Logo RAS - New

Logo RAS - New

May 6, 2014

Sambutan Hari Bumi 2014 Peringkat Negeri Melaka

Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Bumi 2014 Peringkat Negeri Melaka pada 7 Mei, 2014 (Rabu) bertempat di Pusat Persatuan Pelajar, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.


Program ini adalah susulan dari Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Kerjasama Dua Hala Dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Dalam Penganjuran Program Kesedaran Alam Sekitar.

Selaras dengan tema Green Cities (rujuk entri : JOM! Hari Bumi 2014 ), Sambutan Hari Bumi 2014 diadakan di UTeM bagi menggalakkan gaya hidup lestari di kalangan warga IPT.

Antara objektif program adalah :
  • Meningkatkan kesedaran akan perlunya warga UTeM dan komuniti IPT di negeri Melaka memelihara alam sekitar untuk kesejahteraan Bumi, tempat tinggal semua manusia.
  • Memupuk semangat dan cintakan kepada alam semula jadi, serta memelihara dan memulihara Bumi kita.
  • Kesinambungan Program Tanaman 1000 Pokok UTeM yang telah dilancarkan pada 2013 dengan menambah tumbuh-tumbuhan hijau bagi mencantikkan lanskap di sekitar kampus UTeM.
  • Menubuhkan secara rasmi pusat Rakan Alam Sekitar (RAS) Melaka di UTeM dan pelantikan Kapten RAS serta mempromosi penjenamaan semula Rakan Alam Sekitar (RAS).
  • Meningkatkan kerjasama di kalangan warga UTeM dan IPT sekitar Melaka.
Aturcara Program :


Mari kita bersama-sama memelihara dan memulihara bumi kita dari terus tercemar!!!!

~ Kami Mahu Gaya Hidup Lestari ~


April 29, 2014

AKTIVITI HIJAU : JUALAN MINYAK MASAK TERPAKAI WARGA JAS MELAKA BAGI KALI KEDUA




 TARIKH JUALAN MINYAK MASAK TERPAKAI ( JUALAN KALI KEDUA) : 
 29 APRIL 2014
BERAT MINYAK MASAK TERPAKAI YANG DIJUAL :  32 KG ( RM 32)









RM 32 telah dikemukakan kepada Bendahari KESMA, Pn Hafizah pada 29 April 2014


AKTIVITI HIJAU : MAJLIS PELANCARAN SETIAP JUMAAT DAN SABTU TANPA PLASTIK DI NEGERI MELAKA MULAI 01 APRIL 2014



TARIKH PELANCARAN :  04 APRIL 2014
TEMPAT :  MAHKOTA PARADE, MELAKA
DIRASMIKAN OLEH :  YB DATUK WIRA HJ MD YUNOS BIN HUSIN
EXCO PELAJARAN,PENGAJIAN TINGGI,SAINS & TEKNOLOGI, TEKNOLOGI HIJAU DAN INOVASI NEGERI MELAKA








April 21, 2014

SAMBUTAN HARI BUMI-22 APRIL 2014


SEMPENA HARI BUMI ESOK, JAS NEGERI MELAKA DAN RAKAN MOU JABATAN IAITU TEXAS INSTRUMENTS ELECTRONICS MALAYSIA (TIEM) AKAN MENGADAKAN SAMBUTAN HARI BUMI SEPERTI BERIKUT

 Photo: Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun. Tema sambutan Hari Bumi pada tahun ini ialah Bandar Hijau (Green Cities).  Sambutan Hari Bumi diadakan sebagai usaha menyemai dan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Bersempena Sambutan Hari Bumi tidak lama lagi, marilah kita bersama-sama menghargai bumi dengan meningkatkan amalan kita ke arah usaha yang melindunginya demi kesejahteraan hidup bersama.

TOWARDS GREEN CITIES

Green Cities Campaign 


Photo

 


 Photo


JOM! Hari Bumi 2014


 Green Cities Campaign

Hari Bumi disambut setiap tahun sebagai salah satu cara untuk menunjukkan keprihatinan kita terhadap bumi yang kita diami ini. Hari Bumi disambut pada pada 22 April setiap tahun dan pada tahun ini jatuh pada hari Selasa..

Tema tahun ini adalah Green Cities atau Bandar Hijau..tema kali ini sangatlah bertepatan dengan slogan Negeri Melaka yang kita sayangi ini..Melaka Maju Negeriku sayang, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU, Melaka Maju Fasa II

Esok adalah harinya...Tunjukkan sokongan anda!

http://www.earthday.org/greencities/earth-day-2014/


Pada tahun ini, JAS Melaka akan adakan sambutan secara kerjasama pintar dengan Universiti Teknikal Melaka pada 7 Mei 2014 (Rabu) bermula jam 2.00 petang. Maklumat lanjut akan kami maklumkan kemudian..tungguuu.....


KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green