Logo RAS - New

Logo RAS - New

October 21, 2014

AKTIVITI TEKNOLOGI HIJAU JAS MELAKA - LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANGUNAN PUSAT REHABILITASI PERKESO, MUKIM DURIAN TUNGGAL, MELAKA



 TARIKH LAWATAN  :  14 OKTOBER 2014 (SELASA)
MASA  :  9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI
BILANGAN WARGA JAS MELAKA :  20 ORANG


Pusat Rehabilitasi PERKESO merupakan sebuah projek yang telah bermula sejak tahun 2008 lagi dan setelah bertahun proses perancangan dan pembinaan, akhirnya Pusat Rehabilitasi PERKESO ini semakin nyata.  Pusat rehabilitasi ini merupakan pusat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara dan mula beroperasi pada 01 Oktober 2014 yang lalu. Ianya terletak di kawasan Bandar Hijau Hang Tuah Jaya (bandar Mampan Green City).  Keluasan pusat ini adalah 55 ekar dan milik PERKESO.

Pusat Rehabilitasi ini dibina dengan motif yang murni; iaitu untuk membantu orang berinsurans PERKESO ataupun pekerja untuk dipilihkan secara fizikal dan vokasional dan akhirnya kembali ke alam pekerjaan.  Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami putus urat tangan, mereka akan menjalani rehabilitasi fizikal di sini dan kemudian latihan vokasional bagi memberi kemahiran terhadap bidang pekerjaan tertentu yang sesuai dengan mereka.

Di samping itu, bangunan yang siap dibina ini mempunyai ciri-ciri hijau yang mesra alam.  Di antaranya, penggunaan mentol cekap tenaga, iaitu LED dan T-5 di dalam bangunan, pemasangan solar di "street lighting" pusat, penggunaan buggy hibrid serta sisitem penguraian air hujan (SPAH) bagi menakung air hujan untuk kegunaan siraman tanaman di taman.

Pelan lokasi Pusat Rehabilitasi PERKESO

Pemasangan solar panel untuk "street lighting"


Penggunaan buggy hibrid sebagai pengangkutan untuk pelawat-pelawat

Sesi penerangan dari pegawai Pusat Rehabilitasi PERKESO kepada warga JAS Melaka

Pegawai in-charge dari Pusat Rehabilitasi

Sebahagian warga JAS Melaka yang hadir sedang mendengan taklimat

Kafetaria pusat ini memasang solar panel untuk kegunaan hot water 

Pemasangan solar panel untuk "street lighting" dan diguna di waktu malam


Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dipasang di bawah tanah


Pemasangan mentol cekap tenaga , jenis LED dan T-5 di dalam bangunan



Seksyen Rehabilitasi- penggunaan mentol cekap tenaga jenis LED dan T-5

Cenderahati kepada pegawai in-charge seksyen Rehabilitasi oleh pegawai JAS Melaka

Sesi penerangan seksyen Rehabilitasi

Penggunaan ambulan untuk mengambil pesakit dari rumah setiap hari

Tanaman pokok-pokok sebagai penyejuk bangunan

Asrama pekerja yang menjalani proses pemulihan

Terasa nyaman dan segar dengan tanaman pokok yang hijau dan kolam sediada
Sesi bergambar


Akhir kata, terimalah cenderahati dari kami, warga JAS Melaka untuk pegawai-pegawai in-charge Pusat Rehabilitasi PERKESO



"ACT LOCALLY, IMPACT GLOBALLY"

October 8, 2014

Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka Tahun 2013

Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka Tahun 2013 boleh dicapai melalui Enviro Knowledge Management Centre (EKMC); Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka 2013


October 2, 2014

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Tahun 2014

Minggu Alam Sekitar Malaysia disambut setiap tahun pada 21 Oktober hingga 27 Oktober bagi menyemai dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia.

Artikel mengenai sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia dengan tema Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari di Utusan Malaysia bertarikh 20 September 2014.


Marilah kita bersama-sama memberi sumbangan dalam menjaga dan memastikan keharmonian alam sekitar sentiasa terpelihara.

September 12, 2014

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 telahpun diwartakan oleh Jabatan Peguam Negara pada 4 Jun 2014 dan mula berkuatkuasa pada 5 Jun 2014. Peraturan ini digubal bagi mengawal pelepasan pencemar udara berpunca daripada pelbagai aktiviti perindustrian termasuk loji janakuasa, loji pembakar bahan buangan dan loji pencampuran asfalt. Peraturan ini akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Peraturan baru ini adalah bagi menggantikan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Dioksin dan Furan) 2004.



Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan peraturan ini di Portal Jabatan Alam Sekitar .

September 10, 2014

INDUSTRI HIJAU

Jom memahami apa itu Industri Hijau







Symposium on Four Decades of The Environmental Quality Act 1974

Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan `Symposium on Four Decades of The Environmental Quality Act 1974: Charting The Future' bersempena Minggu Alam Sekitar Malaysia pada 14 hingga 15 Oktober 2014 bertempat di Puspanitapuri, Putrajaya.

Pendaftaran penyertaan masih dibuka. Tarikh tutup ialah pada 12 September 2014.

Layari www.doe.gov.my untuk maklumat lanjut







PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM)


Jabatan Alam Sekitar menganjurkan Pertandingan Fotografi Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2014.

Tema pertandingan kali ini ialah `Alam Semulajadi di Malaysia' yang mencerminkan sikap rakyat Malaysia dalam konteks pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.doe.gov.my



Tema MASM pada tahun ini ialah 'Ya, Teruskan Gaya Hidup Lestari'


~ Kami Mahu Gaya Hidup Lestari~

August 21, 2014

Majlis Perasmian Program E-Waste Alam Alliance - Pengumpulan, Pengangkutan dan Pelupusan Buangan Elektrik / Elektronik Peringkat Negeri Melaka

Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama Meriahtek (M) Sdn. Bhd. dan AEON Bandaraya Melaka telah menganjurkan satu program Pengumpulan, Pengangkutan dan Pelupusan Buangan Elektrik dan Elektronik dengan mewujudkan Drive Thru And Drop Off Electronic Waste Collection Centre. Ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.




The Drive Thru And Drop Off Centre for Electronics Waste Recycling Program merupakan program yang unik dan inovatif serta memberi peluang kepada orang ramai untuk melupuskan barangan elektrik dan elektronik yang masih berfungsi atau tidak secara mesra alam dan bertanggungjawab.


Orang ramai boleh membawa barangan elektrik dan elektronik yang tidak diingini ke pusat pengumpulan ini sepanjang waktu perniagaan pusat membeli-belah AEON Bandaraya Melaka.


Majlis Perasmian pusat tersebut telah diadakan pada 18 Ogos, 2014 (Isnin) bertempat di AEON Bandaraya Melaka dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Lai Meng Chong; EXCO Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka mewakili YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron; Ketua Menteri Melaka.







Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Meriahtek; Datuk Haji Abdul Rahim Haji Abu, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar; Dato' Dr. Kamarulnajuib bin Che Ibrahim; Penasihat Undang-undang Negeri Melaka; YB Puan Haini bt Hassan, General Manager AEON Malaysia; En. Ahmad Fazli; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka; Tuan Haji Abd. Hapiz bin A. Samad; Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya; Puan Norhazni Mat Sari; wakil-wakil dari JAS Negeri, agensi kerajaan, pelajar IPT dan pelajar sekolah rendah / menengah. Kehadiran dianggarkan 300 orang.

Sempena Majlis Perasmian ini, satu Pertandingan Rekacipta e-Waste untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah diadakan. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan nilai inovasi di kalangan pelajar IPT selaras dengan objektif ke arah amalan guna semula / kitar semula bahan buangan khususnya buangan elektrik dan elektronik. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar dari Kolej Komuniti Bukit Beruang dan UniKL MICET.

Senarai pemenang utama adalah :

Tempat Pertama : Kumpulan MICET (UniKL)
- memenangi RM 500.00 dan sijil penyertaan

Tempat Kedua : e-Gempak (UniKL)
- memenangi RM 300.00 dan sijil penyertaan

Tempat Ketiga : SPE-KKBB (Kolej Komuniti Bukit Beruang)
- memenangi RM 200.00 dan sijil penyertaan

Terima kasih atas penglibatan anda semua dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara dengan menguruskan bahan buangan elektrik dan elektrik dengan cara yang betul.

July 21, 2014

AKTIVITI HIJAU : TAKLIMAT ECO ENZYME / GARBAGE ENZYME

 
TARIKH TAKLIMAT :  08 JULAI 2014
MASA  :  9.30 PAGI
TEMPAT  :  JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA
PENCERAMAH :  PUAN PETRINA GOH
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
 

 
 

 
 


 
 
 

 


 
 
 
 
 

 



 

 
 

 

 
"Act Locally, Impact Globally"
 
 
 

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green