Logo RAS - New

Logo RAS - New

July 10, 2009

Soalan Lazim Tentang Jabatan Alam sekitar

1. Apakah ada cara lain untuk saya membuat aduan selain daripada membuat aduan secara atas talian?

Anda bolehlah membuat aduan terus kepada:

Ministry of Natural Resources and Environment
Level 1 - 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Precint 4
Federal Government Administrative Centre
62574 Putrajaya, Malaysia.

Complaints Line: 03-8889 1972
Hotline: 1-800-88-2727

2. Bolehkah saya memaparkan maklumat umum Jabatan Alam Sekitar seperti Laporan Pencemaran Udara (API) dalam sebarang artikel untuk tujuan perkongsian maklumat dan mewujudkan perasaan hargai alam sekitar?

Untuk maklumat-maklumat yang dipaparkan dalam Portal Jabatan Alam Sekitar adalah dibenarkan untuk dikongsi kepada masyarakat umum kerana itulah tujuan kami maklumat tersebut dipaparkan dalam portal rasmi kami. Walau bagaimanapun sebarang penulisan secara elektronik, buku dan lain-lain kaedah dengan tujuan mendapatkan keuntungan adalah dilarang. Anda juga perlu menyatakan sumber yang dipetik itu daripada “Sumber Jabatan Alam Sekitar, serta tarikh penerbitan tersebut”.

3. Saya telah mencipta alat inovasi yang dapat membantu masyarakat mengurangkan pencemaran air. Boleh saya mendapat bantuan Jabatan Alam Sekitar untuk menjayakan projek tersebut?

Kami amat menggalakkan masyarakat untuk mencipta alat-alat baru yang membantu negara menjaga kualiti alam sekitar. Sebarang pertanyaan, bantuan, dan sokongan bolehlah menghubungi secara surat menyurat kepada:

Pengarah

Jabatan Alam Sekitar

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Level 1 - 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Precint 4
Federal Government Administrative Centre
62574 Putrajaya, Malaysia.

4. Adakah ada sebarang sistem memantau pencemaran alam sekitar terhadap kilang, premis, dan lain-lain secara GIS atau lain-lain teknologi yang terlibat?

Pihak Jabatan Alam Sekitar mempunyai sistem-sistem untuk memantau keadaan dan kualiti alam sekitar seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai sistem-sistem tersebut anda bolehlah menghubungi secara surat menyurat kepada:

Pengarah Teknologi Maklumat

Jabatan Alam Sekitar

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Level 3, Podium 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Precint 4
Federal Government Administrative Centre
62574 Putrajaya, Malaysia.

5. Bolehkan saya memohon sebarang maklumat berkaitan alam sekitar dan pencemaran alam sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar untuk tujuan penyelidikan?

Boleh, kami amat mengalu-alukan usaha anda. Untuk mendapatkan maklumat tersebut anda bolehlah menghubungi kami secara surat menyurat atau datang sendiri ke Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Anda boleh terus berjumpa dengan pengawai bahagian seperti (Udara, Penilaian, Bahan Berbahaya, Teknologi Maklumat, Komunikasi Strategik & Air & Marin) mengikut topik penyelidikan anda.

6. Adakah kilang yang menghasilkan karbon dioksida, monoksida dan pembuangan bahan pepejal, air dan lain-lain perlu mendapatkan kelulusan dan pemeriksaan. Adakah ada sebarang undang-undang atau piawaian tentang perkara ini?

Ya, memang ada undang-undang dan piawaian daripada Jabatan Alam Sekitar. Anda perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kami terlebih dahulu. Sila layari halaman http://www.doe.gov.my/ms/content/jabatan-alam-sekitar-malaysia untuk mendapatkan kelulusan mengikut negeri masing-masing.

7. Dimanakah saya boleh mendapatkan sebarang laporan, artikel ataupun majalah alam sekitar?

Anda bolehlah datang di perpustakaan Jabatan Alam Sekitar cawangan berdekatan atau boleh juga memuat turun fail-fail tersebut di:

Laporan EQR: http://www.doe.gov.my/en/eqr

Keratan Akhbar: http://www.doe.gov.my/en/papercut

Bahan Penebitan: http://www.doe.gov.my/ms/content/bahan-penerbitan-jas

8. Adakah Jabatan Alam Sekitar mempunyai kod etika yang diamalkan dan langkah-langkah untuk melaksanakannya?

Jabatan Alam Sekitar ada kod etika. Untuk mendapatkan salinan anda bolehlah datang ke Jabatan Alam Sekitar cawangan berdekatan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green