Majlis Sambutan Hari Bumi Tahun 2014 Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 7 Mei, 2014 bertempat di Pusat Persatuan Pelajar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar tadika, pelajar sekolah rendah dan warga IPT.
Objektif program dan aktiviti yang diadakan adalah seperti dalam entri Sambutan Hari Bumi Tahun 2014 Peringkat Negeri Melaka.
Pada 6 Mei, 2014 (Selasa), satu sesi wawancara di Melaka FM telah diadakan bersama YB Datuk Wira Md. Yunos Husin, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan wakil UTeM; Prof. Madya Juhari bin Ab. Razak. Slot ini dikendalikan oleh DJ Ros. Wawancara ini bertujuan untuk mewar-warkan program sambutan Hari Bumi 2014 Peringkat Negeri Melaka.
Pertandingan Fotografi
Pertandingan ini telah diadakan seminggu sebelum program dengan tema Kampus Lestari dan melibatkan penyertaan dari staf dan pelajar UTeM. 10 pemenang telah dipilih sebagai pemenang iaitu 3 hadiah utama dan 7 hadiah saguhati.
Proses Penilaian Oleh Juri
Tempat Pertama :Muhamad Asari Bin Abdul Rahim
Tempat Kedua :
Chua Kok Yau
Tempat Ketiga :
Muhamad Izzul Farhan Bin Zainuddin
Gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan Hari Bumi Tahun 2014 Peringkat Negeri Melaka
7 Mei, 2014 (Selasa) | Pusat Persatuan Pelajar, UTeM
Aktiviti Kitar Semula oleh SWM Environment Sdn. Bhd.
Program Kitar Semula Minyak Masak (Green Cafe)
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika
Pameran Pemenang Pertandingan Fotografi
Majlis Perasmian Sambutan Hari Bumi Tahun 2014
Penyerahan Watikah Kepada Kapten Rakan Alam Sekitar (RAS) UTeM
Cik Siti Nur Azwati Bt Abd Manap
Bacaan Ikrar Rakan Alam Sekitar
Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Mewarna, Pertandingan Insta Contest Earth Hour dan Pertandingan Fotografi
Penyampaian Cenderahati
~Kami Mahu Gaya Hidup Lestari~
Salah satu aktiviti untuk mempromosikan Melaka sebagai Green City.
ReplyDelete