Logo RAS - New

Logo RAS - New

November 4, 2009

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana Program sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2009 anjuran bersama JAPERUN Pantai Kundor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, RTM (Radio Melaka FM), Jabatan Hal Ehwal Negeri Melaka, Rumah Ku Syurga Ku, Petronas Penapisan Malaysia, Syarikat Meriahtek (M) Sdn. Bhd dan Polis Diraja Malaysia berjalan lancar.

Program ini dirancang bagi meningkatan kesedaran awam dan pembabitan masyarakat JAPERUN Pantai Kundor khususnya. Program sambutan ini dilakukan selama 2 hari dengan tujuan merapatkan jaringan perhubungan antara masyarakat dengan kakitangan Jabatan serta golongan pemimpin kawasan tersebut.



Perbagai acara telah disusun bagi menjayakan program sambutan ini antaranya:

i) Pameran Alam Sekitar;
ii) Kempen Kesedaran Kitar Semula Barang Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste);
iii)Program Pemuliharaan dan Penanaman Semula Pokok
iv) Forum Perdana; dan
v) Sukan dan Sukaneka (cth: pertandingan mewarna kanak-kanak tadika).

Kempen Kesedaran Kitar Semula Barang Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) bertujuan mendidik orang ramai tentang bahaya pelupusan barangan E-Waste secara haram kerana ia mengandungi bahan kimia yang bertoksid dan beradioaktif.

Perlaksanaan Program E-Waste ini dilakukan dengan dua kaedah iaitu;
i) Orang ramai boleh menghantar sendiri barang buangan E-Waste ke khemah pengumpulan yang disediakan; atau
ii) Menahan ke kenderaan yang telah disediakan untuk buat rondaan ke kawasan perumahan.


Bagi Program Pemuliharaan dan Penanaman Semula Pokok, Y.B Datuk Idris Bin Haron telah melaksanakan simbolik penanaman pokok di sekitar kawasan Masjid Kg. Pantai Kundor, Melaka. Program ini melambangkan kepentingan penjagaan alam sekitar ini diperingkat golongan pemimpin lagi.

Disebelah malam pula dilakukan Program Forum Perdana bertempat Pantai Puteri. Kehadiran orang ramai amat mengalakkan walaupun cuaca hujan reyai dan berangin.

Forum Perdana tersebut telah di pengerusikan oleh Ustaz Hj.Umar Bin Rasip dan dibarisi panel;

i) Dr. Mohd. Ridhuan Tee Bin Abdullah; dan
ii) Prof. Madya Ustazah Dr. Sharifah Hayati Bte Syed Ismail.

Antara intipati Forum Perdana adalah ;

i) Keseimbangan bilangan tumbuhan, binatang dan manusia dimuka bumi bagi menjamin kestabilan ekologi;
ii) Sikap toleransi antara induvitu dan masyarakat dalam menjaga kebersihan persekiaran khususnya tempat tinggal;
iii) Peranan manusia sebagai khalifah ditas muka bumi bagi memelihara dan memakmurkan alam; dan
iv) Kerosakan yang berlaku kerana kite gagal memahami ajaran islam yang sebenarnya yang amat mementingkan kebersihan dan keharmonian.

Semasa acara senamronik, sukan dan sukaneka penyertaan dan kerjasama daripada orang ramai khususnya penduduk sekitar JAPERUN Pantai Kundor amat baik sekali. Tidak lupa penglibatan Ahli ADUN JAPERUN Pantai Kundor iaitu Y.B Datuk Ab. Rahaman bin Ab. Karim, Pengurus Kanan Petronas Penapisan Melaka iaitu Tn. Hj. Saifuddin Shah Sowkkatali serta Pengurus Meriahtek (M) Sdn. Bhd iaitu Jason Yee dalam senamrobik telah menambahkan kemeriahan acara tersebut.

Kesimpulan

Secara dasarnya program ini telah mencapai objektifnya bagi mewujudkan jaringan perhubungan masyarakat JAPERUN dengan peminpin, kakitangan JAS, agensi kerajaan dan pihak-pihak swasta yang terlibat.


Ringkasan aktiviti-aktivi yang dijalankan ;

Pada 31 Oktober, 2009

  • Pameran Jabatan Alam Sekitar,
  • Kempen Kesedaran Kitar Semula Barangan Elektrik & Elektronik (E-waste)dengan kerjasama Meriahtek Sdn. Bhd.
  • Program Pemuliharaan Dan Penanaman Semula Pokok beserta Gotong Royong
  • Forum Perdana Sempena Sambutan Minggu Alam sekitar Malaysia peringkat Negeri Melaka Tahun 2009 Bertajuk "Pemuliharaan Alam sekitar Dari Perspektif Islam".

Pada 1 November, 2009


  • Pemeran Jabatan Alam Sekitar
  • Pameran Petronas Penapisan Melaka
  • Kempen Kesedaran Kitar semula E-waste dengan kerjasama Meriahtek Sdn. Bhd
  • Senamrobik
  • Majlis Perasmian
  • Sukan & Sukaneka
  • Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
  • Penyampaian Hadiah

Terima kasih kepada Pihak Petronas Penapisan Melaka kerana telah menyediakan perkhidmatan urut refleksologi dan pemeriksaan kesihatan percuma di booth mereka. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Sambutan Minggu Alam Sekitar Peringkat Negeri Melaka ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green