Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka telah melaksanakan Program Pemungutan Dan Kitar Semula Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste). Ia merupakan program tahunan yang dilaksanakan bermula tahun 2009 hingga kini. Pada tahun 2012, program ini dirancang sebanyak 3 siri. Dimana siri pertama sedang berjalan bermula 14 Jan 2012 hingga 1 April 2012, manakala bagi siri ke-2 dijangka akan bermula pada Mei - Julai dan siri ke-3 dari September hingga November.
Program ini mendapat sokongan padu daripada daripada Premis Perolehan Kembali (PYDT) di Melaka iaitu Victory Recovery Sdn. Bhd., Meriahtek (M) Sdn. Bhd. dan Krubong Recovery Sdn. Bhd.. Selain PYDT, PBT dan pemimpin masyarakat juga memainkan peranan penting bagi mengerakkan program ini.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!