Logo RAS - New

Logo RAS - New

August 7, 2009

15 Aktiviti yang diistiharkan bukan Pembakaran Terbuka di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan)(Pembakaran terbuka)2003

PERINTAH KUALITI ALAM SEKELILING (AKTIVITI YANG DIISYTIHARKAN) (PEMBAKARAN TERBUKA ) 2003*


PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 29AA (1) Akta Kualiti alam Sekeliling 1974, Menteri Membuat perintah berikut:



1. Nama dan Permulaan kuat kuasa



(1) Perintah ini bolehlah dinamakan (Perintah Kualiti Alam sekeliling (Aktiviti yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003.

(2) Perintah ini mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2004.


2. Tafsiran


Dalam Perintah ini , melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-


"batang padi" termasuklah jerami padi dan rumpai sawah;


" kelengkapan pertanian" termasuklah apa-apa alat , perkakas dan rangka binaaan yang digunakan bagi maksud pertanian;


" Pegawai Bomba mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

"Pegawai Bomba Bantuan" mempunyai erti yang diberika kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988;


"Pegawai Pemeriksa" mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kurantin Tumbuhan 1976.


"pekebun kecil" ertinya pemunya atau penduduk atau wakil pemunya atau penduduk tanah yang keluasannya kurang daripada 40 hektar;


"pembakaran terbuka" ertinya apa-apa kebakaran , pembakaran atau pembaraan yang berlaku di atas udara bebas yang tidak dihalakan melalui serombong atau cerobong;


"pihak berkuasa haiwan " mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Ordinan Binatang 1953.


"tanah pertanian" ertinya apa-apa tanah yang digunakan bagi maksud pertanian;


"tanaman tumbuhan" ertinya apa-apa hasil bijian, rumput, buah atau hasil pertanian lain atau apa-apa tumbuhan pertanian;


"tumbuhan " ertinya apa-apa jenis tumbuhan atau apa-apa bahagian atau keluaran daripada sesuatu tumbuhan atau tanaman tumbuhan samada yang terputus atau bercantum.


3. Aktiviti yang diisytiharkan.

Tertakluk kepada perenggan 4, aktiviti-aktiviti berikut diisytiharkan bukan pembakaran terbuka sebagaimana yang ditakrifkan dalam dan bagi maksud seksyen 29A Akta selagi aktiviti itu dijalankan mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di bawah:


(a) Pembakaran apa-apa tumbuhan berpenyakit dan tumbuhan berbahaya dan kelengkapan pertanian yang berhubungan dengan tumbuhan berpenyakit dan tumbuhan berbahaya menurut suatu notis atau arahan, mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah Akta Kurantin Tumbuhan 1976-


(i) yang hendaklah ditebang dan kering sebelum di bakar;

(ii) semasa cuaca kering kecuali jika Pegawai Pemeriksa atau mana-mana pihak berkuasa lain di bawah Akta Kurantin Tumbuhan 1976 mengarahkan supaya pembakaran dilakukan serta- merta;

(iii) di antara jam 8.00 pagi- 6.00 petang;

(iv) yang dilakukan jauh di jalan raya dan laluan utama yang lain;

(v) yang tidak menggunakan bahan yang mengeluarkan asap hitam sebagai bahan rabuk untuk menyalakan api;
(vi) yang tidak menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk yang berhampiran atau menganggu kebolehlihatan biasa;
(vii) yang dipantau dan dikawal dengan rapi dan yang dipadamkan selepas tumbuhan berpenyakit atau tumbuhan berbahaya , dan kelengkapan pertanian yang berhubungan dengan tumbuhan berpenyakit atau tumbuhan berbahaya, dan biojisim itu terbakar semuanya; dan
(viii) yang mengenainya Ketua Pengarah telah diberitahu secara bertulis sebelum pembakaran dilakukan;


(b) pembakarn bangkai binatang, burung dan bahan yang dijangkiti menurut subsekyen 24 (1) dan (2), dan 33 (1) Ordinan Binatang 1953-



(i) yang dilakukan di kawasan yang ditentukan oleh pihak berkuasa haiwan;

(ii) yang tidak menggunakan bahan yang mengeluarkan asap hitam sebagai bahan rabuk untuk menyalakan api;
(iii) yang tidak menyebabkan kacau ganggu kepada mana -mana penduduk yang berhampiran atau menganggu kebolehlihatan biasa;
(iv) yang tidak dilakukan di atas mana-mana kawasan tanah gambut;dan

(v) yang mengenainya Ketua Pengarah telah diberitahu secara bertulis sebelum pembakaran dilakukan;


(c) pembakaran bahan api pepejal atau cecair atau rangka binaan dalam menjalankan kajian tentang punca dan pengawalan kebakaran, atau baki melatih mana-mana Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan, atau mana- mana kakitangan pasukan bomba daripada mana-mana organisasi persendirian, institusi pendidikan atau organisasi sukarela atau pasukan bomba sukarela yang ditubuhkan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988, dengan kaedah-kaedah melawan kebakaran yang -


(i) yang dilakukan di tapak yang diluluskan oleh Ketua Pengarah sahaja; dan

(ii) dipantau dan dikawal rapi ;


(d) pembakaran tumbuhan daripada tanah yang dipugar bagi penanaman tanaman makanan atau tanaman kontan bagi maksud pertanian pindah-


(i) hendaklah yang ditebang dan kering sebelum dibakar;

(ii) semasa cuaca kering di antara jam 8.00 pagi dan jam 6.00 petang;

(iii) yang di pantau dan dikawal dengan rapi sehingga semuanya habis terbakar ;

(iv) yang mengenainya Penghulu atau Ketua Kampung di kampung tempat pembakaran hendak dilakukan telah dimaklumkan sebelum pembakaran itu ; dan

(v) yang tidak dilakukan di atas mana-mana kawasan kawasan tanah gambut;


(e) pembakaran batang padi sebelum penanaman semula-


(i) yang hendaklah dikeringkan selama tempoh minimum 7 hari sebelum pembakaran;

(ii) semasa cuaca kering di antara jam 1.00 petang dan jam 5.00 petang;

(iii) yang dipantau dan dikawal dengan rapi;

(iv) jika asap dan habuk yang terhasil daripada pembakaran itu tidak menganggu lalu lintas dan jika amaran yang mencukupi tentang bahaya yang mungkin timbul telah diberikan kepada pengguna jalan raya sekiranya pembakaran dilakukan berhampiran dengan jalan raya atau laluan utama yang lain;

(v) yang tidak menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk yang berhampiran atau menganggu kebolehlihatan biasa; dan

(vi) yang mengenainya balai polis yang terdekat telah dimaklumkan sebelum pembakaran itu;


(f) pembakaran daun tebu sebelum penuaian dalamm suatu kawasan yang tidak melebihi 20 hektar semasa musim menuai -


(i) bila cuaca kering;

(ii) di antara jam 11.00 pagi dan jam 5.00 petang;

(iii) jika asap dan habuk yang terhasil daripada pembakaran itu tidak menganggu lalu lintas dan jika amaran yang mencukupi tentang bahaya yang mungkin timbul telah diberikan kepada pengguna jalanraya sekiranya pembakaran itu dilakukan berhampiran dengan jalan raya atau laluan utama yang lain;

(iv) yang dipantau dan dikawal dengan rapi oleh seseorang yang berwibawa bagi memastikan bahawa hanya kawasan yang diperuntukkan di bakar dan api tidak merebak ke kawasan bersebelahan;
(v) yang dilakukan selepas permohonan bagi pembakaran diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pengarah;

(vi) yang mengenainya balai polis yang terdekat telah dimaklumkan sebelum pembakaran; dan

(vii) yang tidak dilakukan di atas mana-mana kawasan tanah gambut;


(g) pembakaran tumbuhan untuk memugar tanah bagi tujuan penanaman atau penanaman semula apa-apa tanaman tumbuhan oleh pekebun kecil dalam suatu kawasan yang tidak melebihi 2 hektar sehari-


(i) yang hendaklah ditebang dan kering sebelum pembakaran;

(ii) semasa cuaca kering diantara jam 8.00 pagi dan jam 6.00 petang;

(iii) yang tidak menggunakan bahan yang mengeluarkan asap hitam sebagai bahan rebuk untuk
menyalakan api;

(iv) yang dilakukan jauh daripada jalanraya dan laluan utama yang lain;

(v) yang tidak menyebabkan kacau-ganggu kepada penduduk yang berhampiran atau menganggu kebolehlihatan biasa;

(vi) yang dipantau dan dikawal dengan rapi dan yang dipadamkan selepas tumbuhan yang ditebang dan biojisim itu habis terbakar; dan

(vii)yang tidak dilakukan mana-mana kawasan tanah gambut;


(i) pembakaran apa-apa benda sebagai sebahagian daripada upacara keagamaan atau aktiviti penyembahan;

(j) pembakaran mayat;

(k)unggun api yang tidak dilakukan di atas mana-mana kawasan tanah gambut;


(l) gril, barbeku atau tungku api di luar rumah bagi penyediaan makanan yang tidak dilakukan di atas mana-mana kawasan tanah gambut


(m) pembakaran tumbuhan pertanian bagi pemugaran tanah bagi maksud penanaman atau penanaman semula tanaman tumbuhan oleh peladang sara hidup di kawasan luar bandar yang tidak dilakukan di atas mana-mana kawasan tanah gambut;


(n) pembakaran daun , dahan pokok dan pangkasan halaman di kampung-kampung di luar Bandar yang tidak dilakukan di atas mana-mana kawasan tanah gambut ; dan


(o) pembakaran gas mudah terbakar sekiranya penyalaan api perindustrian dikendalikan dengan cara yang betul.



4. Ketidakpakaian perenggan 3


Aktiviti -aktiviti yang diistiharkan yang dinyatakan dalam perenggan 3, selain subperenggan 3 (a), (i) , (j) (l) dan (o) tidak terpakai bagi kawasan dalam lingkungan 30 kilometer jejari di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual Kedua.


5. Pembatalan


Perintah Kualiti Alam sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan ) (Pembakaran Terbuka ) 2000 dibatalkan.





Jadual Pertama



MUKIM-MUKIM DALAM LINGKUNGAN 30 KILOMETER JEJARI SEKITAR KLIA



No. Negeri, Daerah, Mukim


1. Negeri Sembilan, Seremban, Lenggeng


2. Negeri Sembilan, Jelebu Ulu, Kelawang


3. Negeri Sembilan, Seremban, Setul


4. Negeri Sembilan, Seremban, Pantai


5. Negeri Sembilan, Seremban, Labu


6. Negeri Sembilan, Seremban, Seremban


7. Negeri Sembilan, Seremban, Ampangan


8. Negeri Sembilan, Seremban, Rasah


9. Negeri Sembilan,,Seremban, Jimah


10. Negeri Sembilan, Port Dickson, Rantau


11. Negeri Sembilan, Port Dickson, Port Dickson


12. Negeri Sembilan, Port Dickson, Linggi


13. Negeri Sembilan, Port Dickson, Sirusa


14. Selangor, Petaling, Damansara


15. Selangor, Hulu Langat, Hulu Semenyih


16. Selangor, Hulu Langat, Cheras


17. Selangor, Petaling, Petaling


18. Selangor, Klang, Klang


19. Selangor, Hulu Langat ,Kajang


20. Selangor, Sepang, Dengkil


21. Selangor, Hulu Langat, Semenyih


22. Selangor, Kuala Langat, Tanjung Duabelas


23. Selangor, Kuala Langat, Jugra


24. Selangor, Kuala Langat, Telok Panglima Garang


25. Selangor, Hulu Langat, Beranang


26. Selangor, Kuala Langat, Bandar


27. Selangor, Kuala Langat, Kelanang


28. Selangor, Sepang, Labu


29. Selangor, Kuala Langat, Morib


30. Selangor, Kuala Langat, Batu


31. Selangor, Sepang, Sepang


32. Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Petaling


33. Wilayah Persekutuan, Putrajaya




sumber: BUKU AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) & PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green