Logo RAS - New

Logo RAS - New

March 29, 2012

Amalan Hijau....


Tempatkan peti sejuk jauh daripada sumber haba kerana ia menggunakan lebih banyak tenaga. Sekiranya peti sejuk diletakkan di dalam bilik bersuhu 30oC hingga 35oC, tanaga yang digunakan hamper 2 kali ganda dan meningkatkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 160 kg setahun

Place fridge away from heat source because it consumes more energy. For example, if the fridge is placed in a room with temperature of 30oC to 35oC, energy use will almost double and will cause an extra 160 kg of CO2 to be emitted in a year

March 26, 2012

TIPS HIJAU........

Kami Rakan Alam Sekitar JAS Melaka akan memberi beberape tip mudah dalam melaksanakan gaya hidup hijau dari masa ke semasa....harap semua pengunjung dapat manfaatnya;
SELAMAT B
ERAMAL


"Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Kain boleh diguna semula berbanding kertas tisu"

TAYANGAN DOKUMENTARI BERTAJUK "HAZE HELL OVER ASIA" PADA 31 MAC 2012 DI ASTRO HISTORY (CHANEL 555)

Sila rujuk "Programme Guide"


Programme Guide Haze Hell Over Asia

March 21, 2012

Think Green...............

Bila bermula.................















tiada pengakhiran...........

Earth Hour 2012 Official Video

video

Earth Hour 2012........it's back

31 March 2012 @ 8.30pm - 9.30pm!!!!!!

Apa anda buat????

Mari kita bersama melaksanakan tanggungjawab sebagai penduduk bumi menjayakan " Earth Hour"

Kenapa?


Earth Hour merupakan program yang unik dimana semua penduduk bumi berpeluang melakukan sesuatu yang positif terhadap alam sekitar agar ia terus mapan dan lestari;

Ia menjadi sumber inspirasi bagi berjuta-juta penduduk bumi mengambil langkah-langkah ke arah masa depan yang lebih bersih dan selamat;

Kempen ini lebih menjurus kepada lestarian gaya hidup iaitu simbolik mengurangkan penggunaan tenaga elektrik tidak kira dirumah, pejabat dan bangunan-bangunan komesial; dan

Kita sedia maklum bahawa elektrik terhasil daripada pembakaran bahan api fossil dan tidak langsung penggunaan tenaga elektrik adalah punca kepada isu Pemanasan Global. Oleh itu penggunaan tenaga elektrik perlukan diminimakan bagi mengatasi dan mengawal pemanasan global.


Langkah-langkah yang boleh diambil;

DIGALAKKAN memadam elektrik di;

  1. Bangunan-bangunan seperti hotel, pejabat dan pusat membeli-belah; manakala bagi mengawal kecurian, lampu kecemasan boleh dipasangkan
  2. Lampu jalan kecuali di kawasan merbahaya;
  3. Lampu hiasan seperti di jambatan, bangunan, lampu hiasan jalan atau premis yang bertujuan menarik perhatian;
  4. Kawasan yang berkepentingan awam seperti hospital dan pejabat polis;
  • Mengurangkan penggunaan elektrik dengan menggunakan lampu kecemasan diwad-wad pesakit dan sel-sel penjara;
  • Menjadualkan semula jadual operasi seperti pembedahan kecuali bagi kes-kes kecemasan sahaja;
  • Rumah, orang ramai adalah digalakkan mematikan semua punca bekalan elektrik selama 1 jam;


PERINGATAN!!!

Dari segi keselamatan dinasihatkan;

  1. Bagi mengawal keselamatan seperti kecurian; Orang ramai dinasihatkan berada diluar rumah bagi menjaga kawasan dan harta benda masing-masing.
  2. Pastikan punca elektrik dan kenderaan dalam keadaan yang selamat bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini;
  3. Tidak membawa kenderaan pada “Earth Hour”

Dari segi kenderaan;

Orang ramai digalakkan tidak membawa kenderaan pada “Earth Hour” kerana;

  1. Bahan api merupakan punca utama pemanasan global;
  2. Merbahaya kerana lampu-lampu jalan akan ditutup;



KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green