Berikutan peningkatan secara mendadak bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan semenjak satu minggu yang lepas di beberapa negeri termasuk Negeri Melaka, PELAN TINDAKAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA TELAH DIAKTIFKAN serta-merta di seluruh Negara.
JADI APA ITU PEMBAKARAN TERBUKA?
- Ia adalah sebarang kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan tidak dihalakan melalui cerobong atau serombong kecuali aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri melalui Perintah yang disiarkan oleh warta.
BANTULAH BUMI KITA! MAINKAN PERANAN ANDA
- Amalkan pengkomposan sisa organik
- Amalkan kitar semula
- Pastikan api puntung rokok dipadamkan sebelum dibuang (lebih elok jangan merokok - tak bagus untuk kesihatan)
- Reja-reja kayu di tapak pembinaan dijual atau diguna semula
- Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku pembakaran terbuka.
ADUAN JAS MELAKA: 013-6988708
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!