Logo RAS - New

Logo RAS - New

March 24, 2011

RAPTOR WATCH 2011



Program ini merupakan program tahunan oleh Malaysia Nature Society (MNS). Program Ini juga dikenali sebagai ‘Acara Pemerhatian Burung Helang’ yang dibuat setiap tahun. Tahun 2011 merupakan tahun ke -12 acara ini dilaksanakan.

Raptor Watch adalah acara pemerhatian terhadap penghijrahan pulang burung-burung pemangsa ke tempat asal mereka iaitu di utara hemisphere. Penghijrahan burung-burung pemangsa ini sebenarnya bermula dari pertengahan bulan Februari hingga pertengahan bulan April setiap tahun.

Beribu-ribu burung helang (terdiri daripada eagles, hawks dan buzzards land) akan melalui dan singgah berehat di Tanjung Tuan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Siberia, China, Mongolia, Korea, Japan, India dan Indochina apabila musim sejuk tamat.

Pada 2010, sebanyak 73,000 burung pemangsa direkodkan oleh para sukarelawan yang bertugas lokasi Raptor Watch. Tiada data saintifik bagi jumlah bilangan burung yang melalui dan singgah berehat di Tanjung Tuan setiap tahun. Ini kerana ia bergantung kepada alam semulajadi iaitu dipengaruhi oleh pergerakkan arah angin, jerebu dan juga hujan semasa.

Waktu paling sesuai melihat pergerakkan burung pemangsa adalah di antara jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Paling lewat waktu burung direkodkan adalah pada jam 6.00 petang.

Burung-burung pemangsa ini memerlukan suhu panas (thermal) iaitu udara panas yang terhasil apabila tanah besar dipanaskan oleh matahari. Dengan thermal yang terhasil, burung-burung pemangsa tidak perlu menggunakan tenaga sendiri bagi terbang bebas diudara apabila sayap dibuka. Selain itu udara panas ini yang akan menjadi panduan mereka pulang kembali ke tempat asal mereka di bahagian Utara.

Tanjung Tuan merupakan Hujan Simpan dimana terletaknya rumah api tertua. Tanjung Tuan juga dikenali sebagai “Teluk Biru”.

Tanjung Tuan adalah tanjung yang berhadapan dengan tanah besar Kepulauan Sumatera, Indonesia. Ia juga merupakan Hutan Pantai di barat Semenanjung Malysia yang telah diwartakan Hutan Simpan, Simpanan Hidupan Liar, kawasan larangan menangkap ikan dan tapak bersejarah.

Tanjung Tuan merupakan tapak burung-burung terpenting oleh Birdlife International, National Geographic Society dan Hawkmountain. Tanjung Tuan menjadi tempat persingahan burung pemangsa apabila merentasi Selat Melaka kerana ia membekalkan makanan dan sebagai tempat berehat kepada burung-burung pemangsa ini sebelum pulang ke Utara. Tanpa keadaan semulajadi Tanjung Tuan, burung-burung pemangsa ini tidak dapat pulang ke tempat asal mereka.

Pemuliharaan Tanjung Tuan adalah penting bagi kehidupan marin dan kehidupan hutan. Tanjung Tuan juga merupakan Hutan Hijau Dara Tertua dimana Pokok Hutan Tropika Tanah Rendah boleh ditemui. Selain itu, kawasan perairannya kaya dengan hidupan batu karang dan rumpai laut yang cantik hingga menarik ikan-ikan dan penyu (Green Turtle). Tanjung Tuan juga direkodkan sebagai tempat pendaratan penyu untuk bertelur.

BADAN SOKONGAN

Raptor Watch ini mendapat sokongan daripada;

i. Malaysian Associations of Hotels Negeri Sembilan Chapter (MAH)

ii. Kerajaan Negeri Melaka;

iii. Kerajaan Negeri Sembilan;

iv. Majlis Perbandaran Port Dickson;

v. Jabatan Hutan Negeri Melaka;

vi. Jabatan Perhilitan Negeri Melaka;

vii. Majlis Perbandaran Alor Gajah;

viii. Jabatan Hutan Malaysia;

ix. Jabatan Perhilitan Malaysia;

x. Mobition;

xi. Birdlife International;

xii. Carrefour Malaysia;

xiii. The Body Shop;

xiv. Minox Germany;

xv. Schmidt Marketing;

xvi. Kementerian Perlancongan Malaysia; dan

xvii. PNB Ilham Resort;


Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web ini http://www.raptorwatch.org/


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green