Matlamat utama ialah menjadikan orang ramai sebagai mata dan telinga jabatan dalam membanteras masalah alam sekitar dengan konsep "community base" dan "hands on". Di samping itu juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar tidak kira apa jua latar belakang. Marilah kita perjuangkan kelestarian alam sekitar untuk keharmonian generasi akan datang.
July 15, 2010
200 PELAJAR, KAKITANGAN BERSIH TEBING SUNGAI MELAKA
Lebih 200 pelajar sekolah menengah di sekitar negeri ini serta kakitangan beberapa jabatan dan agensi kerajaan menyertai gotong-royong membersihkan tebing Sungai Melaka di Taman Rekreasi, Pantai Peringgit dekat sini, kelmarin.
Program anjuran Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) negeri itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga sungai dan alam sekitar, selain memeliharanya daripada musnah dan terus terancam.
Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Latiff Tamby Chik, berkata kerajaan negeri mengalu-alukan pembabitan semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pelaksanaan program kesedaran alam sekitar.
Pada masa sama, katanya, usaha untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran di kalangan masyarakat awam dan komuniti setempat harus dipertingkat dan diteruskan supaya mereka sentiasa peka dengan situasi semasa.
“Secara holistic, apabila masyarakat umum dapat memahami tujuan sebenar serta kepentingan usaha pemeliharaan alam sekitar dan aspek kesedaran awam terus subur dari semasa ke semasa, maka akan terserlah satu masyarakat produktif dan praktif,” katanya merasmikan Program Kesedaran Alam Sekitar sempena Pesta Sungai Melaka 2010 dekat ini, semalam.
Antara program yang dijalankan pada majlis itu ialah aktiviti pemantauan kualiti air membabitkan biologi dan kimia, pembentangan kumpulan dan kuiz kesedaran.
Hadir sama, Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Yusof Jantan dan Pengarah JPS negeri, Gapar Asan.
Sementara itu, Latiff berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM321.5 juta bagi melaksanakan kerja pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
“Kos yang diperunutkkan ini adalah sangat besar dan adalah mustahil sekiranya perkara sama dilaksanakan di setiap sungai di seluruh negeri ini,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!