Logo RAS - New

Logo RAS - New

October 6, 2009

Henti import bahan pemusnah ozon

ROSNANI (dua dari kiri) bersama Nur Saidah Nor Mohamad (kanan), N. Jainthy dan Cheong Lin Lin (kiri) membincangkan sesuatu pada majlis sambutan Hari Ozon Antarabangsa 2009 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Mulai 1 Januari 2010, Malaysia memutuskan untuk tidak lagi mengimport bahan pemusnah ozon (ODS) seperti kloro fluoro karbon (CFC), halon dan karbon tetraklorida.

Bahan-bahan ODS itu lazimnya digunakan untuk alat pendingin hawa, peti sejuk, penyembur rambut dan alat pemadam api.

Ketika mengumumkannya, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, pendekatan itu adalah selaras dengan komitmen negara terhadap Protokol Montreal.

Menurutnya, Protokol Montreal yang disertai oleh 196 negara itu merupakan satu perjanjian untuk mengawal pengeluaran dan penggunaan ODS bagi membantu mengurangkan masalah pemanasan global dan perubahan iklim dunia.

"Bagi bahan hidroklorofluorokarbon (HCFC), pengawalan penggunaannya akan dimulakan pada tahun 2015 dengan pengurangan sebanyak 10 peratus daripada had pembekuan pada tahun 2013 sebelum diberhentikan pengimportannya pada Januari 2030," katanya pada majlis sambutan Hari Ozon Antarabangsa 2009 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Rosnani Ibarahim.

KOSMO 06.10.2009

1 comment:

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green