Logo RAS - New

Logo RAS - New

January 12, 2011

BIODIVERSITI DALAM HIDUP KITA

Alam semulajadi adalah suatu sistem yang unik, di mana organism dan sepsis yang berlainan dapat hidup secara organik di dalam persekitaran yang berlaina seperti gurun, hutan belantara, tundra dan lautan dalam. Kewujudan hidupan yang pelbagai ini di dalam suatu sistem ekosistem ataupun biom dikenali sebagai biodiversiti. Biodiversiti secara lazimnya dirujuk dalam tiga peringkat, iaitu genetic, spesis dan ekosistem, dan interaksi di antara elemen-elemen ini dengan alam semulajadi.

Kajian menunjukkan terdapat sehingga 10 juta jenis sepsis di muka bumi ini, dan hanya beberapa peratus sahaja yang berjaya ditemui. Namun, apa yang menyedihkan ialah terdapat juga spesis haiwan dan tumbuhan yang menjadi pupus sebelum sempat ditemui.

Manusia adalah sebahagian daripada alam semulajadi dan kehidupan manusia saing berkaitan dengan biodiversiti. Tidak kira di mana jua, manusia hidup bersama pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan dan mereka bergantung kepada kepelbagaian biodiversiti ini sebagai sumber makanan, ubat-ubatan, bahan api dan kebanyakan barangan keperluan asas.

Kegiatan manusia merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada kehancuran biodiversiti. Demi mengejar pembangunan, manusia secara lazimnya mencari jalan mudah dan pantas untuk mencapai matlamat mereka dengan melakukan aktiviti yang memudaratkan alam sekitar seperti ;

· Pembersihan hutan belantara

· Pengeringan hutan paya secara berleluasa

· Penebusan hutan di tepi laut

Tanpa disedari, aktiviti manusia yang tidak terkawal dan tidak mesra alam ini akam membawa kesan negatif terhadap kehidupan. Di antara impak yang ketara terkadap kehidupan manusia adalah seperti ;

· Pengurangan bekalan ikan dan hidupan laut

· Ketandusan bekalan air bersih

· Penghasilan gas rumah hijau yang mengakibatkan perubahan iklim dunia

Tahun Biodiversiti Sedunia 2010

Kepentingan perlindungan da pemeliharaan biodiversiti telah dibincangkan oleh pemimpin dunia pada tahun 2002, dan mereka sebulat suara menetapkan tahun 2010 sebagai tarikh akhir untuk membendung kemusnahan biodoversiti dan ekosistem. Upacara pembukaan rasmi Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 telah dilakukan oleh Canselor Jerman, Angela Merkel di Berlin, Jerman pada 11 Januari 2010.

Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan yang dimainkan oleh biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan biodiversiti kepada manusia.

Badan yang bertanggungjawab menganjur dan melaksanakan Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 ialah United Nations Environment Programme (UNEP).

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green