Logo RAS - New

Logo RAS - New

August 19, 2010

Metil-merkuri di lautan Pasifik Utara


Merkuri yang dibebaskan oleh stesen janakuasa arang batu di Negara Asia di bawa oleh arus air laut ke Lautan Pasifik Utara telah menyebabkan kepekatan merkuri di kawasan tersebut meningkat.

Sepasukan penyelidik yang diketuai oleh Sunderland, seorang saintis terkenal, telah mengukur kepekatan merkuri di 16 lokasi di antara Hawaii dan Alaska. Hasil penemuan mereka telah dapat menjawab persoalan kenapa tahap kepekatan merkuri di Lautan Pasifik Timur Utara meningkat walaupun tiada sumber merkuri yang berdekatan di kawasan tersebut. Penyelidik tersebut turut meramalkan bahawa kandungan merkuri di Pasifik Utara akan bertambah dua kali ganda pada tahun 2050, sekiranya pelepasan antropogenik (termasuk dari kawasan Asia) berterusan. Hasil kajian ini telah dilaporkan di dalam Flobal Biogeochemical Cycles keluaran 1 Mei 2009, yang merupakan dokumen pertama yang menerangkan formasi metal-merkuri di Lautan Pasifik.

Sebanyak 24% pencemaran merkuri dalam makanan penduduk Amerika Syarikat berasal daripada ikan tuna di Lautan Pasifik. Metal-merkuri terhasil apabila bacteria di dalam air menguraikan alga yang mengandungi unsure merkuri. Ikan kecil memakan organism yang mengandungi metil-merkuri dan bahan pencemar ini disimpan di dalam tubuh. Ikan besar yang memakan ikan kecil seterusnya akan mengumpulkan bahan pencemar tersebut. Semakin lama ikan besar ini hidup, semakin banyak pula merkuri di simpan hasil daripada memakan ikan kecil yang dicemari merkuri. Ikan besar yang umumnya pemangsa seperti ikan tuna, todak dan king mackerel cenderung mengumpul metil-merkuri di dalam badan melalui rantai makanan. Proses ini dikenali sebagai biomagnifikasi. Metil-merkuri boleh menjejaskan pembesaran kanak-kanak dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular bagi orang dewasa.

Sampel air yang diambil menunjukkan bahawa peningkatan pencemaran metil-merkuri berlaku pada kedalaman 200-700 meter (kedalaman sederhana). Tahap pencemaran merkuri di kawasan ini meningkat sebanyak 30% sejak tahun 1996. Tiada peningkatan pencemaran berlaku pada permukaan laut atau laut dalam. Pada kawasan kedalaman sederhana ini juga terdapat banyak sepsis besar ikan tuna. Sebelum penemuan ini, saintis berpendapat bahawa merkuri yang hadir di lautan berpunca daripada pemendapan atmosfera atau gunung berapi di bawah laut. Walau bagaimanapun pendapat ini boleh disangkal kerana hanya sedikit merkuri di dapati di permukaan laut dan laut dalam. Sekumpulan saintis Perancis turut melaporkan hasil kajian yang serupa di laut Mediterranean (Limnology and Oceanography, keluaran Mei 2009).

Hasil kajian Sunderland menjejaskan bagaimana ikan air laut dalam (deep sea fish) mengandungi merkuri yang tinggi walaupun tiada sumeber merkuri yang berdekatan. Pemantauan oleh Program Pengawasan Ikan Alaska mendapati bahawa kepekatan merkuri dalam ikan halibut yang ditangkap di laut Bering meningkat sebanyak 150% berbanding dengan tahap kandungan merkuri pada tahun 1976. Namun begitu, ikan halibut yang ditangkap di kawasan Timur Selatan Teluk Alaska menunjukkan peningkatan yang sedikit. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pemendapan atmosfera daripada stesen janakuasa arang batu di Negara Asia serta pengangkutan jarak jauh oleh arus air laut. Model Sunderland menunjukkan bahawa arus air laut Asia menghala ke timur utara merentasi Laut Bering, tanpa melalui Teluk Alaska.


Rujukan: Environmental Health Perspectives 2009, 117(8):A834

2 comments:

  1. call no jabatan alam sekitar yg tertera di Yellow Pages..tapi tak dapat dihubungi..hampeh...tak boleh pakai...bila orang ramai nak buat aduan, tapi tiada fungsi..tolonglah jgn buat pembakaran terbuka wahai rakyat Melaka. cuba anak anda sendiri sesak nafas kerana terbau asap akibat pembakaran terbuka selama lebih 8 jam...fikirkan...adi melaka.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green