Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Bumi 2014 Peringkat Negeri Melaka pada 7 Mei, 2014 (Rabu) bertempat di Pusat Persatuan Pelajar, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.

Program ini adalah susulan dari Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Kerjasama Dua Hala Dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Dalam Penganjuran Program Kesedaran Alam Sekitar.
Selaras dengan tema Green Cities (rujuk entri : JOM! Hari Bumi 2014 ), Sambutan Hari Bumi 2014 diadakan di UTeM bagi menggalakkan gaya hidup lestari di kalangan warga IPT.
Antara objektif program adalah :
- Meningkatkan kesedaran akan perlunya warga UTeM dan komuniti IPT di negeri Melaka memelihara alam sekitar untuk kesejahteraan Bumi, tempat tinggal semua manusia.
- Memupuk semangat dan cintakan kepada alam semula jadi, serta memelihara dan memulihara Bumi kita.
- Kesinambungan Program Tanaman 1000 Pokok UTeM yang telah dilancarkan pada 2013 dengan menambah tumbuh-tumbuhan hijau bagi mencantikkan lanskap di sekitar kampus UTeM.
- Menubuhkan secara rasmi pusat Rakan Alam Sekitar (RAS) Melaka di UTeM dan pelantikan Kapten RAS serta mempromosi penjenamaan semula Rakan Alam Sekitar (RAS).
- Meningkatkan kerjasama di kalangan warga UTeM dan IPT sekitar Melaka.
Aturcara Program :
Mari kita bersama-sama memelihara dan memulihara bumi kita dari terus tercemar!!!!
~ Kami Mahu Gaya Hidup Lestari ~
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!