pemakluman pelaksanaan penguatkuasaan melalui ‘guided self regulation’
(gsr) OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (jas)
Saya dengan hormatnya diarah merujuk
kepada perkara tersebut di atas.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan
Penguatkuasaan Melalui ’Guided Self Regulation’ (GSR) sejak Julai 2016
ke atas semua premis. Melalui pelaksanaan tersebut di atas, kesemua
Premis adalah diarahkan untuk mewujudkan tujuh (7) Environmental
Mainstreaming Tools (EMT) di Premis masing-masing seperti berikut:
a)
Environmental
Policy (EP)
b)
Environmental Budgeting (EB)
c)
Environmental Monitoring Committee (EMC)
d)
Environmental Facility (EF)
e)
Environmental
Competency (EC)
f)
Environmental
Reporting & Communication (ERC)
g) Environmental Transparency (ET)
Penerangan lebih lanjut mengenai
perkara tersebut di atas adalah seperti dijelaskan di dalam Environmental
Mainstreaming Directive yang boleh dimuaturun daripada Laman Web
Jabatan Alam Sekitar.
3.
Selain itu, semua sektor industri dikehendaki untuk
melengkapkan dan mengembalikan Laporan Pematuhan EMT kepada pejabat
Jabatan Alam Sekitar Negeri. Laporan Pematuhan EMT boleh dimuaturun daripada
Laman Web Jabatan Alam Sekitar.
4.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dipanjangkan di Talian
06-2345720.
Pengarah JAS Negeri Melaka
b.p Ketua Pengarah Kualiti Alam
Sekeliling Malaysia
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!