Logo RAS - New

Logo RAS - New

August 27, 2010

Penyelesaian Eko Untuk Masa Depan

Pengakhiran lampu yang mempunyai tahap keberkesanan rendah
Sebagai langkah untuk menghalang penyebaran karbon secara berleluasa dan menjimatkan penggunaan tenaga, Kesatuan Eropah telah menggubal undang-undang baru untuk mengharamkan penggunaan lampu yang mempunyai tahap keberkesanan yang rendah menjelang tahun 2012. Fasa pertama pelaksanaannya akan bermula pada September 2009 apabila lampu yang mempunyai hasil pengeluaran lebih daripada 100 watt perlu memiliki kelas keberkesanan sekurang-kurangnya pada tahap C- suatu keperluan di mana pencahayaan lampu pada tahap ini tidak akan mampu dicapai. Peraturan ini akan terus diimplementasikan mengikut fasa-fasa tertentu sehingga kesemua jenis lampu mempunyai sekurang-kurangnya klasifikasi tahap C. Berdasarkan penerangan teknikal Kesatuan Eropah berkaitan dengan peraturan tersebut, pencahayaan mewakili 1/5 daripada pengguna elektrik sebuah rumah. (Ruj: Environmental Health Perspectives 117(2): Feb 2009)

Kesan karbon biofuel: Bolehkah kesannya dikurangkan tepat pada masanya?
Kenderaan mewakili 27% penyebaran CO2, gas rumah hijau yang merupakan paling utama. Biofuel telah dianggap sebagai penyelesaian mudah bagi masalah pencemaran karbon. Dengan ini, dua kajian baru telah menunjukan bahawa penghasilan biofuel turut membebaskan lebih banyak karbon berbanding minyak itu sendiri. (Ruj: Environmental Health Perspectives 116(6): June 2008)




Pemilihan tanaman untuk pengurangkan pemanasan global
Berbanding dengan tumbuhan semulajadi, tanaman pertanian lebih banyak memantulkan cahaya matahari ke udara. Laporan Current Biology pada 27 Januari 2009 menyatakan bahawa pemilihan tanaman yang mampu memantulkan cahaya matahari dengan lebih baik boleh mengurangkan suhu musim panas sekurang-kurangnya sebanyak 10C sepanjang Selatan Amerika dan Eurasia. Pengarangnya menganggarkan pengurangan suhu tersebut akan menyemai sekitar 20% peningkatan haba yang dianjurkan berlaku pada benua tersebut menjelang 2100. Para penyelidik percaya dengan langkah ini, kos yang rendah mampu mengurangkan kesan pemanasan yang akan berlaku dan seterusnya memungkinkan penghasilan dan penggunaan tumbuhan yang mampu memberi kesan pemantulan cahaya yang lebih berkesan. (Ruj: Environmental Health Perspectives 117(3): March 2009)



Sumber tenaga di udara
Pasukan penyelidik seluruh dunia sedang menjalankan kajian untuk menjana sumber tenaga daripada pergerakan udara/angin di altitude tinggi yang dikenalpasti memiliki potensi simpanan tenaga yang lebih tinggi berbanding angin di altitud rendah yang biasa dijana melalui turbin. Pada bulan Ogos 2008, bukti ujikaji konsep terbabit telah dijalankan di Universiti Teknologi Deft di mana para penyelidik menerbangkan sebuah layang-layang pada ketinggian 10m2 dan Berjaya menjana tenaga elektrik untuk kegunaan 10 buah rumah. Mereka percaya versi ‘laddermill’ yang lengkap mampu menjana tenaga untuk 100,000 buah rumah. Barat Laut Eropah secara geografinya dilihat sebagai kawasan paling strategic untuk tujuan tersebut. (Ruj: Environmental Health Perspectives 116(11): Nov 2008)



Peralatan perladangan mesra alam
Lembah San Joaquin di California yang terkenal dengan penanaman anggur, tomato dan oren turut terdedah kepada kabut dan ground-level ozone yang terhasil daripada penggunaan peralatan yang digunakan untuk mengerjakan tanah dan ditambah lagi dengan keadaan semulajadi topografi kawasan. Namun, pada masa sekarang para peladang boleh bersama-sama memainkan peranan untuk menjaga kebersihan udara dengan penggunaan mesin mesra alam yang mampun meningkatkan keberkesanan dan menggunakan sumber tenaga yang lebih bersih.
Jentera Optimizer di cipta oleh Kevin McDonald, Presiden Syarikat Tillage International. Ia menawarkan suatu cara pertanian yang lebih efisien. Pembajak pelbagai fungsi ini mempunyai dua jenis model dan mampu melakukan semua fungsi pembajakan, penanaman dan meracun dalam satu proses. Peladang yang suatu ketika dahulu terpaksa melakukan kerja perladangan dengan beberapa pusingan kini boleh melakukannya dalam masa satu atau dua pusingan sahaja dan sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga.
(Ruj: Environmental Health Perspectives 113(9): Sept 2005)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green