Logo RAS - New

Logo RAS - New

August 20, 2009

Buangan Toksik








Anda Tahu Apa Itu BUANGAN TOKSIK dan BERBAHAYA?

Buangan Toksik dan berbahaya atau buangan terjadual bersifat;

  • Mudah terbakar

  • mudah menghakis

  • beracun

  • mudah bertindakbalas atau meletup bila bercampur dengan bahan lain

Buangan Toksik dan berbahaya atau buangan terjadual boleh wujud dalam bentuk;

  • cecair

  • pepejal

  • separa pepejal


Kesan Utama

  • Pencemaran kepada alur air, air tanah, atmosfera dan tanah tanih

  • Keracunan kepada manusia, tumbuhan dan hidupan lain

  • Kesan kepada kesihatan sepertii penyakit barah, merosakkan kulit dan tisu badan

  • Kebakaran di tapak pelupusan

Pengurusan Buangan Terjadual

  • Diperolehi kembali di kemudahan atau premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)

  • Pelupusan akhir di tapak pelupusan selamat

  • Pembakaran di insinerator yang dilesenkan oleh JAS

HENTIKAN PELUPUSAN HARAM BUANGAN TOKSIK DAN BERBAHAYA (BUANGAN TERJADUAL)




HUKUMAN DENDA TIDAK MELEBIHI RM 500,000 DAN 5 TAHUN PENJARA MANDATORI JIKA SABIT KESALAHAN









Pelupusan buangan toksik dan berbahaya dan berbahaya (Buangan Terjadual) secara haram MEMBAHAYAKAN dan DILARANG SAMA SEKALI.

ARTIKEL PELUPUSAN HARAM SISA TOKSIK DAN BUANGAN TERJADUAL.

http://www.sjgov.org/illegaldumping/Effects.htm
http://www.epa.gov/ebtpages/wasthazardouswaste.html

http://www.doe.gov.my/en/hazardous-substances


August 19, 2009

Pertumbuhan Populasi dan Alam sekitar : Masalah Global

Bila negara makin pesat membangun, populasi manusia akan meningkat . Ini menyebabkan kadar permintaan manusia terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Ianya terjadi apabila manusia memerlukan;



  • tempat tinggal


  • pekerjaan


  • bekalan air


  • bekalan elektrik


  • pengangkutan

  • makanan

  • dan lain-lain

Ini bagi memastikan mereka memperolehi kehidupan yang lebih sempurna. namun permintaan ini terhasil disebabkan perbezaan eknomi dan keadaan demografik.


Amerika Latin, Asia Barat dan Selatan Eropah merupajkan negara yang sedang membangun dari sektor perindustrian. Perladangan, perdagangan, dan pertanian memerlukan kawasan tanah yang luas bagi pembinaan kilang , pembukaan tanah baru bagi pertanian/perladangan dan membangunkan bandar-bandar baru bagi meningkatkan ekonomi negara.


Selain itu gaya hidup manusia yang mahukan kehidupan yang lebih baik seperti rumah , bekalan elektrik dan air, kereta dan lain-lain menyebabkan permintaan terhadap sumber semulajadi semakin tinggi.



Penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara yang lain secara haram atau melalui saluran yang betul juga menyebabkan mereka berpindah bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan mengubah gaya hidup mereka.


Pengurusan semulajadi yang terancang seperti penebangan hutan secara berleluasa, pelepasan effluen yang tidak terkawal dan pembuangan sisa toksik ke sungai serta pelepasan asap hitam ke atmosfera boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar. Namun kesan kepada alam sekitar boleh dihubung kait dengan faktor -faktor di bawah:








  • Masalah Sumber Bekalan Air

Bekalan air bersih akan tercemar dan berkurangan akibat penebangan pokok di kawasan tadahan air da pencemaran sungai akibat dari hakisan tanah dan pembuangan sisa toksik.











  • Pengurusan Sisa Pepejal

Penghasilan sampah sarap oleh manusia yang semakin banyak dan tapak pelupusan sampah yang tidak bersistem boleh menyebabkan larut resap oleh sampah sarap yang memasuki sungai yang berdekatan atau meresap air bawah tanah dan mencemar bekalan air.






  • Haiwan Perosak

Bilangan haiwan perosak yang tinggi seperti tikus lipas dan lalat mampu menyebarkan penyakit kepada manusia semakin berleluasa.








  • Pencemaran Udara

Pelepasan karbon dioksida ,chloroflurocarbon (CFC), sulfur dioksida dan gas-gas lain dari asap kenderaan dan kilang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang mampu menyebabkan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.





  • Masalah Kesihatan

Air tercemar mengandungi bahan-bahan toksik atau mengandungi vektor yang membawa penyakit kepada manusia dan haiwan seperti taun, kolera dan sebagainya.

  • Kepelbagaian Biodiversiti

Penebangan hutan yang tidak terkawal dan tidak terancang mampu mnyebabkan spesis flora dan fauna yang amat berharga akan pupus.



  • Perubahan iklim dunia

Gas rumah hijau yang terbebas ke udara hasil dari pembakaran bahan api fosil akan terperangkap di dalam atmosfera dan menyebabkan bumi akan panas. Apabila suhu bumi meningkat, paras lautan menjadi tinggi dan ini akan menyebabkan banjir. Masalah kepanasan bumi ini akan juga menghasilkan kemarau berpanjangan.




Bagaimana kita Mengatasinya?

Cara masalah ini adalah melalui tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu;

  • menstabilkan populasi

  • mengurangkan penggunaan sumber
  • pengurusan sumber yang berkesan.

Menstabilkan Populasi

Apabila kita mampu mengawal kadar pertumbuhan populasi , kita dapat mengurangkan kadar permintaan populasi terhadap semulajadi. Ini membolehkan sesebuah negara memfokuskan kewangan negara ke bidang pendidikan , kesihatan dan peluang pekerjaan . Dengan mengawal kadar populasi juga ia mampu meningkat produktiviti dan kualiti hidup apabila rakyat mampu untuk menabung dan melabur kewangan dengan baik.

Mengamalkan Kitar Semula

Dengan mengamalkan sikap kitar semula bahan terbuang , penggunaan semula bahan terpakai , mengurangkan pembelian bahan yang tidak boleh dikitar semula dan mengamalkan mesra alam seperti mengurangkan penggunaan elektrik dan air mampu mengurangkan penggunaan semulajadi dalam penghasilan sesuatu produk.

Pengurusan Sumber Yang Berkesan

Menguruskan dan mengawal sumber alam semulajadi dengan efisien dan berkesan. Dengan ini sumber tersebut boleh bertahan bagi jangkamasa panjang. Dengan mencari sumber alternatif yang boleh menggantikan sumber yang sedia ada akan membantu dalam memelihara sumber semulajadi daripada pupus.





PEMBANGUNAN LESTARI

Untuk mempacapai pembangunan lestari perkara-perkara yang erlu digabungkan dengn sebaiknya ialah ekonomi, sosial, politik, dan ekologi bagi mencapai kestabilan serta mewujudkan kualiti hidup yang seimbang seiring dengan perkembangan pembangunan negara.

Kesimpulan, pertumbuhan populasi dunia dan kesedaran dalam memelihara alam sekitar merupakan masalah global yang perlu dihadapi oleh masyarakat dunia masa kini demi untuk memastikan pembangunan lestari dapat menjamin masyarakat dunia mendapat kualiti hidup yang lebih baik .




















August 17, 2009

Kekayaan Manusia, Kemiskinan Bumi

Apakah Peranan Pengguna?






Saban hari, mesyarakat pengguna terdedah kepada pelbagai isu alam sekitar yang seringkali di muatkan dalam media massa. Antaranya beberapa isu utama yang melibatkan pencemaran;
  • air
  • udara
  • bunyi
  • tanah tanih
Secara lebih spesifik , antara isu pencemaran yang membelengu fikiran dan keharmonian serta kesejahteraan manusia ialah isu;
  • pencemaran sungai
  • isu perlupusan sisa pepejal atau sisa terkawal yang kurang terurus
  • isu kelemahan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pelbagai jenis pencemaran dan pengurusan alam sekitar
  • isu tanah runtuh atau gelinciran
  • isu banjir kilat di beberapa buah bandar utama seperti Kuala Lumpur
  • isu permanasan global
  • isu perlupusan haram sisa toksik
  • dan lain-lain
Persoalannya, apakah langkah kita apabila berhadapan dengan pelbagai isu pencemaran sedemikian?
  • Adakah kita hanya berpeluk tubuh dan sentiasa mengharapkan agensi tertentu atau orang lain yang menyelesaikannya?
  • Apakah yang harus kita lakukan supaya sebarang masalah atau isu pencemaran dapat ditangani dengan segera?
  • Adakah kita hanya perlu menadah tangan ke langit dan mengharapkan Tuhan seberapa segera mengatasinya?
  • Adakah kita hanya membiarkan insiden tersebut harus berlaku tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab untuk cuba menyumbang sesuatu yang terbaik untuk negara tercinta?
Inilah perkara yang semestinya kita amalkan sebagai rakyat yang prihatin:
  • terus memberi sumbangan yang tidak terhingga dalam usaha mengatasi masalah pelbagai isu pencemaran yang berlaku di peringkat dunia atau antarabangsa.
Sebagai masyarakat pengguna yang positif:
  • mestilah mempunyai pengetahuan yang cukup dalam aspek pengurusan dan pencemaran alam sekitar.
Rakyat Malaysia :
  • mesti sentiasa sentiasa mengembangkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan alam sekitar
  • meninjau atau mengkaji cara negara lain mengatasi masalah atau isu yang seakan-akan sama dengan negara kita;
  • apakah teknologi baru dan terkini yang semestinya digunapakai dalam pelupusan sampah yang menggunung tinggi. Contohnya seperti penggunaan insinerator atau penggunaan teknolgi pemabakaran dalam relau.
  • apakah kajian tentang teknologi berkaitan yang digunapakai di negara lain seperti Eropah, Jepun, Australia dan sebagainya yang telah dilakukan namun masalah isu pencemaran alam sekitar di negara ini masih terus berlaku tanpa batasan?

Peranan kita semua
  • Kita mesti tahu peranan positif kita sebagai pengguna yang prihatin terhadap isu alam sekitar
  • Kita mesti celik undang-undang dan peraturan yang ada di negara kita.
  • Kita mesti tahu apakah agensi utama yang bertanggungjawab dalam pelbagai aspek pengurusan alam sekitar. Sebagai Contoh, iklan di televisyen berkaitan pencemaran air sungai yang mengakibatkan kematian banyak ikan , siapa yang seharusnya dipersalahkan dan siapa yang semestinya memikul tanggungjawab untuk membenterasnya supaya tidak tidak berulang lagi?
Ini merupakan sebahagian besar tanggungjawab yang dipikul oleh setiap dari kita yang bergelar masyarakat pengguna.


Kuiz untuk Anda


Penebangan hutan yang tidak terkawal dan terancang boleh menyebabkan spesis ........................... dan ............................ yang amat berharga pupus.



jawab ye... bagi otak berjalan sikit....

August 12, 2009

AMALKAN SIKAP CINTAKAN ALAM SEKITAR

Memandangkan dunia sedang berdepan dengan isu pemanasan global yang semakin serius masyarakat diharapkan dapat menjadi pengguna yang perihatin terhadap alam sekitar.

Persoalannya, sejauh manakah pencapaian kita sebagai pengguna yang lestari? Setakat ini, tidak ramai yang begitu menitikberatkan perkara seperti penjimatan elektrik, pembaziran tenaga, pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Tahap kesedaran pengguna Malaysia masih rendah. Malah, mereka boleh dikatakan masih berada di peringkat awal dalam meletakkan diri sebagai pengguna lestari.

Amalan pengunaan lestari sebenarnya amat mudah untuk dipraktikkan oleh pengguna. Antaranya, mereka boleh berbelanja secara berhemat, menjimatkan pengunaan sumber air, tenaga dan bahan bakar, menggunakan bahan-bahan yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar serta menggunakan teknologi bersih dan juga mesra alam.

Untuk menggalakkan amalan penggunaan lestari ini, masyarakat perlu belajar berbelanja mengikut keperluan mereka. Rancang dulu perbelanjaan anda. Sebaiknya, buat senarai barangan yang diperlukan dan belilah barangan hanya bila ia diperlukan.

Satu kemestian apabila membeli barangan ialah membaca lebel secara terperinci. Label mengandungi maklumat asas seperti kandungan pemakanan, tarikh luput, logo-logo berkaitan alam sekitar ataupun sama ada ia diperbuat daripada hasil bahan kitar semula.

Apabila membeli, lihat pada pembungkusan produk tidak kira bekas, botol atau kotak. Beli produk yang menyokong pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula. Cara ini dapat mengurangkan terhasilnya sisa pepejal.

Ketika keluar membeli-belah juga amalkan membawa bersama beg sendiri dari rumah. Elakkan menggunakan beg plastik terutamanya yang memakan masa untuk dilupuskan.
Sebabnya, salah satu daripada sampah yang sering dibuang adalah pembungkus barangan harian yang dibeli termasuk beg plastik yang digunakan untuk membawa barangan tersebut.

Mungkin tidak semua barangan perlu dibeli. Contohnya, anda boleh menanam sendiri sayuran di kawasan rumah termasuk menggunakan teknik hidroponik yang tururt menjurus kepada amalan pengunaan lestari.
Malah, cara ini bukan sahaja dapat memastikan sayuran yang dimakan segar dan bebas bahan kimia racun perosak, tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan keluarga.

Selain itu, pengguna juga boleh menjimatkan sumber bahan bakar dengan berusaha mengurangkan pengunaan kenderaan untuk ketempat-tempat yang berdekatan.

Bercerita tentang penjimatan ini, pengguna juga perlu mengambil kira pengunaan peralatan elektrik di rumah kerana ia juga merupakan antara penyumbang utama kepada pembaziran tenaga dan turut mempercepatkan pemanasan global.

Mulakan dengan membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Kini, banyak jenama telah mengambil langkah mengeluarkan produk penjimatan tenaga dalam usaha untuk mengurangkan pemanasan global.Ataupun, pilih barangan yang bersesuaian seperti pengunaan lampu kalimantang yang empat kali lebih cerah daripada mentol walaupun kedua-duanya menggunakan kuasa watt yang sama. Malah ia juga tahan lapan kali lebih lama berbanding mentol.

Sekiranya semua ini diamalkan, ia bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat malah mampu mengekalkan kehijauan alam serta menjimatkan perbelanjaan.

Jadi, ubahlah sikap bermula hari ini. Jadilah penguna yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bagi memastikan ia dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang.

Sumber : Utusan Malaysia

Penggunaan Lestari


DEFINASI PENGGUNAAN LESTARI

Definisi penggunaan lestari bermaksud "menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik, pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran buangan dan bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang".

Penggunaan Lestari

Menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan buangan serta bahan pencemar, supaya tidak mengorbankan keperluan generasi akan datang.
Melibatkan perniagaan, komuniti dan isi rumah yang menyumbang kepada kualiti persekitaran melalui pengeluaran dan penggunaan sumber yang efisien, mengurangkan bahan buangan dan mengoptimumkan produk dan perkhidmatan.

Ciri-Ciri Utama Penggunaan Lestari

Amalan penggunaan lestari merupakan satu konsep yang amat mudah dan untuk dipraktikkan oleh golongan pengguna. Pengamalan ciri-ciri ini bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat dan pengekalan kehijauan alam malah mampu menjimatkan perbelanjaan. Antara ciri-ciri utama amalan penggunaan lestari adalah:
  • Menggalakkan perbelanjaan berhemat
  • Menjimatkan penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui seperti air, tenaga dan bahan bakar fosil.
  • Menggunakan bahan-bahan yang tidak menyebabkan impak negatif kepada alam sekitar.
  • Menggunakan teknologi yang bersih dan mesra alam.

Amalan Penggunaan Lestari Yang Boleh Dilakukan Dalam Kehidupan Harian

  • Membawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli ketika membeli belah.
  • Kumpulkan kertas yang telah digunakan dan dihantar ke pusat kitar semula.
  • Elakkan daripada menggunakan bahan berasaskan polisterin kerana ia tidak boleh dibiodegradasikan.
  • Beli tanaman keluaran tempatan.
  • Kurangkan pembuangan sampah sarap dan jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan dan cawan kertas.
  • Gunakan lampu kalimantang kerana ia kurang penggunaan tenaga elektrik dan tahan empat kali lebih lama berbanding mentol lampu biasa.
  • Elakkan membuka peti sejuk terlalu kerap kerana ia meningkatkan penggunaan elektrik.
    Tutup televisyen, radio dan komputer apabila tidak digunakan.
  • Menjimatkan penggunaan air yang sekali gus dapat menjimatkan juga penggunaan tenaga elektrik, kerana proses membekalkan air dan menyaringkan sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green