Logo RAS - New

Logo RAS - New

May 3, 2013

JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI PROGRAM LARIAN HIJAU (ECO RUN)


 JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI PROGRAM LARIAN HIJAU (ECO RUN)  ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2013
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka akan menganjurkan Program Larian Hijau sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia  pada ketentuan berikut;

Tarikh                         :           18 Mei 2013 (Sabtu)
Masa                          :           7.00 pagi – 12.00 tengahari
 Tempat                      :           Pusat Pengujian Pelepasan Asap Kenderaan
                                                Bermotor Taboh Naning, Alor Gaja,  Melaka.
                                                         

3.         Antara program yang telah dirancang adalah seperti berikut;
                      i.        Eco Run (Larian santai ala explorace sambil menjawab soalan kuiz);
                    ii.        Pameran;
                   iii.        Jualan barangan mesra alam dari bahan kitar semula;
                   iv.        Pendaftaran Keahlian Rakan Alam Sekitar;
                    v.        Demostrasi pembuatan baja kompos; dan
                   vi.        Cabutan bertuah.

4.         Sehubungan dengan itu, Jabatan amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat menyertai program ini dengan mencalonkan peserta larian dan juga wakil-wakil jabatan/agensi/syarikat tuan/puan untuk memeriahkan sambutan program ini.  Bersama-sama ini disertakan perkara-perkara berikut untuk makluman dan maklumbalas pihak tuan:
                      i.        Lampiran 1: Borang maklumbalas kehadiran acara perasmian;
                    ii.        Lampiran 2: Borang maklumbalas penyertaan Larian Hijau/Eco Run;
                   iii.        Lampiran 3: Aturcara Program Larian Hijau/Eco Run;
                   iv.        Lampiran 4: Pelan Lokasi Larian Hijau/Eco Run; dan
                    v.        Lampiran 5: Laluan Acara Program Larian Hijau/Eco Run.

5.         Kehadiran pihak tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sukacita sekiranya maklumbalas kehadiran seperti di Lampiran 1 dan 2 dapat dikemukakan kepada Jabatan ini melalui talian faks 06-234 5721  atau emel julaiha@doe.gov.my  dan juga pendaftaran penyertaan Program Larian Hijau (Eco Run) boleh dibuat secara online di dalam blog ini sebelum 14 Mei 2013 untuk tindakan kami selanjutnya.

Sekian, dimaklumkan





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green