Logo RAS - New

Logo RAS - New

August 12, 2009

Penggunaan Lestari


DEFINASI PENGGUNAAN LESTARI

Definisi penggunaan lestari bermaksud "menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik, pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran buangan dan bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang".

Penggunaan Lestari

Menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan buangan serta bahan pencemar, supaya tidak mengorbankan keperluan generasi akan datang.
Melibatkan perniagaan, komuniti dan isi rumah yang menyumbang kepada kualiti persekitaran melalui pengeluaran dan penggunaan sumber yang efisien, mengurangkan bahan buangan dan mengoptimumkan produk dan perkhidmatan.

Ciri-Ciri Utama Penggunaan Lestari

Amalan penggunaan lestari merupakan satu konsep yang amat mudah dan untuk dipraktikkan oleh golongan pengguna. Pengamalan ciri-ciri ini bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat dan pengekalan kehijauan alam malah mampu menjimatkan perbelanjaan. Antara ciri-ciri utama amalan penggunaan lestari adalah:
  • Menggalakkan perbelanjaan berhemat
  • Menjimatkan penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui seperti air, tenaga dan bahan bakar fosil.
  • Menggunakan bahan-bahan yang tidak menyebabkan impak negatif kepada alam sekitar.
  • Menggunakan teknologi yang bersih dan mesra alam.

Amalan Penggunaan Lestari Yang Boleh Dilakukan Dalam Kehidupan Harian

  • Membawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli ketika membeli belah.
  • Kumpulkan kertas yang telah digunakan dan dihantar ke pusat kitar semula.
  • Elakkan daripada menggunakan bahan berasaskan polisterin kerana ia tidak boleh dibiodegradasikan.
  • Beli tanaman keluaran tempatan.
  • Kurangkan pembuangan sampah sarap dan jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan dan cawan kertas.
  • Gunakan lampu kalimantang kerana ia kurang penggunaan tenaga elektrik dan tahan empat kali lebih lama berbanding mentol lampu biasa.
  • Elakkan membuka peti sejuk terlalu kerap kerana ia meningkatkan penggunaan elektrik.
    Tutup televisyen, radio dan komputer apabila tidak digunakan.
  • Menjimatkan penggunaan air yang sekali gus dapat menjimatkan juga penggunaan tenaga elektrik, kerana proses membekalkan air dan menyaringkan sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green