Logo RAS - New

Logo RAS - New

August 30, 2010

Teknik Kejuruteraan Geo: Pembenihan Ferum Untuk Membendung Kesan Pemanasan Global

Mengurangkan pembebasan karbon tidak akan banyak membantu dalam usaha untuk menangani pemanasan global. Ahli sains yang mengkaji tentang sejarah dan ramalan masa depan terhadap kesan perubahan iklim telah menemui satu kaedah pembenihan ferum di lautan untuk membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. Kebanyakan pakar bersetuju mengatakan inisiatif berkesan untuk mengurangkan kesan negatif pemanasan global ialah dengan memindahkan gas rumah hijau itu secara terus dari atmosfera. Cara yang paling berpotensi untuk diimplementasi ialah dengan menggunakan tumbuhan yang mampu menyerap karbon dioksida dalam kuantiti yang signifikan iaitu phytoplankton. Kaedah pembenihan ferum pula adalah sebagai factor penggalak bagi membolehkan pertumbuhan phytoplankton dengan pesat.
Bagi sesetengah usahawan, laut yang bergelora dan berais di antara Australia dan Antartika boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui proses kejuruteraan semulajadi untuk penghasilan kredit karbon yang bernilai jutaan ringgit. Sekumpulan penyelidik telah memulakan pelayaran dari Cape Town pada 7 Januari 2009 dan mengambil masa selama dua setengah bulan untuk menjalankan ujikaji yang melibatkan kaedah pembenihan ferum dengan pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi.

Ujikaji Yang Dijalankan
Ujikaji tersebut melibatkan ‘pembajaan’ satu kawasan laut dengan keluasan 300m2 dengan penggunaan enam tan larutan ferum/besi. Seperti dijangkakan, ia telah menggalakkan pertumbuhan algae plankton atau phytoplankton yang secara prinsipnya mampu menyerap kuantiti karbon dioksida di atmosfera yang menjadi penyumbang utama kepada pemanasan global.

Penilaian Kritikal
Walaubagaimanapun, para saintis daripada National Institute of Oceanography (NIO), India dan Alfred Wegener Institute (AWI), Germany berpendapat bahawa ujikaji yang dijalankan tidak mengambil kira aspek phytoplankton yang dimakan oleh zooplankton yang kecil yang mungkin akan mempengaruhi proses ujikaji. Ia turut dikuatiri akan keberkesanannya dalam jangka masa panjang kerana kaedah ini masih belum benar-benar terbukti dan mempunyai risiko yang akan menggangu rantai makanan hidupan laut.

Rujukan:
New Sunday Times. Carbon Sink That Fell Through. March 29, 2009.
ACE CRC, Wetlands International, Centre for International Forestry Research.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green