Thursday, August 21, 2014

Majlis Perasmian Program E-Waste Alam Alliance - Pengumpulan, Pengangkutan dan Pelupusan Buangan Elektrik / Elektronik Peringkat Negeri Melaka

Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama Meriahtek (M) Sdn. Bhd. dan AEON Bandaraya Melaka telah menganjurkan satu program Pengumpulan, Pengangkutan dan Pelupusan Buangan Elektrik dan Elektronik dengan mewujudkan Drive Thru And Drop Off Electronic Waste Collection Centre. Ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.




The Drive Thru And Drop Off Centre for Electronics Waste Recycling Program merupakan program yang unik dan inovatif serta memberi peluang kepada orang ramai untuk melupuskan barangan elektrik dan elektronik yang masih berfungsi atau tidak secara mesra alam dan bertanggungjawab.


Orang ramai boleh membawa barangan elektrik dan elektronik yang tidak diingini ke pusat pengumpulan ini sepanjang waktu perniagaan pusat membeli-belah AEON Bandaraya Melaka.


Majlis Perasmian pusat tersebut telah diadakan pada 18 Ogos, 2014 (Isnin) bertempat di AEON Bandaraya Melaka dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Lai Meng Chong; EXCO Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka mewakili YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron; Ketua Menteri Melaka.







Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Meriahtek; Datuk Haji Abdul Rahim Haji Abu, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar; Dato' Dr. Kamarulnajuib bin Che Ibrahim; Penasihat Undang-undang Negeri Melaka; YB Puan Haini bt Hassan, General Manager AEON Malaysia; En. Ahmad Fazli; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka; Tuan Haji Abd. Hapiz bin A. Samad; Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya; Puan Norhazni Mat Sari; wakil-wakil dari JAS Negeri, agensi kerajaan, pelajar IPT dan pelajar sekolah rendah / menengah. Kehadiran dianggarkan 300 orang.

Sempena Majlis Perasmian ini, satu Pertandingan Rekacipta e-Waste untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah diadakan. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan nilai inovasi di kalangan pelajar IPT selaras dengan objektif ke arah amalan guna semula / kitar semula bahan buangan khususnya buangan elektrik dan elektronik. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar dari Kolej Komuniti Bukit Beruang dan UniKL MICET.

Senarai pemenang utama adalah :

Tempat Pertama : Kumpulan MICET (UniKL)
- memenangi RM 500.00 dan sijil penyertaan

Tempat Kedua : e-Gempak (UniKL)
- memenangi RM 300.00 dan sijil penyertaan

Tempat Ketiga : SPE-KKBB (Kolej Komuniti Bukit Beruang)
- memenangi RM 200.00 dan sijil penyertaan

Terima kasih atas penglibatan anda semua dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara dengan menguruskan bahan buangan elektrik dan elektrik dengan cara yang betul.

Monday, July 21, 2014

AKTIVITI HIJAU : TAKLIMAT ECO ENZYME / GARBAGE ENZYME

 
TARIKH TAKLIMAT :  08 JULAI 2014
MASA  :  9.30 PAGI
TEMPAT  :  JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA
PENCERAMAH :  PUAN PETRINA GOH
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
 

 
 

 
 


 
 
 

 


 
 
 
 
 

 



 

 
 

 

 
"Act Locally, Impact Globally"
 
 
 

Thursday, June 26, 2014

MAJLIS PERHIMPUNAN SEMPENA HARI PEKERJA 2014 PERINGKAT KEBANGSAAN

 
 
 
TARIKH   :   21 JUN 2014 (SABTU)
 
 
 

 
 
 

 kONTINGEN JAS MELAKA




 










 KUMPUL BEKAS2 MAKANAN DI DALAM BEG PLASTIK..CAYALAH
KONTINGEN JAS MELAKA


 

 

 

 

 

Mari Sertai Kempen e-waste

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green

Air Pollutant Index Management System

KOMEN RAKAN ALAM SEKITAR