Logo RAS - New

Logo RAS - New

April 17, 2013

Hari Bumi: 22 April 2013: The Face of Climate Change

 







Hari bumi disambut pada 22 April setiap tahun


Tema sambutan Hari Bumi Sedunia pada tahun 2013 adalah ‘The Face of Climate Change’ atau dalam bahasa Malaysia “Wajah-wajah Perubahan Iklim”

Sambutan Hari Bumi dimulakan dari tahun 1970 oleh seorang Senator dari Amerika Syarikat bernama Geylord Nelson. Tujuan sambutan Hari Bumi adalah untuk menzahirkan rasa prihatin masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi menjamin kesejahteraan sejagat.



TINDAKAN JABATAN ALAM SEKITAR BAGI MENANGANI PERUBAHAN IKLIM

Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan, Jabatan Alam Sekitar telah merangka pelbagai program bagi mengawal pelepasan daripada punca-punca yang berpotensi untuk melepaskan pencemar udara khususnya pelepasan Gas Rumah Hijau (GHGs) terhadap punca-punca tetap (kilang-kilang) dan punca-punca bergerak (kenderaan bermotor) yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan secara berterusan bagi mengurangkan kesan perubahan iklim (climate change) adalah seperti berikut:

1) Mengawal dan menghapuskan penggunaan bahan penipisan lapisan ozon (ODS) mengikut komitmen Negara kepada Protokol Montreal;

2) Menetapkan standard pelepasan pencemar udara dari kenderaan bermotor;

3) Mengawal kualiti bahanapi (petrol dan diesel) yang digunakan oleh kenderaan dan industri;

4) Mengarahkan pihak industi memasang alat pengawasan pelepasan udara secara ‘Continuous  Emission Monitoring’ (CEMs) untuk membolehkan jabatan memantau pelepasan gas secara online;

5) Mengarahkan pihak industri memasang alat kawalan pencemaran udara yang berkesan;

6) Mengkaji semula Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 dengan menetapkan standard-standard pelepasan mengikut jenis industri dan jenis pencemar;

7) Menjalankan program pengawasan melalui rangkaian stesen-stesen pengawasan udara secara automatik (Continous Air Quality Monitoring-CAQM) dan stesen pengawasan secara manual di seluruh negara;

8) Memenuhi kehendak ’United Nations Framework Convention on Climate Change’ (UNFCCC) yang mana JAS telah dilantik sebagai urusetia Sub-Sub Kumpulan Kerja Inventori Buangan dalam penyediaan ’Second National Communication’ (NC2) dan juga ’Third National Communication’ (NC3) ;

9) Menyediakan Pelan Tindakan Udara Bersih; dan

10) Mempromosikan serta meningkatkan kesedaran pihak industri mengenai konsep Pengeluaran Bersih.



APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

· Sertai kempen Hari Bumi Sedunia 2013 di www.earthday.org/2013

· Menghentikan aktiviti pembakaran terbuka

· Menjalankan aktiviti kitar semula di sekolah, rumah dan tempat kerja. Sokonglah dan bantulah program kitar semula

· Menyertai program yang dianjurkan berkaitan penjagaan alam sekitar

· Sentiasa mengamalkan amalan mesra alam di rumah, sekolah, pejabat dan semasa membeli belah

· Menjimatkan penggunaan air, elektrik dan tenaga

· Rancang pembelian untuk mengelak daripada membeli barangan yang tidak perlu. Ia juga menjimatkan wang anda

· Menanam pokok bagi membantu menyerap gas karbon dioksida untuk mengurangkanKesan Rumah Hijau

Bersama-sama menjalankan tanggungjawab menjaga dan memelihara bumi yang kita sayangi dari tercemar dengan melaporkan sebarang perbuatan yang boleh mencemar alam sekitar kepada Jabatan Alam Sekitar. Tanggungjawab menjaga alam sekitar dan bumi khasnya adalah tanggungjawab semua kerana sekiranya bumi terancam dan alam sekitar tercemar, semua hidupan akan menerima kesannya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green