Logo RAS - New

Logo RAS - New

October 22, 2010

Kesedaran Teknologi Hijau Masih Kurang


Tahap pemahaman di kalangan kementerian perlu diperitngkatkan jika kerajaan mahu mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 40 peratus pada 2025.

Rumusan itu dibuat oleh panel enam ahli yang bertemu di lua perbincangan meja bulat Persidangan Pameran Produk Eko Malaysia dan International Greentech.

“Kita perlu memastikan bahawa tahap pemikiran teknologi hijau di kalangan kementerian adalah sama dan mereka memahami betapa pentingnya melaksanakan teknologi itu,” kata Naib Presiden Kumpulan DSI International, Datuk Naser Ismail.

Beliau berkata, halangan terbesar dihadapi syarikatnya dalam cubaan untuk melaksanakan teknologi hijau adalah pendidikan dan kesedaran di kalangan belia mengenai ‘perkara hijau’ masih kurang.

“Tidak ramai penduduk Malaysia yang sedar betapa pentingnya untuk melaksanakan teknologi hijau dan mengapa ia penting dikekalkan serta menjadi satu usaha yang perlu dilakukan semua, “ katanya.

Sentiment itu turut disuarakan Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airports Sdn Bhd, Nik Anis Nik Zakaria, yang berkata pejabat patut mengurangkan penggunaan kertas harian jika perlu.

Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Pemasaran Expomal International Sdn Bhd, Wee Teck Lee, berkata pasar raya besar pula perlu memastikan pelanggan masing-masing membawa beg sendiri ketika membeli belah di cawangan mereka.

“Jangan cuba menjual beg plastic juga, pastikan anda memaksa pelanggan membiasakan diri dengan idea itu. Penggunaan beg plastik adalah tidak baik kerana ia mengambil tempoh bertahun-tahun untuk dilupuskan,” katanya.

Pengurus Produk Panasonic Malaysia, Tan Chee Hon, berkata syarikatnya telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan terdapat lebih banyak produk hijau boleh dipilih pengguna hari ini.

“Jangan berfikir bahawa memperkenalkan produk hijau adalah satu cara untuk kami mendapatkan keuntungan. Ia bukan satu usaha mudah kerana kami membelanjakan wang yang banyak untuk melaksanakan bidang penyelidikan dan pembangunan produk,” katanya.


Berita Harian/Rabu/29 September 2010

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green