Logo RAS - New

Logo RAS - New

October 25, 2010

GENERASI MUDA PERLU DIDEDAH KEPENTINGAN JAGA ALAM SEKITAR


4 Oktober, golongan muda di negeri ini perlu diberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dalam usaha mendidik golongan muda untuk mencintai alam sekitar.

Program-program yang menjurus kepada penjagaan alam sekitar, gotong-royong, keceriaan perlu diadakan bagi menarik minat golongan muda khususnya penuntut-penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk turut serta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Ismail Othman berkata program seumpama itu perlu diperbanyakkan agar dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk turut serta.

“Saya selaku ADUN kawasan mahu golongan muda diberi pendedahan mengenai kepentingan memelihara alam sekitar. Misalnya ramai di antara kita tidak menyedari kepentingan pokok bakau dalam memelihara ekosistem alam sekitar, selain itu ia mempunyai nilai komersil dari segi arang kayu Pokok Bakau,” kata Ismail semasa berucap di Program Penanaman Pokok Bakau sempena Program Perkampungan Tautan Siswa (PENTAS) 2010 anjuran Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan.

Beliau menjelaskan, pokok bakau juga berperanan menjadi pelindung dari bencana ribut akar dan tempat pembiakan pokok bakau menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan dan haiwan lain.

“Bertitik tolak dari ini, saya mahukan lebih banyak aktiviti berasaskan kepentingan memelihara alam sekitar dapat dianjurkan kerana saya tidak mahu disebabkan kerakusan manusia banyak hutan ditebang dan diteroka sewenang-wenangnya,” katanya.

Program Penanaman Pokok Bakau itu mendapat kerjasama dari Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Sebanyak 1,000 batang Pokok Bakau ditanam di Fort Supai, disini.

Turut hadir, Pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah, Dzulkarnain Goh Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK) Kampung Kuala Linggi, Muhammad Musa dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Bukit Darat, Noordin Ambon.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green