Menggunakan sisa makanan sebagai agen pencuci
Demonstrasi ini menunjukkan bagaimana sisa makanan seperti sayur-sayuran dan kulit buah-buahan dapat digunakan sebagai agen pencuci. Cara-cara untuk menyediakan garbage enzyme adalah seperti berikut :
1. 100g gula merah dicampur dengan 300g kulit buah-buahan dan 1 liter air dalam botol plastik 1.5 liter dan botol ini ditutup rapat.
2. Simpan botol ini di tempat yang gelap pada suhu bilik. Buka sedikit penutup botol untuk melepaskan gas setiap hari untuk bulan yang pertama.
3. Untuk bulan kedua dan ketiga, penutup botol dibuka apabila perlu sahaja. Fermentasi di dalam botol ini akan mengambil masa 3 bulan.
4. Setelah ditapis dan bahan yang tidak diperlukan dikeluarkan, garbage enzyme ini boleh digunakan sebagai alternatif kepada agen pencuci.
Antara kegunaannya adalah :
· Sebagai cecair pencuci untuk kerja-kerja di rumah
· Menghilangkan bau busuk dan kotoran di dapur dan tandas
· Menjauhkan serangga
· Membersihkan permaidani
· Mencuci lantai
· Mencuci kereta
· Sebagai baja organik
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!