Matlamat utama ialah menjadikan orang ramai sebagai mata dan telinga jabatan dalam membanteras masalah alam sekitar dengan konsep "community base" dan "hands on". Di samping itu juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar tidak kira apa jua latar belakang. Marilah kita perjuangkan kelestarian alam sekitar untuk keharmonian generasi akan datang.
July 21, 2009
Bahaya Elektronik Waste (e-Waste)
E-waste adalah sebutan bagi kategori sampah yang berasal dari barang-barang elektronik misalnya komputer, monitor ataupun television. Ternyata barang-barang elektronik bekas tersebut mengandung zat-zat berbahaya yang boleh menimbulkan berbagai penyakit terutama kanser bagi manusia.
Berikut merupakan zat-zat berbahaya yang berada di dalam e-waste
1. Timah
suatu racun saraf, juga membahayakan ginjal dan sistem reproduksi. Bahkan paparan timah kadar rendah sekalipun dapat merosak perkembangan mental anak.
2. PVC
jika dibakar jadi abu menghasilkan dioksin yang sangat beracun
3. Bromin
menyebabkan kerosakan tiroid & mengganggu perkembangan janin
4. Barium
menyebabkan gangguan usus, kelemahan otot, kesulitan bernafas, kenaikan ataupun penurunan tekanan darah.
5. kromium
menghirup bentuk heksavalen dari kromium dapat merosak hati dan ginjal, meningkatkan risiko kanser paru-paru, serta mneyebabkan bronkitis asma.
6. merkuri
merosak otak dan ginjal, berbahaya bagi perkembangan janin dan bisa berpindah melalui air susu ibu.
7. Berilium
merupakan karsinogen dan debunya dapat menyebabkan penyakit paru-paru.
8. Kadmium
paparan jangka panjang dari karsinogen ini dapat merosak ginjal dan tulang.
Sekarang anda sudah tahu bahaya dari e-waste, oleh kerana itu jika anda mempunyai barang-barang elektronik yang sudah usang jangan dibiarkan saja bahkan terletak di luar rumah terkena hujan ataupun panas, kerana zat-zat berbahaya dari e-waste dapat terpapar melalui air, tanah ataupun udara. Sebaiknya jika ada program tukar tambah barang bekas elektronik segeralah mengikutinya agar barang elektronik usang milik Anda dapat ditangani oleh pihak yang lebih berkompeten.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kat jb xder arr mende2 suma ni !!!
ReplyDelete