Logo RAS - New

Logo RAS - New

September 16, 2009

Tanah Bukit Di Kitar Semula

Kerajaan negeri sedia gudang khas untuk kegunaan projek akan datang

MELAKA: Selama ini, banyak tanah bukit berharga di negeri ini dipercayai 'hilang' begitu saja apabila pemaju projek yang membangunkan sesuatu kawasan memunggahnya keluar tanpa membayar wang permit kepada kerajaan.

Amalan kontraktor yang lazimnya membuang atau menjual semula tanah milik kerajaan itu kini dihentikan apabila Ketua Menteri, Datuk seri Mohd Ali Rustam campur tangan dan mahu sistem itu diubah.

"Setiap lori yang membawa keluar tanah dari tapak sesuatu projek mesti ada permit dan tanah berkenaan mestilah disimpan di dua kawasan milik kerajaan tanpa dikenakan sebarang bayaran,” katanya.

Justeru beliau mengarahkan tanah bukit yang diratakan atau tanah biasa di negeri ini disimpan sebagai stok kerajaan di dua lokasi iaitu di tanah lapang di belakang Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Kampung Tun Razak di Ayer Keroh.

"Kita perlu simpan tanah ini untuk kegunaan projek akan datang, ia tidak boleh dibuang begitu saja, saya mahu setiap pegawai kerajaan negeri yang terbabit dalam projek pembangunan melaksanakannya mulai hari ini," katanya.

Beliau berkata, amalan sebelumnya didapati merugikan kerajaan dan membazir apabila terpaksa berbelanja untuk membeli tanah untuk menambah sesebuah kawasan pembangunan yang memerlukan tanah berkenaan.

Selain tanah dan batu batan, Mohd Ali juga mahu agensi kerajaan terbabit mewujudkan sebuah gudang khas seperti milik sebuah syarikat swasta di Bukit Rambai yang khusus untuk menyimpan papan dan kayu dari bangunan lama yang diruntuhkan.

"Menerusi amalan kitar semula bahan buangan ini, kerajaan banyak menjimatkan wang kerana jika ia tersimpan di satu kawasan, mudah untuk kita dapat bahan itu semula pada bila-bila masa,” katanya.

Sumber : Berita Harian
Isnin. 14 September, 2009

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green