Logo RAS - New

Logo RAS - New

June 24, 2014

Program Chemical Engineering - Education & Technology Transfer

Tarikh Program : 16-18 Jun, 2014

Tempat : Kg. Sungai Rambai


Program Chemical Engineering - Education & Technology Transfer ini adalah anjuran pelajar Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang bertujuan untuk berkongsi teknologi mesra alam kepada masyarakat . Peserta dibahagikan kepada beberapa keluarga di sekitar Kg. Sg. Rambai bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan seharian di kampung.

Selaras dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2014, Jabatan Alam Sekitar telah melancarkan Rakan Alam Sekitar Sebagai Nadi Penggerak Komuniti Lestari yang memberi fokus kepada peranan komuniti ke arah kelestarian dan keharmonian alam sekitar ini. Sehubungan dengan itu, program ini adalah bertepatan dengan konsep komuniti lestari.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah : 

Majlis Perasmian Program 


  

Tetamu yang hadir

Ucapan dari Pengarah Program

Ucapan dari Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka

Ucapan dari Pengerusi JKKK

Ucapan Perasmian dari Setiausaha JAPERUN Sungai Rambai
 

Gimik Perasmian


 Sesi Menandatangani Bunting Program

 Tayangan Video Program dan Penjenamaan Semula Rakan Alam Sekitar



Penyampaian Cenderamata kepada tetamu


Demonstrasi Keajaiban Sains






Demonstrasi Membuat Kompos dan EM


Sebagai langkah berjimat dan dalam masa yang sama dapat menjaga alam sekitar, kompos dan EM boleh digunakan. Kompos boleh digunakan sebagai baja dan lebih mesra alam kerana menggunakan sisa makanan.






Sesi Penerangan Cara Membuat Kompos dan EM

Terima kasih kepada pelajar-pelajar UTM atas komitmen dalam menjalankan program ini. Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa menyokong usaha ke arah kelestarian alam ini.


~Kami Mahu Gaya Hidup Lestari~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green