesan-kesan tersebut diringkaskan dalam Jadual seperti di bawah.


March 20, 2012

Raptor Watch 2012 @ Tanjung Tuan, Melaka

Raptor Watch kembali lagi..........

Acara Memerhati Burung Pemangsa pulang semula ke habitat asal di Siberia, China, Mongolia, Korea, Jepun dan Indochina apabila musim sejuk berakhir.

Ia merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh MNS (Malaysian Nature Society). Pada tahun 2012 ia merupakan tahun ke 13 dilaksanakan.




Waktu paling sesuai memerhati burung pemangsa ini adalah antara jam 11.00 pagi - 3.00 petang bermula pertengahan bulan Februari hingga pertengahan bulan April setiap tahun.

Tanjung Tuan menjadi pilihan persingahan ribuan burung-burung pemangsa saban tahun. Ini kerana Tanjung Tuan mempunyai geo-permukaan bumi yang sesuai, dimana ia menghasilkan suhu terma yang diperlukan oleh burung untuk terbang balik ke habitat asal. Selain itu, Tanjung Tuan mempunyai Hutan Hijau dan Hujan Persisiran Pantai yang kaya dengan sumber makanan bagi burung-burung pemangsa.

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green