KANGAR: Semua pengusaha padi digesa mengelak daripada membakar jerami secara terbuka kerana khuatir akan memburukkan lagi penularan virus selesema babi atau Influenza A (H1N1), kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Saranan itu dibuat Md Isa selaras kebimbangan disuarakan Kementerian Kesihatan minggu lalu, berikutan keadaan jerebu yang melanda negara yang dikhuatiri mendatangkan kesan kepada penularan H1N1 terutama di kalangan penghidap asma. Md Isa berkata, walaupun tiada bukti sahih mengaitkan pembakaran terbuka dengan penularan H1N1, tetapi adalah lebih baik jika tindakan itu dapat dielakkan pada masa sekarang, apatah lagi dengan keadaan wabak yang semakin menular.
"Pembakaran jerami secara terbuka mendorong kepada kemerosotan kualiti udara. Justeru, dengan keadaan jerebu yang melanda negara kini, ia sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada orang ramai, terutama mereka yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan seperti asma. "Jadi, saya minta petani cuba mencari alternatif lain kepada pembakaran jerami terbabit sekurang-kurangnya pada masa sekarang, untuk mengelak daripada memburukkan keadaan terutama berhubung penularan H1N1," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Terdahulu, beliau menghadiri Program Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa (Hada) 2009 peringkat negeri di Padang Kampung Sanglang dekat Arau, di sini. Hadir sama, Timbalan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Azhar Kamaruddin.
Kebimbangan mengenai keadaan jerebu yang melanda di seluruh negara disuarakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Khamis lalu yang dianggap berkemungkinan memburukkan penularan H1N1 dalam komuniti.
Sumber: Berita Harian online.
Matlamat utama ialah menjadikan orang ramai sebagai mata dan telinga jabatan dalam membanteras masalah alam sekitar dengan konsep "community base" dan "hands on". Di samping itu juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar tidak kira apa jua latar belakang. Marilah kita perjuangkan kelestarian alam sekitar untuk keharmonian generasi akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
emmm harus berhati-hati...
ReplyDelete