Logo RAS - New

Logo RAS - New

June 3, 2014

Mari Meriahkan Hari Alam Sekitar Sedunia 2014!


Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun dan disambut di
seluruh dunia bagi menggalakkan kesedaran dan tindakan mengenai alam sekitar di kalangan masyarakat. Ia juga menjadikan hari tersebut sebagai `hari untuk orang awam’ melakukan sesuatu yang positif terhadap alam sekitar.

Pada tahun ini, slogan bagi Hari Alam Sekitar Sedunia ialah 
Raise Your Voice, Not the Sea Level.

Rujuk World Environment Day untuk maklumat lanjut aktiviti-aktiviti yang dijalankan seluruh dunia.

Bagi bersama-sama meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2014 ini, Jabatan Alam Sekitar Malaysia akan menganjurkan `Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar Sebagai Nadi Penggerak Komuniti Lestari' pada 5 Jun 2014 bertempat di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.




Anda semua dijemput untuk bersama-sama dalam aktiviti-aktiviti menarik pada 5 Jun ini!

  • Penyerahan Borang Keahlian Rakan Alam Sekitar oleh Komuniti Teluk Kemang
  • Pelancaran Pusat Rakan Alam Sekitar (RAS) 1 Malaysia (PR1SMA)
  • Penyerahan Watikah Kapten Rakan Alam Sekitar (RAS) Peringkat Kawasan Parlimen








ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN MENDAFTAR SEBAGAI RAKAN ALAM SEKITAR!


~Kami Mahu Gaya Hidup Lestari~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green