Logo RAS - New

Logo RAS - New

October 29, 2010

TEKNOLOGI HIJAU TIADA PEMBIAYA



Keengganan pihak bank menyalurkan pembiayaan kewangan menyebabkan penggunaan teknologi hijau di Negara ini bergerak perlahan.


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, meskipun projek-projek ke arah teknologi hijau telah diterapkan di Negara lain sejak bertahun lalu tetapi institusi kewangan tempatan masih menganggap ia sebagai baru dan sangsi untuk menyalurkan pembiayaan.


“Keadaan ini menyukarkan usaha pelabur terutama untuk mendapatkan pembiayaan kewangan dalam sektor ini sehingga menyebabkan pembangunan teknologi hijau lambat dilaksanakan.


“Pihak institusi kewangan ketika ini hanya mengambil langkah menunggu dan lihat daripada mengambil risiko, bukannya bertindak sebagai penggerak utama dalam menjayakan penerapan teknologi hijau di Malaysia,” katanya dalam ucapan sempena Jelajah Teknologi Hijau 2010 di sini hari ini.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya, Noriah Kasnon.


Jelajah selama sehari tersebut yang membincangkan Sembilan kertas kerja dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Ketua Pegawai Operasi, Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), Ahmad Zairin Ismail.


Peter menegaskan, kerajaan bagaimanapun sentiasa berusaha mengatasi kekangan tersebut dengan dengan pelbagai inisiatif termasuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan dana permulaan sebanyak RM 1.5 bilion.


“Oleh itu, kerajaan mengamanahkan MGTC dalam menguruskan dana berkenaan yang bertujuan menarik minat pihak swasta untuk menyertai perniagaan dan industry teknologi hijau.


“Sehingga kini, MGTC member pensijilan projek hijau kepada 55 projek daripada 71 permohonan yang diterima.


“Bagaimanapun, Sembilan projek daripada 55 projek ditawarkan pembiayaan manakala selebihnya masih mengharapkan mana-mana institusi kewangan menyalurkan pembiayaan,” jelasnya.


Tambahnya, institusi perbankan dan perniagaan seharusnya mengambil peluang menerusi skim itu dalam mengenal pasti peluang dan potensi baru dalam teknologi hijau yang sekali gus membantu mewujudkan masa depan mapan.


“Ini kerana, secara keseluruhannya skim ini dijangka member manfaat kepada 140 syarikat menjelang akhir 2012,”katanya.


Utusan Malaysia/Jumaat/1 Oktober2010

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green