Apa anda buat????
Mari kita bersama melaksanakan tanggungjawab sebagai penduduk bumi menjayakan " Earth Hour"
Kenapa?
Earth Hour merupakan program yang unik dimana semua penduduk bumi berpeluang melakukan sesuatu yang positif terhadap alam sekitar agar ia terus mapan dan lestari;
Ia menjadi sumber inspirasi bagi berjuta-juta penduduk bumi mengambil langkah-langkah ke arah masa depan yang lebih bersih dan selamat;
Kempen ini lebih menjurus kepada lestarian gaya hidup iaitu simbolik mengurangkan penggunaan tenaga elektrik tidak kira dirumah, pejabat dan bangunan-bangunan komesial; dan
Kita sedia maklum bahawa elektrik terhasil daripada pembakaran bahan api fossil dan tidak langsung penggunaan tenaga elektrik adalah punca kepada isu Pemanasan Global. Oleh itu penggunaan tenaga elektrik perlukan diminimakan bagi mengatasi dan mengawal pemanasan global.
DIGALAKKAN memadam elektrik di;
- Bangunan-bangunan seperti hotel, pejabat dan pusat membeli-belah; manakala bagi mengawal kecurian, lampu kecemasan boleh dipasangkan
- Lampu jalan kecuali di kawasan merbahaya;
- Lampu hiasan seperti di jambatan, bangunan, lampu hiasan jalan atau premis yang bertujuan menarik perhatian;
- Kawasan yang berkepentingan awam seperti hospital dan pejabat polis;
- Mengurangkan penggunaan elektrik dengan menggunakan lampu kecemasan diwad-wad pesakit dan sel-sel penjara;
- Menjadualkan semula jadual operasi seperti pembedahan kecuali bagi kes-kes kecemasan sahaja;
- Rumah, orang ramai adalah digalakkan mematikan semua punca bekalan elektrik selama 1 jam;
PERINGATAN!!!
Dari segi keselamatan dinasihatkan;
- Bagi mengawal keselamatan seperti kecurian; Orang ramai dinasihatkan berada diluar rumah bagi menjaga kawasan dan harta benda masing-masing.
- Pastikan punca elektrik dan kenderaan dalam keadaan yang selamat bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini;
- Tidak membawa kenderaan pada “Earth Hour”
Dari segi kenderaan;
Orang ramai digalakkan tidak membawa kenderaan pada “Earth Hour” kerana;
- Bahan api merupakan punca utama pemanasan global;
- Merbahaya kerana lampu-lampu jalan akan ditutup;
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!