Logo RAS - New

Logo RAS - New

September 24, 2010

KE ARAH MASA DEPAN YANG HIJAU




Malaysia merupakan Negara membangun telah berkembang dengan pesat. Namun begitu, kepesatan tersebut tidak seiring dengan sikap para pengguna terhadap alam sekitar. Sedangkan salah satu hak pengguna ialah hak untuk mendapat persekitaran yang sihat.
Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang sihat kepada kita? Sebagai pengguna, kita perlu mempraktikkan penggunaan lestari untuk mendapatkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan lestari? Penggunaan lestari ialah penggunaan perkhidmatan atau produk bagi memenuhi keperluan asas dan membolehkan kita menjalani kualiti hidup yang baik. Dalam masa yang sama dapat mengurangkan penggunaan sumber asli serta bahan-bahan toksik dan pelepasan sisa serta bahan-bahan pencemar sepanjang kitar hayat supaya tidak menjejaskan keperluan masa depan generasi akan datang-Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Produk dan perkhidmatan pengguna boleh memberikan kesan kepada alam sekitar sama ada sebelum atau selepas kita membeli dan menggunakannya. Merancang pembelian dan mengubah corak penggunaan akan membantu untuk memelihara alam sekitar. Jika kita membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan plastic, salah satu masalah besar di tapak pelupusan sampah dapat diatasi. Tetapi ini sukar untuk dilakukan kerana ketiadaan bahan ganti dalam pasaran ataupun perubahan tabiat pengguna.
Oleh itu, kita memerlukan satu mekanisme, iaitu Mekanisme CIG. Perkongsian antara pengguna(C)-Industri(I)-Kerajaan(G) adalah mekanisme yang sangat penting.

Kerajaan memainkan peranannya dalam melaksanakan undang-undang dan member pendidikan secara berterusan. Pelaksanaan undang-undang dan pendidikan yang berkesan ini dapat mewujudkan kesedaran dan etika dalam kalangan industri dan pengguna. Sektor industri pula perlu mengambil tanggungjawab dengan memastikan prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan dipatuhi untuk memastikan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan bersifat mesra alam. Pengguna juga dapat manfaat daripada tindakan oleh kerajaan dan industry. Ini merupakan perkongsian bijak.

Pada masa akan datang, isu-isu berkaitan alam sekitar merupakan cabaran penting untuk ditempuhi. Bagaimana kita sebagai pengguna dapat mengatasi cabaran ini? Sebenarnya kita boleh memainkan peranan bagi menyelamatkan bumi dengan melakukan perkara-perkara berikut:

1.Bawa beg sendiri apabila membeli belah. Beg plastik tidak mesra alam dan tidak boleh terbiodegradasi.

2.Menunggang basikal atau berjalan kaki apabila pergi ke sesuatu tempat atau kedai yang berdekatan. Ini merupakan amalan 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.

3.Tutup televisyen, stereo dan computer apabila tidak digunakan kerana peralatan ini menggunakan di antara 10% hingga 60% sumber tenaga. Ini boleh menyumbang kepada pemanasan global.

4.Membawa bekalan ke tempat kerja atau sekolah. Makanan ini lebih menyihatkan dan menjimatkan.

5.Kumpulkan kertas yang digunakan di rumah dan bawa ke pusat kitar semula. Mengitar semula produk berasaskan kayu dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok setahun.

6.Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tumbuh-tumbuhan tertentu di kebun anda, seperti pudina dan selasih yang boleh menghalau serangga perosak.

7.Gunakan lampu jenis kalimantang. Lampu jenis ini menggunakan ¼ tenaga elektrik dan empat kali lebih tahan lama berbanding mentol lampu biasa.

8.Sebelum membuka peti sejuk, tentukan terlebih dahulu barang yang ingin diambil. Membuka peti sejuk dengan kerap boleh merugikan tenaga elektrik dan menyebabkan bil elektrik meningkat.

9.Elakkan daripada menggunakan bahan berasaskan stirofom. Bahan ini tidak boleh terbiodegradasi dan boleh merosakkan lapisan ozon.

10.Jadilah sukarelawan projek penghijauan di kawasan anda. Adakan atau sertai program alam sekitar di tempat anda.

11.Kongsi maklumat dan panduan yang dipelajari tentang penggunaan lestari dengan keluarga dan rakan-rakan.

12.Anda boleh mendinginkan ruangan dalam rumah dengan mudah. Gunakan pembidai atau langsir berwarna putih bagi mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa boleh menyumbang kepada pemanasan global.

13.Beli tanaman keluaran tempatan. Ia bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga dapat menampung kehidupan petani tempatan.

14.Kurangkan pembuangan sampah. Jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan kertas, cawan plastic atau kertas tisu.

15.Menjimatkan penggunaan air turut menjimatkan tenaga elektrik kerana proses membekalkan air dan menyaring sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

16.Gunakan kaedah penanaman secara semula jadi di kebun. Penggunaan baja kompos organik dapat menyuburkan tanah untuk bercucuk tanam.

Mengapa penggunaan lestari sangat penting? Mengapakah kita perlu bersikap prihatin, kepada isu alam sekitar? Hakikatnya, kita hanya mempunyai dunia ini sahaja untuk hidup. Kita perlu memeliharanya untuk kehidupan generasi akan datang. Mulakan hidup yang hijau pada tahun baru ini. Mengubah tabiat memanglah sukar, tetapi ingatlah masa depan anak-anak kita. Perlindungan terbaik adalah perlindungan diri sendiri.-oleh Piarapakaran Subramaniam, Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)

(Dari akhbar Berita Harian/Jumaat/4Jun2010)

September 23, 2010

PEMANASAN GLOBAL CETUS BENCANA


(Pakar PBB dakwa banjir landa Pakistan, China terburuk dalam sejarah)
London: Pakar peruabahan iklim berkata, fenomena pemanasan global kemungkinan menjadi punca tercetusnya banjir besar di Pakistan, kebakaran hutan di Russia dan tanah runtuh di China sekarang.
Hampir 14 juta orang terjejas oleh banjir di Pakistan menjadikan bencana itu lebih buruk daripada kejadian tsunami 2004 dan gempa bumi di Kashmir dan Haiti.
Bencana banjir terbaru itu yang dianggap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terburuk dalam sejarah terdekat, disebabkan oleh kehadiran ‘supercharged jet stream’ atau gelungan besar angin kencang yang juga dikatakan menjadi punca banjir di China dan cuaca panas berpanjangan di Russia yang menyebabkan kebakaran hutan.
Pakar PBB dari beberapa unversiti di seluruh dunia berkata, fenomena cuaca ekstrem dialami sekarang membuktikan kesan pemanasan global semakin dirasai.
Jean-Pascal van Ypersele, naib presiden IPCC, badan PBB yang ditugaskan untuk memantau pemanasan global, berkata cuaca ekstrem itu adalah konsisten dengan perubahan iklim yang dibawa oleh aktiviti manusia.
“cuaca ekstrem dialami sekarang terus dicetus dan diburukkan lagi oleh fenomena pencemaran rumah hijau yang terhasil daripada aktiviti manusia” katanya.
PBB berkata, banjir melanda Pakistan sekarang adalah krisis kemanusiaan terburuk sejak beberapa tahun lalu dengan 13.8 juta orang terjejas dan 1600 orang terkorban setakat ini.
Banjir dan tanah runtuh yang melanda China sejak tiga hari lalu sudah menyebabkan 702 orang terkorban dan lebih 1000 orang dilaporkan hilang, di samping menyebabkan kerosakan berbilion dolar di 28 wilayah. Di Russia, rumah mayat hamper penuh di Moscow ketika Negara itu dilanda kebakaran hutan yang dicetuskan cuaca terburuk sejak 130 tahun lalu. Ketua pemantauan iklim di Pejabat Meteorologi Britain, Dr Peter Stott, berkata hampir mustahil untuk menyatakan fenomena cuaca ekstrem dialami semata-mata disebabkan pemanasan global.
Namun beliau berkata, wujud bukti jelas peningkatan kekerapan fenomena cuaca ekstrm berikutan pemanasan global. Dr Stott berkata, pemanasan global dikatakan menjadi punca kepada fenomena cuaca ekstrem kerana apabila atmosfera lebih panas ia mempunyai keupayaan untuk menampung lebih banyak air dan berikutan itu mencetuskan hujan lebat dan banjir yang lebih teruk seperti di Pakistan dan China.
(Dari Akhbar Berita Harian/Khamis/12ogos2010)

August 30, 2010

Teknik Kejuruteraan Geo: Pembenihan Ferum Untuk Membendung Kesan Pemanasan Global

Mengurangkan pembebasan karbon tidak akan banyak membantu dalam usaha untuk menangani pemanasan global. Ahli sains yang mengkaji tentang sejarah dan ramalan masa depan terhadap kesan perubahan iklim telah menemui satu kaedah pembenihan ferum di lautan untuk membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. Kebanyakan pakar bersetuju mengatakan inisiatif berkesan untuk mengurangkan kesan negatif pemanasan global ialah dengan memindahkan gas rumah hijau itu secara terus dari atmosfera. Cara yang paling berpotensi untuk diimplementasi ialah dengan menggunakan tumbuhan yang mampu menyerap karbon dioksida dalam kuantiti yang signifikan iaitu phytoplankton. Kaedah pembenihan ferum pula adalah sebagai factor penggalak bagi membolehkan pertumbuhan phytoplankton dengan pesat.
Bagi sesetengah usahawan, laut yang bergelora dan berais di antara Australia dan Antartika boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui proses kejuruteraan semulajadi untuk penghasilan kredit karbon yang bernilai jutaan ringgit. Sekumpulan penyelidik telah memulakan pelayaran dari Cape Town pada 7 Januari 2009 dan mengambil masa selama dua setengah bulan untuk menjalankan ujikaji yang melibatkan kaedah pembenihan ferum dengan pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi.

Ujikaji Yang Dijalankan
Ujikaji tersebut melibatkan ‘pembajaan’ satu kawasan laut dengan keluasan 300m2 dengan penggunaan enam tan larutan ferum/besi. Seperti dijangkakan, ia telah menggalakkan pertumbuhan algae plankton atau phytoplankton yang secara prinsipnya mampu menyerap kuantiti karbon dioksida di atmosfera yang menjadi penyumbang utama kepada pemanasan global.

Penilaian Kritikal
Walaubagaimanapun, para saintis daripada National Institute of Oceanography (NIO), India dan Alfred Wegener Institute (AWI), Germany berpendapat bahawa ujikaji yang dijalankan tidak mengambil kira aspek phytoplankton yang dimakan oleh zooplankton yang kecil yang mungkin akan mempengaruhi proses ujikaji. Ia turut dikuatiri akan keberkesanannya dalam jangka masa panjang kerana kaedah ini masih belum benar-benar terbukti dan mempunyai risiko yang akan menggangu rantai makanan hidupan laut.

Rujukan:
New Sunday Times. Carbon Sink That Fell Through. March 29, 2009.
ACE CRC, Wetlands International, Centre for International Forestry Research.

August 27, 2010

Penyelesaian Eko Untuk Masa Depan

Pengakhiran lampu yang mempunyai tahap keberkesanan rendah
Sebagai langkah untuk menghalang penyebaran karbon secara berleluasa dan menjimatkan penggunaan tenaga, Kesatuan Eropah telah menggubal undang-undang baru untuk mengharamkan penggunaan lampu yang mempunyai tahap keberkesanan yang rendah menjelang tahun 2012. Fasa pertama pelaksanaannya akan bermula pada September 2009 apabila lampu yang mempunyai hasil pengeluaran lebih daripada 100 watt perlu memiliki kelas keberkesanan sekurang-kurangnya pada tahap C- suatu keperluan di mana pencahayaan lampu pada tahap ini tidak akan mampu dicapai. Peraturan ini akan terus diimplementasikan mengikut fasa-fasa tertentu sehingga kesemua jenis lampu mempunyai sekurang-kurangnya klasifikasi tahap C. Berdasarkan penerangan teknikal Kesatuan Eropah berkaitan dengan peraturan tersebut, pencahayaan mewakili 1/5 daripada pengguna elektrik sebuah rumah. (Ruj: Environmental Health Perspectives 117(2): Feb 2009)

Kesan karbon biofuel: Bolehkah kesannya dikurangkan tepat pada masanya?
Kenderaan mewakili 27% penyebaran CO2, gas rumah hijau yang merupakan paling utama. Biofuel telah dianggap sebagai penyelesaian mudah bagi masalah pencemaran karbon. Dengan ini, dua kajian baru telah menunjukan bahawa penghasilan biofuel turut membebaskan lebih banyak karbon berbanding minyak itu sendiri. (Ruj: Environmental Health Perspectives 116(6): June 2008)




Pemilihan tanaman untuk pengurangkan pemanasan global
Berbanding dengan tumbuhan semulajadi, tanaman pertanian lebih banyak memantulkan cahaya matahari ke udara. Laporan Current Biology pada 27 Januari 2009 menyatakan bahawa pemilihan tanaman yang mampu memantulkan cahaya matahari dengan lebih baik boleh mengurangkan suhu musim panas sekurang-kurangnya sebanyak 10C sepanjang Selatan Amerika dan Eurasia. Pengarangnya menganggarkan pengurangan suhu tersebut akan menyemai sekitar 20% peningkatan haba yang dianjurkan berlaku pada benua tersebut menjelang 2100. Para penyelidik percaya dengan langkah ini, kos yang rendah mampu mengurangkan kesan pemanasan yang akan berlaku dan seterusnya memungkinkan penghasilan dan penggunaan tumbuhan yang mampu memberi kesan pemantulan cahaya yang lebih berkesan. (Ruj: Environmental Health Perspectives 117(3): March 2009)



Sumber tenaga di udara
Pasukan penyelidik seluruh dunia sedang menjalankan kajian untuk menjana sumber tenaga daripada pergerakan udara/angin di altitude tinggi yang dikenalpasti memiliki potensi simpanan tenaga yang lebih tinggi berbanding angin di altitud rendah yang biasa dijana melalui turbin. Pada bulan Ogos 2008, bukti ujikaji konsep terbabit telah dijalankan di Universiti Teknologi Deft di mana para penyelidik menerbangkan sebuah layang-layang pada ketinggian 10m2 dan Berjaya menjana tenaga elektrik untuk kegunaan 10 buah rumah. Mereka percaya versi ‘laddermill’ yang lengkap mampu menjana tenaga untuk 100,000 buah rumah. Barat Laut Eropah secara geografinya dilihat sebagai kawasan paling strategic untuk tujuan tersebut. (Ruj: Environmental Health Perspectives 116(11): Nov 2008)



Peralatan perladangan mesra alam
Lembah San Joaquin di California yang terkenal dengan penanaman anggur, tomato dan oren turut terdedah kepada kabut dan ground-level ozone yang terhasil daripada penggunaan peralatan yang digunakan untuk mengerjakan tanah dan ditambah lagi dengan keadaan semulajadi topografi kawasan. Namun, pada masa sekarang para peladang boleh bersama-sama memainkan peranan untuk menjaga kebersihan udara dengan penggunaan mesin mesra alam yang mampun meningkatkan keberkesanan dan menggunakan sumber tenaga yang lebih bersih.
Jentera Optimizer di cipta oleh Kevin McDonald, Presiden Syarikat Tillage International. Ia menawarkan suatu cara pertanian yang lebih efisien. Pembajak pelbagai fungsi ini mempunyai dua jenis model dan mampu melakukan semua fungsi pembajakan, penanaman dan meracun dalam satu proses. Peladang yang suatu ketika dahulu terpaksa melakukan kerja perladangan dengan beberapa pusingan kini boleh melakukannya dalam masa satu atau dua pusingan sahaja dan sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga.
(Ruj: Environmental Health Perspectives 113(9): Sept 2005)

August 19, 2010

Metil-merkuri di lautan Pasifik Utara


Merkuri yang dibebaskan oleh stesen janakuasa arang batu di Negara Asia di bawa oleh arus air laut ke Lautan Pasifik Utara telah menyebabkan kepekatan merkuri di kawasan tersebut meningkat.

Sepasukan penyelidik yang diketuai oleh Sunderland, seorang saintis terkenal, telah mengukur kepekatan merkuri di 16 lokasi di antara Hawaii dan Alaska. Hasil penemuan mereka telah dapat menjawab persoalan kenapa tahap kepekatan merkuri di Lautan Pasifik Timur Utara meningkat walaupun tiada sumber merkuri yang berdekatan di kawasan tersebut. Penyelidik tersebut turut meramalkan bahawa kandungan merkuri di Pasifik Utara akan bertambah dua kali ganda pada tahun 2050, sekiranya pelepasan antropogenik (termasuk dari kawasan Asia) berterusan. Hasil kajian ini telah dilaporkan di dalam Flobal Biogeochemical Cycles keluaran 1 Mei 2009, yang merupakan dokumen pertama yang menerangkan formasi metal-merkuri di Lautan Pasifik.

Sebanyak 24% pencemaran merkuri dalam makanan penduduk Amerika Syarikat berasal daripada ikan tuna di Lautan Pasifik. Metal-merkuri terhasil apabila bacteria di dalam air menguraikan alga yang mengandungi unsure merkuri. Ikan kecil memakan organism yang mengandungi metil-merkuri dan bahan pencemar ini disimpan di dalam tubuh. Ikan besar yang memakan ikan kecil seterusnya akan mengumpulkan bahan pencemar tersebut. Semakin lama ikan besar ini hidup, semakin banyak pula merkuri di simpan hasil daripada memakan ikan kecil yang dicemari merkuri. Ikan besar yang umumnya pemangsa seperti ikan tuna, todak dan king mackerel cenderung mengumpul metil-merkuri di dalam badan melalui rantai makanan. Proses ini dikenali sebagai biomagnifikasi. Metil-merkuri boleh menjejaskan pembesaran kanak-kanak dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular bagi orang dewasa.

Sampel air yang diambil menunjukkan bahawa peningkatan pencemaran metil-merkuri berlaku pada kedalaman 200-700 meter (kedalaman sederhana). Tahap pencemaran merkuri di kawasan ini meningkat sebanyak 30% sejak tahun 1996. Tiada peningkatan pencemaran berlaku pada permukaan laut atau laut dalam. Pada kawasan kedalaman sederhana ini juga terdapat banyak sepsis besar ikan tuna. Sebelum penemuan ini, saintis berpendapat bahawa merkuri yang hadir di lautan berpunca daripada pemendapan atmosfera atau gunung berapi di bawah laut. Walau bagaimanapun pendapat ini boleh disangkal kerana hanya sedikit merkuri di dapati di permukaan laut dan laut dalam. Sekumpulan saintis Perancis turut melaporkan hasil kajian yang serupa di laut Mediterranean (Limnology and Oceanography, keluaran Mei 2009).

Hasil kajian Sunderland menjejaskan bagaimana ikan air laut dalam (deep sea fish) mengandungi merkuri yang tinggi walaupun tiada sumeber merkuri yang berdekatan. Pemantauan oleh Program Pengawasan Ikan Alaska mendapati bahawa kepekatan merkuri dalam ikan halibut yang ditangkap di laut Bering meningkat sebanyak 150% berbanding dengan tahap kandungan merkuri pada tahun 1976. Namun begitu, ikan halibut yang ditangkap di kawasan Timur Selatan Teluk Alaska menunjukkan peningkatan yang sedikit. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pemendapan atmosfera daripada stesen janakuasa arang batu di Negara Asia serta pengangkutan jarak jauh oleh arus air laut. Model Sunderland menunjukkan bahawa arus air laut Asia menghala ke timur utara merentasi Laut Bering, tanpa melalui Teluk Alaska.


Rujukan: Environmental Health Perspectives 2009, 117(8):A834

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green