Logo RAS - New

Logo RAS - New

October 6, 2009

Satu tan barang kitar semula dikumpul

PASIR GUDANG: Lebih satu tan barangan kitar semula berjaya dikumpul sepanjang sehari Program Rakan Alam Sekitar peringkat Parlimen Pasir Gudang yang diadakan di Taman Air Biru di sini.

Semua barangan berkenaan hasil sumbangan penduduk sekitar Taman Air Biru dan Rumah Pangsa Air Biru termasuk komputer lama, telefon bimbit, komputer riba dan barangan elektrik.

Pengerusi Program Rakan Alam Sekitar Taman Air Biru, Ismail Yahya, berkata sambutan orang ramai terhadap program kitar semula amat menggalakkan.


Katanya, selepas program berakhir, masih terdapat beberapa penduduk sekitar Taman Air Biru yang menyatakan minat untuk menyumbang barangan untuk dikitar semula.

"Pihak kami masih menerima lagi bahan untuk dikitar semula sebelum dihantar ke Jabatan Alam Sekitar (JAS) Daerah Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya. Ini satu perkembangan baik dan perlu ditanam dalam diri setiap penduduk di sini terutama kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

"Program yang diadakan amat berguna dan bermanfaat kepada penduduk di sini kerana mereka didedahkan dengan banyak maklumat mengenai cara untuk kitar semula barangan yang sukar untuk dilupuskan," katanya.

Pengerusi Program Kitar Semula Peringkat Zon Taman Air Biru, Abdul Rahim Latif berharap program berkenaan akan diadakan setiap tahun untuk mendidik orang ramai supaya lebih peka terhadap program kitar semula yang dianjurkan JAS.

Abdul Rahim berkata, sebelum ini, program seumpama itu jarang diadakan di kawasan Taman Air Biru menyebabkan penduduk agak sukar untuk menyerahkan barangan untuk dilupuskan bagi tujuan kitar semula.

Beliau berharap kesedaran turut disampaikan kepada pelajar sekolah kerana golongan itu yang kerap terdedah kepada maklumat berkaitan kitar semula barangan.

Berita Harian 06.10.2009

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green