Matlamat utama ialah menjadikan orang ramai sebagai mata dan telinga jabatan dalam membanteras masalah alam sekitar dengan konsep "community base" dan "hands on". Di samping itu juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar tidak kira apa jua latar belakang. Marilah kita perjuangkan kelestarian alam sekitar untuk keharmonian generasi akan datang.
April 17, 2013
AKTIVITI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (JASNM) SEMPENA HARI BUMI 2013
Sempena Hari Bumi 2013 pada 22 April 2013 (Isnin), Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (JASNM) akan menganjurkan Hari Bersama Pelanggan seperti maklumat di bawah:
Tarikh: 22 April 2013 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Aras 19, Menara Persekutuan, Bandar MITC, Ayer Keroh
Antara program yang akan dilaksanakan:
· Pameran alam sekitar bertemakan Hari Bumi: The Face of Climate Change
· Pendaftaran ahli RAS
· Kaunter Bayaran Kompaun
- Kaunter Aduan
· Sesi khidmat nasihat bersama pegawai JASNM
· Sesi bantuan kepada industri berhubung sebarang masalah online system: MDMR, E-Notification, E-Inventory dan E-Consignment Note. “Online system” ini diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kertas dan memudahkan pihak industri untuk membuat pelaporan kepada Jabatan Alam Sekitar.
Pihak industri dan orang awam dijemput hadir ke program ini. 50 cabutan bertuah disediakan kepada pengunjung yang bertuah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!