Logo RAS - New

Logo RAS - New

April 7, 2014

MAJLIS TAKLIMAT DAN PENYERAHAN SIJIL LANTIKAN PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P)

Majlis telah diadakan pada 02 April 2014 (Rabu) bertempat di JAS Melaka, Menara Persekutuan, Ayer Keroh, Melaka.

Program ini adalah rentetan daripada Majlis Pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran yang telah diadakan pada 11 November 2013 yang lepas, yang mana telah dilancarkan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka iaitu YB Tuan Haji Sazali bin Hj. Muhd. Din @ Muhamad Din.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran para peserta yang terdiri daripada ahli 3P yang dilantik dari semua Kawasan Parlimen di Negeri Melaka.



Ia diteruskan dengan bacaan doa dan diikuti dengan bacaan ikrar RAS.




Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah JAS Negeri Melaka iaitu Tuan Haji Abd. Hapiz bin A. Samad





Di dalam majlis ini, telah disampaikan 4 taklimat iaitu:



  • Taklimat Program Rakan Alam Sekitar (RAS) - oleh Puan Azlina Binti Othman
  • Taklimat Peranan JAS &  Perundangan AKAS 1974 - oleh Puan Julaiha Binti Jumal 
  • Taklimat Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) - oleh Encik Hedzir Bin Hj. Zakaria
  • Taklimat Peranan & Tanggungjawab Ahli 3P oleh Ir. Mohd Nazir Bin Mansor  




Diharapkan dengan penubuhan 3P ini, matlamat jabatan untuk menjadikan kesedaran berhubung pemeliharaan alam sekitar tanggungjawab bersama - menjadi satu kenyataan


























No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green