Matlamat utama ialah menjadikan orang ramai sebagai mata dan telinga jabatan dalam membanteras masalah alam sekitar dengan konsep "community base" dan "hands on". Di samping itu juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar tidak kira apa jua latar belakang. Marilah kita perjuangkan kelestarian alam sekitar untuk keharmonian generasi akan datang.
November 16, 2009
RM343,087.60 bantu anak angkat zoo
MELAKA: Program Skim Anak Angkat Zoo Melaka 2009 disambut baik oleh 54 syarikat serta badan berkanun di negeri ini apabila sejumlah RM343,087.60 berjaya dikumpul sebagai dana kebajikan anak angkat di zoo.
Program itu bertujuan membantu mendapatkan sumbangan dan tajaan untuk membiayai kos hidupan liar yang ditempatkan di Zoo Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata ini tahun ke-20 program ini diadakan sejak mula dilancarkan pada 1989.
Katanya, program itu juga mampu membantu usaha Zoo Melaka dalam menjayakan konservasi hidupan liar, seterusnya mewujudkan masyarakat yang lebih peka terhadap pemuliharaan hidupan liar dan alam sekitar.
“Zoo Melaka berpotensi besar untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan,” katanya pada Majlis Penyampaian dan Penerimaan Cek Skim Anak Angkat Zoo Melaka 2009 di Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Seet Har Cheow; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin dan Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abd Rashid Samsudin.
Pada majlis itu, kerajaan negeri bersama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad menaja taman permainan kanak-kanak bernilai RM58,800 selain Sime Darby Plantation Sdn Bhd pula menaja seekor anak gajah bernama ‘Noni’ dengan tajaan RM20,000.
sumber: harian Metro, Ahad (15.11.2009)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!