Kota Kinabalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia berada di landasan betul untuk mengimbangi keperluan fizikal dengan kepentingan memelihara dan memulihara persekitaran menerusi pelaksanaan teknologi mesra alam.
Katanya, walaupun konsep teknologi hijau masih baru di Malaysia, kerajaan perlu merangka garis panduan untuk menentukan piawaian khusus bagi memastikan ia berupaya menyumbang kea rah sector pelancongan yang mapan serta berdaya saing.
“Kita komited untuk maju (menjelang 2020) tanpa mengorbankan alam sekitar, terutama berdasarkan aliran pelancong seluruh dunia yang cenderung mengunjungi destinasi yang memiliki tarikan alam semula jadi.
“Apa yang penting kita mesti focus, baik dari segi perancangan mahu pun pelaksanaan kerana Asia adalah destinasi pelancongan utama dunia ketika ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia 2010 (WTC2010) di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Setiausaha Agung Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO), Talib Rifai dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin melahirkan keyakinan bagi Malaysia mencapai sasaran kedatangan 24 Juta pelancong tahun ini, berdasarkan petunjuk aliran positif kemasukan 23.4 juta pengunjung pada 2009 yang menjana pendapatan RM53.4 bilion bagi sector pelancongan atau purata RM 1 bilion seminggu.
Dr Ng pula dalam ucapannya berkata, jenama ‘Malaysia Truly Asia’ Berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia di peta pelancongan dunia dengan UNWTO meletakkan Malaysia di tangga kesembilan Negara paling kerap di kunjungi di dunia.
“Daripada hanya empat juta pelancong asing pada 1989, ia meningkat kepada 20.9 uta menerusi kempen Tahun Melawat Malaysia 2007,” katanya
Berita Harian/ Selasa/ 5 Oktober 2010
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!