Latar Belakang
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar
Merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Program ini telah dilancarkan secara rasminya Oleh YB Dato Sri Hj Adenan hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Januari 2005. Bersempena dengan majlis tersebut, dua buah dokumen yang bertajuk "Asas Pembentukkan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar" dan "Garispanduan Pelaksanaan dan Penilaian Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar" telah dilancarkan bertujuan untuk membantu pelaksanaan damn penilaian program ini disekolah.
Dokumen ini bertujuan membantu pihak sekolah memperkukuh proses perlaksanaan pendidikan alam sekitar sedia ada. Elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan guru dan pelajar secara tidak langsung dengan mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.
Sekolah Lestari Bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar aspek pengurusan , kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti sekolah lestari memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan negara.
Hasrat Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. dasar alam sekitar mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau.
Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan , kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.
Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar Sekolah Lestari, tumpuan perlu diberi kepada empat komponen berikut:
Pengurusan
Kurikulum
Kokurikulum
Penghijauan
Konsep Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum, dan penghijauan di sekolah. Sekolah Lestari adalah payung kepada aktiviti -aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekolah lestari merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.
Definisi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalamaspek pengurusan , kurikulum, kokurikolum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah:
"pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar".
Objektif Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari di bentuk untuk mencapai objektif berikut:
a. memupuk nilai nilai murni alam sekitar pada warga sekolah;
b. meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar;
c. menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan;
d. meningkatkan kerjasama anatara sekolah dan masyarakat dalam menjayakan pendidikan
alam sekitar .
f. mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan sekolah yang mempraktikan
amalan hidup lestari.
Komponen Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar
Sekolah lestari merangkumi empat komponen iaitu;
- Pengurusan
- Kokurikulum
- Kurikulum
- Penghijauan
Terdapat dua jenis penilaian iaitu;
- Pensijilan (Peringkat Negeri)
- Penganugerahan (Peringkat Kebangsaan)
Pensijilan (Peringkat Negeri)
Sekolah rendah dan menengah yang berpotensi mencapai status Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar akan dinilai mengikut pencapaian di dalam tiga komponen (pengurusan, kokurikulum,kurikulum) menggunakan Penunjuk Boleh Ukur (PBU) yang telah ditetapkan.
Penganugerahan (Peringkat Kebangsaan)
Penilaian penganugerahan akan dibuat di peringkat kebangsaan. hanya sekolah yang telah menerima sijil Sekolah Lestari -Anugerah Alam Sekitar (di Peringkat Negeri) boleh dicalonkan untuk di peringkat kebangsaan menggunakan Penunjuk Boleh Ukur (PBU) yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!