Program dilaksanakan pada 11 Jun 2013 di Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka.
Diadakan dengan kerjasama UniKL-MICET sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2013.
Mengekalkan tema Think.Eat.Save
Antara aktiviti yang dijalankan - jungle tracking, canopy walk, taklimat Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau, Kepentingan Hutan Hujan Tropika, pengiraan carbon footprint, taklimat program biodiesel Melaka dan juga taklimat serta demonstrasi pengkomposan sisa makanan.
Sisa makanan dikumpulkan oleh pelajar dan dijadikan baja kompos.
Terima kasih pada semua yang terlibat - UniKL-MICET, PHTJ, Green Depot Tech, SWM, SAMB dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak..Terima kasih daun keladi, lain kali bertemu lagi...
Matlamat utama ialah menjadikan orang ramai sebagai mata dan telinga jabatan dalam membanteras masalah alam sekitar dengan konsep "community base" dan "hands on". Di samping itu juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar tidak kira apa jua latar belakang. Marilah kita perjuangkan kelestarian alam sekitar untuk keharmonian generasi akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu percubaan yg berani, kekalkan prog ini utk hadapan.
ReplyDelete