Logo RAS - New

Logo RAS - New

March 25, 2011

EARTH HOUR 2011


Merupakan Acara tahunan yang dikendalikan oleh World Wide Fund for Nature(WWF). Dianggarkan sebanyak 5 juta penyokong yang terdiri daripada 4000 bandar dari 128 Negara yang mengambil bahagian dalam Earth Hour 2010. Ia merupakan kempen terbesar yang melibatkan dan mendapat sokongan padu dari semua penduduk Bumi. Kempen ini meminta penduduk bumi memadamkan lampu dan elektrik selama 1 jam serentak iaitu pada masa dan tarikh sama.


Objektifnya adalah untuk memberhentikan kadar penurunan kualiti alam sekitar bumi serta membentuk masa depan yang lebih baik dimana manusia dapat hidup dengan harmoni bersama alam semulajadi dan Merupakan program bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Pemanasan Global.

Ia bukan sahaja acara mematikan lampu selama 1 jam tetapi maksud tersirat disebalik tindakan yang dilakukan. Kempen ini lebih menjurus kepada lestarian gaya hidup iaitu simbolik mengurangkan penggunaan tenaga elektrik tidak kira dirumah, pejabat dan bangunan-bangunan komersial.Kita sedia maklum bahawa elektrik terhasil daripada pembakaran bahan api fossil dan tidak langsung penggunaan tenaga elektrik adalah punca kepada isu Pemanasan Global. Oleh itu penggunaan tenaga elektrik perlukan diminimakan bagi mengatasi dan mengawal pemanasan global.

GARIS PANDUAN SEMASA “EARTH HOUR”

  • DIGALAKKAN memadam elektrik di;

  1. Bangunan-bangunan seperti hotel, pejabat dan pusat membeli-belah; manakala bagi mengawal kecurian, lampu kecemasan boleh dipasangkan.
  2. Lampu jalan kecuali di kawasan merbahaya.
  3. Lampu hiasan seperti di jambatan, bangunan, lampu hiasan jalan atau premis yang bertujuan untuk menarik perhatian.
  4. Rumah, orang ramai adalah digalakkan mematikan semua punca bekalan elektrik selama 1 jam.
  5. Kawasan yang berkepentingan awam seperti hospital dan pejabat polis;

    a. Mengurangkan penggunaan elektrik dengan menggunakan

    lampu kecemasan diwad-wad pesakit dan sel-sel penjara;

    b. Menjadualkan semula jadual operasi seperti pembedahan

    kecuali bagi kes-kes kecemasan sahaja;

  • Dari segi keselamatan dinasihatkan
  1. Bagi mengawal keselamatan seperti kecurian; Orang ramai dinasihatkan berada diluar rumah bagi menjaga kawasan dan harta benda masing-masing.
  2. Pastikan punca elektrik dan kenderaan dalam keadaan yang selamat bagi mengelak dari kemalangan yang tidak diingini.
  3. Tidak membawa kenderaan pada “Earth Hour”.
  • Dari segi kenderaan
Orang ramai digalakkan tidak membawa kenderaan pada “Earth Hour” kerana; a. Bahan api merupakan punca utama pemanasan global; b. Merbahaya kerana lampu-lampu jalan akan ditutup.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web ini http://www.earthhour.org/Homepage.aspx

March 24, 2011

RAPTOR WATCH 2011



Program ini merupakan program tahunan oleh Malaysia Nature Society (MNS). Program Ini juga dikenali sebagai ‘Acara Pemerhatian Burung Helang’ yang dibuat setiap tahun. Tahun 2011 merupakan tahun ke -12 acara ini dilaksanakan.

Raptor Watch adalah acara pemerhatian terhadap penghijrahan pulang burung-burung pemangsa ke tempat asal mereka iaitu di utara hemisphere. Penghijrahan burung-burung pemangsa ini sebenarnya bermula dari pertengahan bulan Februari hingga pertengahan bulan April setiap tahun.

Beribu-ribu burung helang (terdiri daripada eagles, hawks dan buzzards land) akan melalui dan singgah berehat di Tanjung Tuan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Siberia, China, Mongolia, Korea, Japan, India dan Indochina apabila musim sejuk tamat.

Pada 2010, sebanyak 73,000 burung pemangsa direkodkan oleh para sukarelawan yang bertugas lokasi Raptor Watch. Tiada data saintifik bagi jumlah bilangan burung yang melalui dan singgah berehat di Tanjung Tuan setiap tahun. Ini kerana ia bergantung kepada alam semulajadi iaitu dipengaruhi oleh pergerakkan arah angin, jerebu dan juga hujan semasa.

Waktu paling sesuai melihat pergerakkan burung pemangsa adalah di antara jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Paling lewat waktu burung direkodkan adalah pada jam 6.00 petang.

Burung-burung pemangsa ini memerlukan suhu panas (thermal) iaitu udara panas yang terhasil apabila tanah besar dipanaskan oleh matahari. Dengan thermal yang terhasil, burung-burung pemangsa tidak perlu menggunakan tenaga sendiri bagi terbang bebas diudara apabila sayap dibuka. Selain itu udara panas ini yang akan menjadi panduan mereka pulang kembali ke tempat asal mereka di bahagian Utara.

Tanjung Tuan merupakan Hujan Simpan dimana terletaknya rumah api tertua. Tanjung Tuan juga dikenali sebagai “Teluk Biru”.

Tanjung Tuan adalah tanjung yang berhadapan dengan tanah besar Kepulauan Sumatera, Indonesia. Ia juga merupakan Hutan Pantai di barat Semenanjung Malysia yang telah diwartakan Hutan Simpan, Simpanan Hidupan Liar, kawasan larangan menangkap ikan dan tapak bersejarah.

Tanjung Tuan merupakan tapak burung-burung terpenting oleh Birdlife International, National Geographic Society dan Hawkmountain. Tanjung Tuan menjadi tempat persingahan burung pemangsa apabila merentasi Selat Melaka kerana ia membekalkan makanan dan sebagai tempat berehat kepada burung-burung pemangsa ini sebelum pulang ke Utara. Tanpa keadaan semulajadi Tanjung Tuan, burung-burung pemangsa ini tidak dapat pulang ke tempat asal mereka.

Pemuliharaan Tanjung Tuan adalah penting bagi kehidupan marin dan kehidupan hutan. Tanjung Tuan juga merupakan Hutan Hijau Dara Tertua dimana Pokok Hutan Tropika Tanah Rendah boleh ditemui. Selain itu, kawasan perairannya kaya dengan hidupan batu karang dan rumpai laut yang cantik hingga menarik ikan-ikan dan penyu (Green Turtle). Tanjung Tuan juga direkodkan sebagai tempat pendaratan penyu untuk bertelur.

BADAN SOKONGAN

Raptor Watch ini mendapat sokongan daripada;

i. Malaysian Associations of Hotels Negeri Sembilan Chapter (MAH)

ii. Kerajaan Negeri Melaka;

iii. Kerajaan Negeri Sembilan;

iv. Majlis Perbandaran Port Dickson;

v. Jabatan Hutan Negeri Melaka;

vi. Jabatan Perhilitan Negeri Melaka;

vii. Majlis Perbandaran Alor Gajah;

viii. Jabatan Hutan Malaysia;

ix. Jabatan Perhilitan Malaysia;

x. Mobition;

xi. Birdlife International;

xii. Carrefour Malaysia;

xiii. The Body Shop;

xiv. Minox Germany;

xv. Schmidt Marketing;

xvi. Kementerian Perlancongan Malaysia; dan

xvii. PNB Ilham Resort;


Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web ini http://www.raptorwatch.org/


January 31, 2011

INFO : ECO FRIENDLY MICROBES


Bacteria Rhodoferax ferrireducens and Geobacter metallireducens are used in microbial fuel cells (MFC) to break down organic wastes (in domestic wastewater) and to convert them into electricity and hydrogen. Bacteria living on the anode break down organic compound, and separate electron from protons. The electrons travel via the wire while the protons diffuse through the electrolyte. This study was carried out on a laboratory scale. However, converting into commercial use poses a challenge for the researchers. MFCs could become an alternative energy source, thereby reducing the problem of dwindling resources and pollution problems (Environmental Health Perspectives vol. 113 (11), 2005).

INDEKS RISIKO SEKURITI AIR


Air merupakan asas kehidupan. Tanpa air, kehidupan tidak akan wujud. Dengan jumlah penduduk dunia yang semakin meningkat, masalah bekalan air menjadi semakin serius. Meskipun 70% bumi diliputi air, hanya 3% daripadanya merupaka air tawar yang boleh digunakan untuk kegunaan harian.

Sejak kebelakangan ini, isu samada sesebuah negara boleh membekalkan air bersih secara berterusan untuk menampung pelbagai aktiviti kritikal negara tersebut mula hebat dibincangkan. Isu ini dikenal pasti sebagai Indeks Risiko Sekuriti Air (Water Security Risk Index).

Indeks ini diperkenalkan oleh sebuah firma perundingan risiko di Amerika Syarikat, Maplecroft, bagi membantu para pelabur menilai risiko pelaburan mereka. Indek ini adalah antara lebih dari 100 buah indeks yang telah dibangunkan oleh Maplecroft bagi menilai risiko rantaian pembekal, operasi dan pelaburan bagi syarikat antarabangsa.

Empat aspek utama indeks

1. Kemudahan mendapatkan air bersih untuk minuman dan sanitasi.

2. Kebolehdapatan (availability) air kitaran semula dan sandaran terhadap bekalan air dari luar.

3. Hubungan di antara bekalan air sedia ada dan permintaan ke atasnya.

4. Tahap kebergantungan ekonomi negara tersebut terhadap bekalan air.

Meskipun indeks ini pada asalnya dibangunkan sebagai sumber maklumat bagi syarikat antarabangsa untuk membuat keputusan berkaitan perniagaan mereka, ternyata indeks ini juga memberikan gambaran situasi bekalan air dunia yang semakin meruncing. Kajian yang telah dilakukan Maplecroft mendapati bahawa 10 buah negara diletakkan dalam kategori ‘Risiko Terlampau’ (Extreme Risk) : Somalia, Mauritania, Sudan, Niger, Iraq, Uzbekistan, Pakistan, Mesir, Turkmenistan dan Syria.

Secara umumnya negara-negara tersebut sedang menghadapi masalah air kerana wujudnya isu perkongsian sumber air yang terbatas seperti sungai, tasik dan air bawah tanah. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat lebih dari 250 sungai yang dikongsi di antara beberapa negara di dunia. Di Asia, isu yang melibatkan pembinaan empangan di sungai yang dikongsi bersama oleh beberapa negara telah lama diperdebatkan. Antaranya :

· India dan Pakistan masih tidak mencapai persetujuan dalam isu pembinaan empangan di Sungai Indus.

· China, Nepal, India dan Bangladesh masih bertelagah mengenai peningkatan tahap air sungai di pergunungan Himalaya membekalkan air kepada hampir 500 juta orang.

· Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgystan dan Tjikistan pula masih bertelagah mengenai Sungai Amu Daria dan Syr Daria serta Lautan Aral yang sudah semakin cetek.

· Baghdad telah menuntut agar Syria berhenti mengepam dari Sungai Tigris di bahagian Iraq.

PBB menganggarkan bahawa pada tahun 2025, satu pertiga dari penduduk dunia akan tinggal di negara-negara yang menghadapi masalah kekurangan air. Hari ini, 450 juta orang di 29 buah negara sedang menghadapi masalah ini. Menurut Forum Air Sedunia (World Water Forum), perselisihan antara negara dalam masalah bekalan air akan terus meningkat. Lebih memburukkan keadaan, perubahan cuaca global juga akan meningkatkan tekanan ke atas keperluan sumber air untuk pelbagai aktiviti manusia. Ini tidak termasuk lagi masalah pencemaran air yang juga akan meningkat dengan pertumbuhan ekonomi yang tidak lestari.

Lima belas tahun yang lalu, Ismail Serageldin, Naib Presiden Bank Dunia ketika itu, pernah membuat ramalan bahawa peperangan abad ke-21 adalah peperangan kerana air dan bukannya minyak. Meskipun sehingga kini, ramalannya ternyata meleset namun permintaan terhadap air untuk pertanian dan kegunaan domestik bagi penduduk dunia yang semakin bertambah telahpun mula menimbulkan pelbagai masalah politik. Amerika Syarikat sendiri meramalkan bahawa pertelingkahan atas hak sumber air akan menjadi salah satu agenda utama politik dunia pada tahun-tahun akan datang.

Apa yang sedang dihadapi oleh dunia hari ini amatlah membimbangkan, terutamanya masalah yang bersangkutan dengan sumber dan bekalan air. Air adalah nadi kehidupan dan pada masa kini telah menjadi ukuran dalam pembangunan ekonomi. Pengguna haruslah sedar bahawa air adalah komoditi yang amat berharga dan langkah perlu diambil sebelum negara kita mengalami krisis air.

BIOCHAR : KARBON DI DALAM TANAH


Biochar terhasil daripada tumbuh-tumbuhan terbakar atau sisa pertanian yang dibakar yang terperangkap dalam tanah. Biochar adalah karbon yang stabil dan bukannya bahan bakar serta boleh disimpan dalam tanah dalam jangka masa yang sangat panjang sehingga ribuan tahun. Biochar juga digunakan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kualiti tanah dan dalam masa yang sama dapat membantu mengurangkan perubahan iklim.

Biochar dan Penghasilan Kualiti Tanah

Tahap bahan organik yang rendah di dalam nutrien tumbuhan boleh menyebabkan tahap kesuburan yang tidak cukup dan memerlukan gabungan arang dengan tanah. Terdapat banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada permukaan Biochar yang sangat luas dan juga struktur pori-porinya yang kompleks, di mana ianya dapat menerima bakteria dan juga fungi untuk membantu tumbuhan menyerap nutrien daripada tanah.

Kajian menunjukkan bahawa struktur arang dapat menjadi sebuah habitat yang selamat bagi microbiota, yang amat penting bagi proses penuaian. Arang dapat menjadi bahan tengah amat baik kepada tanah di mana ianya dapat membantu meningkatkan 280 – 400% penyerapan nitrogen dan tumbuhan.

Hasil Penggunaan Biochar

Penggunaan campuran Biochar dengan bahan kimia (nitrogen, fosforus dan potassium) meningkatkan hasil bijiran tanaman dua kali ganda jika dibandingkan dengan tanaman yang hanya menggunakan bahan penyuburan biasa.

Biochar Boleh Menjadi Karbon Negatif

Simpanan karbon dioksida (carbon dioxide sink) seperti dalam pokok atau algae yang mengikat karbon dioksida dalam bentuk biomass adalah karbon neutral dan bukan karbon negatif. Karbon (dalam bentuk karbon dioksida) yang diambil di dalam biomass melalui fotosintesis akan dilepaskan ke udara melalui proses semulajadi. Ianya akan kembali ke dalam atmosfera dalam bentuk karbon dioksida sebagai sebahagian daripada kitaran karbon. Pembakaran tumbuhan akan mempercepatkan proses situ.

Pada asasnya hutan hanya memerangkap jumlah karbon semasa pertumbuhan dan tempoh pengasingan karbon tersebut bergantung kepada apa yang berlaku seterusnya. Sekiranya pokok itu diproses untuk menjadi tisu tandas, maka tempohnya pendek, tidak seperti arang. Jumlah kehilangan karbon amat sedikit kerana ianya tidak boleh dibakar atau dinyahkan oleh penyakit seperti yang dialami beberapa hutan.

Langkah Pengesahan

Langkah terhadap pengesahan Biochar telah diperbincangkan di persidangan Pozna pada tahun 2008. United Nations Convention to Combat Desertification (UNCCD) telah mengetengahkannnnya sebagai strategi pengurangan semasa tempoh komitmen Protokol Kyoto ke-2 yang akan bermula pada tahun 2013.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan akan memberikan pengesahan terhadap Biochar sebagai strategi pengurangan gas rumah hijau dan ini bermakna inovasi purba akhirnya bakal mengalami ujian berskala besar. Biochar untuk pengasingan karbon tidak mempunyai kekuatan kewangan yang tinggi berbanding penangkapan dan penyimpanan karbon melalui pengasingan geologikal. Bagaimanapun, penggunaan Biochar adalah amat berkesan untuk memerangkap karbon.

KONSEP PERLADANGAN MENEGAK


Idea baru untuk pemuliharaan ekosistem

Pada masa kini terdapat lebih dari 800 juta hektar tanah di seluruh dunia digunakan untuk pertanian. Ekosistem yang dahulunnya bersifat semulajadi kini telah diubah kepada ekosistem pertanian untuk menghasilkan makanan bagi memenuhi keperluan manusia. Penduduk dunia dianggarkan bertambah dari 7 billion kepada 9 billion pada tahun 2050. Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia akan tinggal di bandar.

Di Malaysia, penduduk dianggarkan berjumlah 29 juta pada tahun 2010. Daripada 33 juta hektar tanah hanya 24% adalah kawasan pertanian yang kebanyakannya ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Pertambahan kawasan pertanian untuk makanan amatlah terhad. Sebagai contoh kawasan tanaman padi sejak satu dekad yang lalu adalah 500 ribu hektar dan tidak bertambah hingga kini, malahan semakin menurun disebabkan pembangunan.

Mengikut ramalan ahli agronomi, penggunaan teknologi pertanian terkini dianggarkan memerlukan kawasan pertanian seluas negara Brazil untuk menyara penduduk dunia.

Corak pertanian masa kini menimbulkan pelbagai masalah :

· Pertanian intensif menggunakan bahan kimia pertanian terutamanya pestisid dan baja dengan banyaknya. Ini mewujudkan risiko kesihatan melalui pencemaran udara, air dan makanan.

· Industry pertanian terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam yang boleh menjejaskan hasil pertanian. Terkini, banjir di Pakistan pada Ogos 2010 adalah terburuk dalam sejarah yang telah memusnahkan kawasan seluas negara England.

· Destinasi pemasaran produk pertanian ke kawasan Bandar memerlukan kenderaan. Ini menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau dan pencemaran udara. Masalah ini menjadi lebih besar apabila permintaan makanan meningkat.

Perladangan menegak

Bagi mengatasi masalah kekurangan tanah, pertanian, idea ‘perladangan menegak’ (vertical farming) tercetus. Lading ini terletak dalamm bangunan pencakar langit. Bangunan ini dibina setinggi 30 tingkat dengan dinding kaca, bumbungnya dilengkapi panel suria dan persekitaran di dalamnya boleh dikawal. Pada setiap tingkat terdapat batas penanaman gergasi ataupun ladang dalaman (indoor field) yang dilengkapi dengan sistem pengairan yang canggih. Pelbagai jenis tanaman dan ternakan kecil akan diusahakan. Pokok diurus menggunakan kaedah rumah hijau dan kitar semula sisa-sisa makanan dan pertanian menggunakan teknologi terkini. Sumber tenaga diambil dari solar, angin dan ombak dan biogas (methana dari sisa tanaman). Sekiranya Berjaya dilaksanakan kaedah ini berpotensi mewajahkan semula bandar, mengeluarkan pelbagai makanan sepanjang tahun dan pada jangka panjangnya akan membaikpulih ekosistem.

Kaedah ini telah diketengahkan oleh Professor Dickson Despommier dari Universiti Columbia Amerika Syarikat. Lading yang dijana akan memerlukan ruang, air, tenaga fosil yang amat sedikit. Dianggarkan satu blok bangunan 30 tingkat boleh menghasilkan makanan bersamaan dengan 1000 hektar di lapangan dan boleh membekalkan makanan untuk 50000 orang (makan 2000 cal/hari/orang).

Kebaikan perladangan menegak

· Pengeluaran hasil dapat dibuat sepanjang tahun kerana persekitaran dapat dikawal dan efisiensi pengeluaran tinggi.

· Tanaman dilindungi daripada bencana alam.

· Tanaman ditanam secara organic dengan menggunakan nutrien khusus.

· Larut resap dan hakisan tanah pertanian dapat dielakkan.

· Mewujudkan persekitaran lestari di Bandar yang menjadikannya bersih dan lebih selesa untuk didiami.

· Hasil tidak memerlukan pengangkutan yang jauh dan kerosakan hasil adalah rendah.

· Penjimatan air melalui kitar semula dan pemeluapan air daripada evapotranspirasi.

· Guna semula tenaga melalui pemerangkapan methane dari sisa tanaman dan haiwan.

· Mengurangkan kehilangan hasil selepas tuai kerana hasil tidak perlu disimpan lama.

Buat masa ini, perladangan menegak masih lagi di peringkat konsep ‘bayangan’. Professor Despommier menganggarkan lading menegak akan mula menjadi kenyataan dalam masa 7 tahun lagi. Walaubagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kaedah ini akan Berjaya sekiranya bangunan tinggi pengeluar makanan ini berfungsi dengan cara yang menyerupai kaedah kitaran semula kesemua bahan organik dan juga air yang telah digunakan. Sokongan padu daripada kerajaan dan universiti juga amatlah diperlukan untuk merealisasikan konsep ini.

PERBANKAN HIJAU


Istilah ‘hijau’ sering digunakan untuk amalan dan produk yang mempunyai elemen sosial, etika dan mesra alam. Dalam bidang kewangan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat kewangan, pengurusan aset dan insurans yang berorientasikan persekitaran digelar ‘hijau’. Sungguhpun syarikat-syarikat tersebut beroperasi ke arah keuntungan, tujuan perniagaan teras mereka telah mula berorientasikan prinsip kelestarian dan kepelbagaian biologi. Produk-produk berciri sedemikian telah berkembang dengan pesat. Ini menunjukkan bahawa penggabungan produk-produk kewangan dengan persekitaran dan mewujudkan ‘khidmat perbankan hijau’ adalah tidak mustahil. Banyak institusi kewangan di seluruh dunia telah mula memastikan bahawa keputusan program pinjaman mereka membantu untuk mengekang kemusnahan alam sekitar dalam jangkamasa panjang.

Produk dan Perkhidmatan Perbankan ‘Hijau’

Untuk memenuhi syarat sebagai produk dan perkhidmatan perbankan ‘hijau’, produk kewangan yang ditawarkan harus menyediakan pelanggan-pelanggan insentif yang jelas untuk mengurangkan kos tersembunyi aktiviti perbankan mereka.

Produk dan perkhidmatan perbankan ‘hijau’ adalah berkaitan dengan :

· Kredit pelepasan karbon

· Ciri-ciri perubahan iklim

· Mengimbangi gas rumah hijau

· Kriteria lain yang berkaitan cuaca

Walaupun manfaat secara keseluruhan dan langkah berterusan memerlukan jangka masa yang panjang untuk menilai, manfaat yang diharapkan yang boleh diperolehi melalui kegiatan ‘mesra alam’ tertentu digunakan sebagai penanda aras.

Produk dan perkhidmatan perbankan ‘hijau’

1. Retail banking

e.g. green home loans

2. Asset management

e.g. green investment funds

3. Corporate & investment banking

e.g. green project financing

4. Insurance

e.g. green auto insurance & green home & business insurance

Di United Kingdom, pembekal pinjaman rumah ‘hijau’ digalakkan untuk menawarkan satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut :

· Kadar faedah yang kompetitif berbanding dengan produk sedia ada

· Insentif pengembalian tunai

· Pengecualian bayaran pemprosesan

Perbankan Hijau Di Serata Dunia

Malaysia

Institusi perbankan telah didesak untuk mengambil kira alam sekitar sebagai kriteria ketika menilai permohonan pinjaman perumahan. Pada tahun 2007, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika itu, Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihak pemaju perumahan haruslah mempertimbangkan manfaat persekitaran semasa merancang projek pembinaan baharu untuk membantu negara menghadapi perubahan iklim dan pemanasan global.

Kanada

Pinjaman ‘hijau’ telah dilancarkan untuk membiayai pembelian peralatan jimat tenaga dan bahan-bahan yang digunakan dalam projek pembangunan kondominium baharu (Tridel, 2006).

Amerika Syarikat

Pada tahun 2007, Citigroup di Amerika Syarikat menandatangani perjanjian dengan Sharp Electronics Corporation untuk menawarkan pelanggan pilihan pembiayan yang mudah, murah dan selesa untuk membeli sistem elektrik kuasa solar.

Australia

Pada tahun 2003, Credit Union Mecu di Australia, mencipta sebuah pakej inovatif kewangan ‘Go Green’ untuk pinjaman kenderaan. Untuk setiap pinjaman, pihak bank akan meletakkan nilai kadar gas rumah hijau berdasarkan jenis kenderaan dan memberikan kadar faedah yang lebih rendah dan sesuai.

United Kingdom

Pada tahun 2006, Barclays (UK) melancarkan inisiatif “Wang dan Karbon” untuk menggalakkan pelanggan mengimbangi pelepasan karbon berkaitan dengan perjalanan udara. Kerjasama dengan organisasi Climate Care, Barclays mendirikan laman web untuk produk mereka dan dana digunakan untuk melabur dalam projek kecekapan tenaga, pemulihan hutan dan tenaga diperbaharui di negara membangun.

Eropah

Sejak tahun 1995, Bank Belanda mendapat manfaat daripada inisiatif ‘Green Fund’ yang diterajui oleh kerajaan. Dengan membeli saham dalam dana hijau atau melabur wang di dalam produk perbankan hijau, warga Belanda dikecualikan dari cukai (Capital Gains Tax) dan menerima 2.5% diskaun cukai pendapatan. Insurans ‘Pay as You Drive’ mendorong pemilik untuk mengurangkan kegunaan kenderaan dengan membayar premium insurans mengikut kadar kegunaan kenderaan.

Kesimpulan

Produk dan perkhidmatan perbankan ‘hijau’ masih di peringkat awal dan tahap kejayaannya masih belum diketahui. Hanya dengan data yang lebih lanjut mengenai produk-produk perbankan hijau, kita boleh mengetahui tahap pencapaiannya, daya tarikan pelanggan, kesinambungan dan kesan kesedaran.

INDUSTRI PELANCONGAN DAN PERHOTELAN HIJAU


Pelancongan berkonsepkan ‘Hijau’ memberi peluang kepada pelancong tempatan dan luar negara menerokai landskap semulajadi Malaysia untuk menikmati udara bersih dan melihat kepelbagaian hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Pelancongan hijau merupakan sub-sektor industri pelancongan yang paling berkembang. Begitu juga dengan eko-pelancongan yang menjadi bentuk pelancongan yang pesat berkembang di Malaysia dan menyumbang sebanyak 10% daripada pendapatan pelancongan negara.

Malaysia dikurniakan pulau-pulau dan kawasan terumbu karang yang cantik. Ramai pelancong asing dating untuk menyaksikan keindahan semulajadi dan melakukan aktiviti rekreasi seperti menyelam dan snorkelling. Hasil dari permintaan yang tinggi, jumlah kunjungan pelancong melebihi kapasiti muatan. Aktiviti rekreasi manusia dan juga factor cuaca (28o – 30oC) telah menyumbang kepada kelunturan karang. Kesan ini amat ketara apabila Jabatan Laut Malaysia telah menutup beberapa kawasan pulau taman laut. Penutupan ini berkuatkuasa mulai 2 Julai sehingga 31 Oktober 2010, berikutan kelunturan karang yang mencapai tahap 60 hingga 90% (The Star, 2010). Penutupan sembilan lokasi penyelaman di Pulau Tioman dan Pulau Redang merupakan amaran awal kepada semua pihak berkepentingan untuk memainkan peranan dalam mengurangkan tekanan pada ekosistem laut yang rapuh. Penutupan itu merupakan salah satu usaha pemuliharaan batu karang di kawasan berkenaan.

Menurut laporan EcoMalaysia (2010) beberapa kawasan eko-pelancongan di Malaysia menunjukkan tanda-tanda penggunaan berlebihan :

· Wang Kelian di Perlis (batu kapur, gua-gua dan hutan).

· Kenyir di Terengganu (tasik, aktiviti berperahu, trekking dan memancing).

· Pulau Kukup di Johor (mangrove, kehidupan liar dan makanan laut).

· Lower Kinabatangan Sungai di Sabah (monyet belalai dan kehidupan liar).

· Pulau Redang di Terengganu (ikan, terumbu karang dan persekitaran laut yang menarik).

· Pulau Sipadan di Sabah (ikan, terumbu karang dan persekitaran laut yang menarik).

Istilah hotel hijau (green-hotel) juga seringkali digunakan. Ini menggambarkan hotel yang berusaha untuk menjadi lebih mesra alam melalui kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan-bahan mesra alam di samping memberikan perkhidmatan yang berkualiti (Alexander, 2002). Sebanyak 10 hotel di Malaysia telah diiktiraf sebagai Hotel Hijau. Hotel dan resort yang diiktiraf sebagai “Green Leaf Hotel” telah berjaya mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20%, air 10%, kertas 10% dan sampah 20%.

Kepelbagaian alam sekeliling merupakan sumber asas pelancongan, di mana tanpa perlindungan, daya tarikan pelancongan akan hilang begitu sahaja. Pengusaha industri pelancongan dan perhotelan hijau yang bertanggungjawab perlu memelihara dan memulihara alam sekitar dengan menyimpan air, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan sisa pepejal untuk menjamin peningkatan kualiti hidup generasi akan datang.

Kriteria ASEAN Green-Hotel Standard

1. Persekitaran dasar dan tindakan untuk operasi hotel.

2. Penggunaan produk hijau.

3. Kerjasama dengan masyarakat dan organisasi tempatan.

4. Pembangunan sumber daya manusia.

5. Pengurusan sisa pepejal.

6. Kecekapan pengurusan tenaga.

7. Kecekapan penggunaan air.

8. Pengurusan kualiti udara (dalaman dan luaran).

9. Kawalan pencemaran bunyi.

10. Pengolahan air sisa dan pengurusan.

11. Pengurusan pembuangan toksik dan bahan kimia.

TEKNOLOGI HIJAU DARIPADA ALAM SEMULAJADI


Bangunan Mesra Alam

Bangunan Eastgate Centre Building di Harare, Zimbabwe, merupakan bangunan yang pertama mempunyai sistem pendingin udara meniru rumah anai-anai (Macrotermes michaelseni). Di dalam rumah anai-anai, lubang udara sentiasa dibuka dan ditutup. Udara sejuk disedut dari bahagian bawah dan udara panas dilepaskan melalui bumbung. Suhu di dalam berubah satu darjah walaupun suhu diluar berubah dari 3C – 42C. Pendingin angin kaedah rumah anai-anai ini hanya menggunakan tenaga 10% dan menjimatkan kos pemiliknya sebanyak USD 3.5 juta (RM 11.2 juta).

Paru-Paru Manusia : Pengasingan Karbon

Paru-paru manusia mempunyai tiga ciri utama :

1. Membrane nipis membolehkan CO2 merentas dengan pantas.

2. Permukaan luas.

3. Enzim (carbonic anhydrase) memindahkan CO2 dari saluran darah dengan kadar yang cepat. Dengan mengkaji bagaimana paru-paru manusia berfungsi, satu teknologi baru telah dihasilkan untuk menggurangkan pelepasan karbon dioksida. Uji kaji oleh syarikat Carbozyme Inc., menunjukkan bahawa penapis udara bermirip paru-paru boleh memerangkap sehingga 90% CO2.

Ikan Paus Humpback : Tenaga Angin

Apabila ikan paus Humpback (megaptera novaeangkie) memburu udang, ia akan berenang secara putaran dan menghasilkan gelembung udara sepanjang 5 kaki. Air yang mengalir melalui sirip berbonjol (tubercules) tidak berkocak berbanding sirip yang tiada bonjolan. Ini membolehkan ikan paus membuat pusingan tajam dengan pantas. Ujian di dalam terowong angin membuktikan bahawa sirip berbonjol lebih aerodinamik dengan kuasa mengangkat meningkat 8% dan kuasa tarikan dikurangkan 32%. Teknologi ini telah digunapakai untuk mesin besar seperti turbin, kompresor, pam dan kincir angin, yang mana ianya berupaya menjimatkan tenaga dan mengurangkan bunyi bising.

Fotosintesis Tiruan : Sel Solar

Panel solar yang menggunakan pewarna foto-sensitif menghasilkan tenaga solar yang lebih murah berbanding silikon. Keanjalannya pula amat sesuai untuk digunakan di beberapa bahagian bangunan seperti tingkap dan di dalam tekstil. Walaupun sel fotovolta boleh mengumpul lebih banyak tenaga berbanding sel fotosintetik, pembuatannya memerlukan penggunaan pelarut toksik dan kuasa tenaga yang lebih tinggi. Justeru, sel solar fotosintetik, pembuatannyamemerlukan pelarut toksik dan kuasa tenaga yang lebih tinggi. Justeru, sel solar fotosintetik tiruan ini berpotensi tinggi kerana ianya lebih mesra alam dan lebih tahan dalam keadaan pelbagai suhu dan cahaya.

Burung Raja Udang : Keretapi Laju

Keretapi Shinkansen Bullet Train (Japan) merupakan keretapi paling laju di dunia, (200 batu/jam). Masalah besar dihadapi oleh pengusaha keretapi ini adalah setiap kali keretapi ini keluar daripada diselesaikan apabila bahagian hadapan dan belakang keretapi diubahsuai mengikut bentuk paruh burung Raja Udang. Paruh burung tersebut adalah aerodinamik. Apabila ianya menjunam ke dalam air, tiada percikan air berlaku. Dengan meniru bentuk paruh burung Raja Udang, keretapi kurang menghasilkan bunyi bising serta menjimatkan elektrik sebanyak 15% dan bergerak 10% lebih laju.

Bunga Teratai Sebagai Agen Pencuci

Bunga teratai (Nelumbo nucifera) adalah di antara daun yang paling kalis air. Permukaan daunya yang kasar dan berlubang berfungsi untuk memerangkap udara di dalamnya. Apabila ketulan air jatuh ke atas daun, air akan terapung di atas liang-liang udara tersebut. Sebarang pergerakan atau hembusan angin, walaupun perlahan, menyebabkan ketulan air di permukaan daun bergerak dengan membawa bersama habuk-habuk yang terlekat. Dengan meniru kaedah ‘teknologi pembersihan’ bunga teratai ini, permukaan kasar mikroskopik di masukkan ke dalam cat, kaca dan fabrik. Kaedah tersebut dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia untuk mencuci bahan-bahan ini. Sebagai contoh, fabrik buatan sebuah syarikat G3i yang dikenali sebagai GreenShield berupaya mengekalkan ciri-ciri kalis air dan kotoran.

Aliran Tanpa Geseran

Aliran cecair, gas dan haba secara semulajadi berputar mengikut corak geometrik, berbeza dengan motor putaran buatan manusia. Air dan udara berputar secara logaritma atau eksponen, seperti permukaan siput laut, lilitan belalai gajah, putaran galaksi, koklea telinga dan pora kulit manusia. Dengan meniru corak putaran air dan udara secara semulajadi, sebuah syarikat PAX Scientific Inc. mengaplikasikan bentuk asas geometri untuk mengubahsuai bentuk mesin putaran seperti kipas, turbin dan pam. Rekaan baharu tersebut boleh menjimatkan tenaga sebanyak 10% - 85%, bergantung pada kegunaannya. Bunyi bising juga dapat dikurangkan sebanyak 70%.

ENVIRONMENTALLY PREFERABLE PURCHASING


Environmentally Preferable Purchasing (EPP) is referred to as green purchasing. In this type of purchase, one makes a selection carefully and purchases products and services that most effectively reduce negative environmental impacts over their life cycle of manufacturing, transportation, use and recycling or disposal.

Examples of environmentally preferable characteristics

1. Products and services that conserve energy and water.

2. Minimise generation of waste and release of pollutants.

3. Products made from recycled materials and that can be reused or recycled.

4. Energy from renewable resources such as biofuel, solar and wind power.

5. Products using alternatives to hazardous or toxic chemicals, radioactive materials and biohazardous agents.

Green purchasing is when you think about the effects of the product on the environment before purchasing the product or service. Large companies are now making this a corporate practice. The ultimate goal is to reduce environmental impacts of resources and to increases resource efficiency.

By buying the green products and services, we help in several ways :

· Reduce pollution and conserve natural resources and energy.

· Develop new, more environmentally friendly products.

· Stimulate new markets for recycled materials and create jobs.

· Improve awareness on environmental stewardship.

· Encourage more research.

· Provide potential cost saving.

· Reduce negative effects on the earth.

· Comply with environmental laws and regulations.

· Improve safety and health of our students, workers and the public.

Green Products And Services

Transportation Services

· Use ground transportation whenever possible such as commuter, shuttle bus, etc.

· Use hybrid, battery or electronic vehicle.

· Optimise total transportation distances.

· Find shorter routes/way to your destinations.

· Improve vehicle efficiency through hydrogen combustion and nitrogen-filled tyres.

· Look for best environmentally innovative ways to reduce the environmental impact.

Information Technology Products

Buy computers, peripherals, copiers and related electronics that have these features :

· Repairable and made of modular components that can easily be swapped out.

· Returnable to the manufacturer under an end-of-life programme.

· Energy efficient.

· Free of electronic equipment that contain hazardous materials.

· Highly recyclable and designed to be easily dis-assembled and recycled.

Food Products

· Buy local during harvest season.

· Look for food that is chemical and pesticide-free.

· Look carefully at the total carbon footprint from initial production to final consumption.

· Insist on minimal packaging that is 100% recyclable.

· Buy in usable quantities (to reduce spoilage).

Energy Services and Products

· Use renewable sources as your primary power source.

· Reduce dependence on diesel and other environmentally harmful methods of back-up power generation.

· Use clean coal or natural gas as back-up power sources.

· Minimise noise pollution (from generation and distribution).

It is important for purchasers, whether they are corporate, government or institutional, to make a great impacts on the future of the planet with every buying decision that they make. They must avoid the hidden cost of the purchase on the environment.

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green